Kajian Dapati Wanita Yang Melahirkan Ramai Anak Lelaki Berisiko Pendek Umur, Ini Sebabnya!

Wanita melahirkan anak lelaki yang ramai dikatakan memiliki jangka hayat yang lebih pendek dan berisiko terkena serangan jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menyentuh mengenai kelahiran, tidak kira wanita melahirkan anak lelaki atau anak perempuan pasti memberikan kebahagiaan. 

Apa yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Wanita melahirkan anak lelaki mempunyai jangka hayat lebih pendek
  • Lahirkan anak lelaki lebih berisiko kena serangan jantung
  • Kenapa wanita lahirkan anak lelaki lebih pendek umur?

Namun, kajian yang dikongsi Noor Afidah Abu Bakar daripada Parent Connect Consultancy ini bakal membuatkan ramai yang terkejut dan mungkin tidak percaya.

Wanita melahirkan anak lelaki mempunyai jangka hayat lebih pendek

Menurutnya, dua kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari University of Turku, Finland iaitu Helle dan Lummaafound, mendapati bahawa wanita yang melahirkan anak lelaki mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu yang melahirkan bayi  perempuan.

Jangka hayat ibu itu didapati berkurang selama 34 minggu jika mengandung dan melahirkan anak lelaki. Kajian juga mendapati semakin ramai anak lelaki, semakin pendek jangka hayat si ibu.

Jika melahirkan anak perempuan, jangka hayat ibu didapati lebih panjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lahirkan anak lelaki lebih berisiko kena serangan jantung

Noor Afidah menjelaskan, satu lagi kajian yang dijalankan di Denmark berpandukan data dari tahun 1980-2010 dari Danish National Register pula mendapati bahawa ibu yang melahirkan anak lelaki lebih berisiko untuk terkena serangan jantung.

Selain itu mereka juga lebih berisiko mendapat osteoarthritis, arthritis, barah ovari, barah payudara, diabetis type 2 dan obesiti setelah berusia 45 tahun.

Kenapa wanita lahirkan anak lelaki lebih pendek umur?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara penjelasan yang diberikan oleh Birgitte Hollegaard dari University of Copenhagen tentang dapatan kajian ini adalah: 

  1. Ketika mengandungkan anak lelaki, tubuh ibu memerlukan lebih banyak tenaga ataupun kalori berbanding ketika mengandungkan anak perempuan. Ini menyebabkan ibu lebih berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan apabila usia meningkat.
  2. Kebanyakan bayi lelaki dilahirkan dengan berat yang lebih berbanding anak perempuan. Ini juga memberi bebanan yang lebih kepada fizikal si ibu.
  3. Penghasilan susu ibu untuk anak lelaki juga didapati memerlukan lebih banyak tenaga dari ibu

Walau bagaimanapun dapatan dari kajian ini adalah pelbagai. Menurutnya lagi, walau apa pun, anak lelaki ataupun anak perempuan, kedua-duanya adalah ujian walaupun mungkin cabaran yang diberikan adalah berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidup, mati, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan, namun kita perlulah berusaha untuk menjaga tahap kesihatan fizikal, emosi dan mental supaya amanah untuk membesarkan dan mendidik anak ini dapat dipikul sebaiknya. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada

Baca juga: Ibu Kepada 10 Anak Lelaki Meninggal Selepas Melahirkan Anak Perempuan Pertama Yang Diidamkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Proses Melahirkan Anak Pertama Mungkin Ambil Masa 12-16 Jam, Ibu Perlu Sedia Mental, Fizikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar