Jom Cuci Mata! Ini 7 Selebriti Wanita Cantik Berselendang Serba Putih Di Majlis Perkahwinan Neelofa

Majlis kahwin Neelofa dan Haris hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat, beberapa selebriti wanita cantik ini turut menjadi tumpuan peminat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasanya ramai peminat selebriti dan usahawan terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor masih tidak boleh ‘move on’ lagi dengan majlis perkahwinan yang dianggap Wedding of The Year. Wanita cantik yang mengenakan busana serba putih dan purdah menutup muka ini kelihatan begitu sempurna di hari bahagianya.

Majlis pernikahan yang berlangsung pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dihadiri oleh 200 orang tetamu, iaitu ahli keluarga terdekat dan rakan artis yang rapat sahaja.

Tetamu selebriti wanita cantik yang hadir ke majlis perkahwinan Neelofa & Haris

Dengan dekorasi pelamin indah bertemakan Jabal Rahmah dan hiasan dewan menggunakan sebanyak 4 tan bunga segar, para tetamu juga mengenakan busana serba putih sehingga menjadikannya majlis ini lain dari yang lain.

Perkara lain yang menjadi tumpuan ramai ialah doorgift yang diberikan kepada tetamu iaitu barangan kemas Swarovski dan Lancome. Menu santapan juga dikatakan amat istimewa iaitu kerabu pais aneka laut, sup ekor lembu, udang galah bakar berempah, nasi beriani utara dan butir nako.

Anda mungkin tertanya-tanya siapakah selebriti dan wanita cantik yang hadir ke majlis perkahwinan Neelofa. Justeru kami kongsikan beberapa senarai selebriti menawan berselendang serba putih pada hari tersebut. Antaranya ialah:

#1. Selebriti wanita cantik yang datang ke majlis Neelofa- Izara Aishah

Izara Aishah adalah pelakon dan model wanita Malaysia. Dia juga merupakan naib juara bagi pertandingan Dewi Remaja 2000/2010 yang turut disertai oleh Neelofa.

Izara dilihat hadir ke majlis perkahwinan Neelofa & Haris bersama-sama dengan suaminya, Muhammad Adib Khalid. Dia menjadi tumpuan peminat di Instagram kerana mengenakan busana dan selendang labuh yang direka oleh Dato Rizalman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki darah campuran Melayu (bapa) dan Pakistan (ibu) menjadikan kecantikan yang dimilikinya adalah semula jadi dan begitu unik.

#2. Artis wanita cantik ketika perkahwinan Neelofa- Kila Fairy

Jika sebelum ini, Kila Fairy terkenal dengan penampilan serta wajahnya yang kelihatan begitu seksi sehingga memperoleh gelaran ‘Angelina Jolie Malaysia’ kerana bentuk bibirnya yang seksi.

Namun pada tahun 2020 yang lalu, dia telah berkongsi berita gembira dengan peminat apabila membuat keputusan untuk mengenakan hijab. Kila Fairy juga antara teman rapat Neelofa dan sering dilihat bersama menyertai kelas agama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Scha Alyahya

Ibu kepada dua orang anak perempuan yang comel, Lara Alana dan Lyla Amina dilihat turut hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan Haris apabila dia berkongsikan beberapa keping gambar di Instagram miliknya dengan mengenakan busana serba putih.

Scha Alyahya yang hadir bersama suaminya dilihat begitu teruja apabila Awal Ashaari sempat memuat naik suasana di sekitar majlis serta hidangan yang disediakan oleh pihak hotel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Hannah Delisha

Pelakon jelita dari Singapura, Hannah Delisha turut hadir menyaksikan hari bahagia Neelofa bersama suaminya, Imam Shah. Meskipun bulan Februari lalu telah menggemparkan orang ramai setelah dia berkahwin diam-diam, namun para peminat hanya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Hannah Delisha kelihatan begitu rapat dengan Neelofa setelah dia dipilih sebagai model untuk jenama tudung Naelofar.

#5. Noor Nabila Mohd Noor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Noor Nabila merupakan kakak kepada Neelofa. Jumaat minggu lalu, dia telah berkahwin dengan Engku Emran di majlis tertutup tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.

Ketika majlis perkahwinan adiknya, Noor Nabila sempat berkongsi momen indah bersama suami dan dua orang anak, Jebat Jayden dan Engku Aleesya.

#6. Atisha Khan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sahaja tidak mengenali adik-beradik Neelofa yang cantik dan terkenal ini kan? Atisha Khan merupakan anak ketujuh dari sembilan beradik. Dia aktif menghasilkan vlog di laman Youtube miliknya.

Ketika majlis, Atisha sempat memuat naik beberapa keping gambar mengenakan busana serba putih dan bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Haiqal.

#7. Shalma Ainaa

Shalma Ainaa merupakan personaliti televisyen dan menonjolkan bakatnya menerusi program hiburan, Motif Viral. Dia mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Wan Imar Izzat (adik ipar kepada Mira Filzah).

Keakraban pasangan ini dilihat apabila mereka menyambut ulang tahun kelahiran bersama Neelofa. Neelofa juga sanggup memasakkan nasi arab ikan buat mereka dan mendoakan agar diberikan rahmat Allah dalam setiap urusan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mak Cantik Anak Comel, 7 Nama-Nama Anak Selebriti Yang Comel Lagi Unik