Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa perempuan banyak air ketika bersama pasangan? Fenomena ini sebenarnya adalah perkara biasa dan sering terjadi sebagai tindak balas semula jadi tubuh wanita terhadap rangsangan.
Walaupun ia dianggap normal, ramai wanita mungkin rasa keliru atau segan untuk membincangkannya.
Isi Kandungan
Punca Air Banyak Ketika Bersama
Pengeluaran cecair semasa hubungan intim adalah tindak balas semula jadi tubuh wanita. Berikut adalah beberapa punca utama kenapa perempuan banyak air ketika bersama.
1. Rangsangan Seksual
Apabila seorang wanita terangsang, tubuh akan menghasilkan cecair pelincir secara semulajadi sebagai persediaan untuk hubungan intim.
Ini adalah proses semula jadi yang berlaku untuk mengurangkan geseran dan meningkatkan keselesaan.
2. Hormon Estrogen
Tahap estrogen yang tinggi boleh menyebabkan pengeluaran cecair lebih banyak. Ia biasanya berlaku semasa ovulasi atau jika seseorang mengambil pil perancang.
3. Kesihatan Faraj yang Baik
Faraj yang sihat cenderung menghasilkan lebih banyak cecair untuk memastikan kawasan tersebut lembap dan terpelihara daripada jangkitan.
4. Pengambilan Air Yang Cukup
Wanita yang minum air secukupnya secara konsisten akan mendapati tubuh mereka kekal terhidrat termasuk bahagian intim yang membantu meningkatkan pengeluaran cecair semasa hubungan intim.
Adakah Normal Jika Perempuan Banyak Air?
Ya, sangat normal! Cecair yang banyak ketika bersama adalah tanda bahawa tubuh anda bertindak balas dengan baik terhadap rangsangan. Ia juga menunjukkan bahawa faraj berada dalam keadaan sihat.
Namun, jika anda rasa tidak selesa, bau cecair menjadi luar biasa atau disertai dengan gejala seperti kegatalan, sebaiknya berjumpa doktor untuk memastikan tiada masalah kesihatan seperti jangkitan.
Makanan Untuk Banyakkan Air Faraj
Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu meningkatkan kelembapan faraj secara semula jadi, antaranya:
1. Avokado
Kaya dengan lemak sihat dan vitamin E, avokado membantu meningkatkan pengeluaran cecair di kawasan intim.
2. Kacang Almond
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam kacang almond baik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kawasan faraj.
3. Tembikai
Buah ini kaya dengan air dan membantu tubuh kekal terhidrat terutama pada bahagian intim.
4. Yogurt
Yogurt mengandungi probiotik yang membantu mengekalkan keseimbangan pH di faraj, sekali gus menyokong pengeluaran cecair yang sihat.
5. Timun
Tinggi kandungan air dan membantu mengekalkan hidrasi badan.
6. Sayuran Hijau
Sayur seperti bayam dan kale kaya dengan magnesium yang membantu melancarkan aliran darah dan meningkatkan kelembapan faraj.
Cara Buat Wanita Capai Klimaks Dengan Cepat
Timothy Ferris, seorang penulis dan pakar terapi seks mendedahkan beliau tahu bagaimana untuk buat wanita capai klimaks sehingga 15 minit. Caranya bagaimana? Ehem, caranya mudah saja.
Suami, jom buat 4 langkah di bawah ini. Kami confirm, isteri anda akan senyum sampai ke telinga kelak!
Langkah 1: Buat Test Run Sekejap
Perkara pertama anda (suami) kena tahu adalah dekat mana klitoris si isteri. Anda kena merangsang G-spot isteri. Untuk merangsangnya, cari klitoris dulu ya!
Selepas anda jumpa klitoris itu, perlahan-lahan sentuhnya. Ingat: anda kena 100% fokus sepanjang proses ini!
Langkah 2: Isteri Pula Kena Relaks Dan Bertenang
Bagi para isteri pula, anda tak payah buat apa-apa pun. Cukuplah sekadar merelaks-kan badan anda itu dan bawa bertenang.
Izinkan suami merangsang anda dengan gosokan itu. Dan yang paling penting, suami jangan rangsang isteri sekejap saja tau!
Rangsang isteri sampai dia mencapai klimaks. Jadi, kalian berdua kena relaks dan bebaskan minda dari sebarang masalah.
Langkah 3: Isteri Berbaring Dan Suami Memulakan…
Wahai isteri, selepas anda menanggalkan pakaian, cuba berbaring terlentang. Letak bantal di leher jika anda suka.
Bengkokkan lutut anda dan biar pasangan menghampiri. Jika suami anda menggunakan tangan kanan, minta suami duduk di sebelah kanan anda.
Suami pula bengkokkan kaki dan menghalakan tangannya ke vagina isteri dalam bentuk seakan-akan melihat jam tapi terbalik.
Langkah 4: Mulakan Rangsangan Anda!
Sekarang suami, ini tugas penting yang harus anda buat:
- Buka bibir faraj perlahan-lahan.
- Dengan menggunakan telapak tangan anda, cuba sentuh klitoris ke arah atas.
- Kemudian, dengan ibu jari, rangsang klitoris tersebut
- Letak satu tangan anda di bawah punggung isteri
- Pastikan ibu jari anda merangsang klitoris, namun jari anda tidak dimasukkan dalam vagina
- Cari “upper quadrant” klitoris iaitu bahagian tepi klitoris yang ada pelbagai saraf. Rangsang klitoris hingga ke bahagian tepi itu.
- Kalau anda tak jumpa upper quadrant itu, cuba bayangkan klitoris isteri anda seperti jam.
- Pukul 12 adalah klitoris, maka upper quadrant yang harus anda rangsang terletak pada pukul 1. Ia bersebelahan sikit saja dari klitoris, seakan-akan poket yang terselindung
- Sekarang baru anda memasukkan jari sedalam-dalamnya. Jangan berhenti merangsang isteri!
- Teruskan tujahan jari selama 2 hingga 3 minit dengan penuh kusyuk. Kemudian baru mula permainan baru.
- Rangsangan klitoris dengan lidah pula! Dengan rangsangan ini, tak sampai 3 minit, isteri anda pasti akan mencapai klimaks.
Taraaa! Sudah siap. Ha… senang saja kan?
Apa kata isteri diam-diam kongsi panduan ini dengan suami. Bolehlah anda dapat merasa klimaks malam ini dengan lebih nikmat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Ghairah Seks Pasangan
Baca juga: 8 Posisi Seks Kegemaran Wanita, Isteri Jangan Malu Untuk Minta Dari Suami!
Baca juga: Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?