Memang tak pelik jika sudah dewasa pun masih ada bantal busuk kerana ia ibarat barang nostalgia yang memang tidak dapat ditinggalkan. Hanya yang ada saja tahu. Wanita ini tular kerana masih impan bantal busuk yang sudah berusia 23 tahun!
Menggunakan nama innnnnn_tan di laman sosialnya, beliau tular selepas berkongsi mengenai bantal busuk yang disimpannya sejak tahun 1998 masih wujud hingga kini.
Dengan tanda pagar #cintahati, sudah cukup menggambarkan betapa sayangnya wanita ini pada bantal busuknya yang sudah kelihatan sangat lusuh!
Wanita disimpan sejak 1998!
Memang tidak pelik jika masih disimpan walaupun sudah berpuluh tahun usianya kerana ramai yang kata tidak boleh diungkap bonding antara bantal busuk dan tuannya.
Dengan kapsyen dari tahun 1998 sampailah ke 2021, posting wanita ini mendapat lebih 125,000 perkongsian oleh warga maya yang rata-ratanya kagum dengan ‘harta karun’ itu.
Namun, menjengah kepada komen dari netizen, ada juga yang meninggal komen kelakar seperti, ‘dah macam rupa usus dalam perut’!
Malah ada juga yang berkongsi perasaan dirasai wanita itu dan mengatakan hanya mereka yang ada bantal busuk saja memahami apa yang dirasai oleh mereka yang memilikinya.
Ada juga yang memberi cadangan supaya wanita itu mengumpulkan kesemua bantal busuknya itu yang sudah koyak rabak untuk dimasukkan ke dalam sarung lain kerana bimbang ia boleh membawa bakteria yang bakal membahayakan kesihatan.
Apapun, setia betul wanita ini dengan bantal busuknya hingga sanggup simpan walaupun ia sudah berusia 23 tahun!
Elak bantal busuk bawa bahaya
Bantal busuk yang juga dikenali sebagai bantal peluk atau tidur adalah sejenis bantal yang biasanya digunakan pada waktu tidur.
Bantal adalah salah satu dari komponen yang sangat kita semua perlukan untuk tidur selain tilam, cadar dan selimut untuk keselesaan yang maksimum.
Bantal busuk ini adalah elemen tambahan yang biasanya digunakan untuk membuatkan seseorang itu lebih tenang ketika ingin tidur. Ada juga yang ada selimut busuk, patung busuk dan sebagainya.
Ia sebenarnya tidaklah busuk pada si pemiliknya, tetapi keadaan bantal ini yang kadang kala kelihatan lusuh mungkin menyebabkan ia dipanggil begitu.
Jadi apakah bahaya yang mungkin timbul akibat bantal busuk ini?
Buat anda yang mungkin belum tahu, bantal kesayangan anda itu berkemungkinan mempunyai:
- Debu
- Habuk
- Hama
- Kutu
- Kulat
- Kuman
- Bakteria
- Virus
- Detritus
Kesemua mikroorganisma ini mungkin boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara seperti:
#1. Mencetuskan alahan
Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik serta kerap.
Kesannya, ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.
#2. Menyebabkan gangguan tidur
Kulat yang banyak wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif – pernafasan terhenti ketika sedang tidur.
#3. Menyebabkan penyakit akut
Kulat bernama Aspergillus fumigatus akan menyebabkan kondisi Aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.
#4. Mengakibatkan jangkitan
Bakteria bernama Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan Staph yang mungkin agak jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian.
Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.
Tidak lupa juga bakteria fusobacteriaceae dan neisseriaceae yang akan menjejaskan imuniti kepada penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea.
#5. Menimbulkan isu kulit
Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap akan mengakibatkan debu dan habuk tertinggal di situ. Akibatnya, ia akan menjejaskan atau merengsakan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Kadangkala ia juga akan menyebabkan jerawat pada leher.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: innnnnn_tan
Baca juga: Bantal Busuk Lama Sangat Tak Basuh Sampai Naik Cendawan! Ini Cara Jaga Bantal Dengan Betul
Baca juga: Susah Pisahkan Anak Dengan Bantal Busuk? Cuba 5 Cara Ini
Baca juga: Labu Jadi ‘Kembar’ Bayi, Pantang Diambil, Pasti Akan Menangis! Dah Macam ‘Bantal Busuk’ Pula