Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Raya dan Tudung? Nah, Ikut 7 Tips Mudah Pilih Padanan Yang Sesuai!

Pemilihan warna baju raya dan tudung yang sepadan adalah elemen yang sangat penting kerana menggambarkan anda seorang pencinta fesyen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alah membeli menang memakai, kalau dah terlanjur membeli yang berkualiti kenalah pula padankan warna baju raya dengan padanan tudung yang sesuai, setuju? Dengan memilih padanan warna baju raya yang sesuai mempengaruhi ‘mood’ di pagi Syawal.

Apatah lagi saat banyak mata tak berkelip memandang, sudah tentu anda perlu teliti dalam  membuat ‘research’ dan ‘study’ terlebih dahulu sebelum berani menggayakan gabungan warna. 

Pemilihan padanan warna yang sesuai bukan sahaja menyerlahkan si pemakai, malah membangkitkan aura dan meningkatkan tahap keyakinan seseorang ketika keluar beraya. 

7 tips mudah pilihan padanan warna yang sesuai, serlahkan si pemakai

Tips penting bagi wanita yang masih blur tentang padanan warna baju raya dan tudung yang mana satu sesuai digayakan. Pemilihan warna yang kurang sesuai kemungkinan besar akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan anda berisiko jadi mangsa fesyen.

Contohnya, tidak semua sesuai untuk mengenakan warna yang kontra dan terang. Begitu juga dengan pemilihan corak baju dan tudung tidak boleh sama kerana ia kelihatan tidak menarik dan tenggelam.

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk anda pilih padanan warna yang sesuai dan selamat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Monokromatik – padanan warna terang dan warna gelap dalam satu kategori warna yang sama. Boleh dirujuk pada roda warna di atas. Anda boleh memilih salah satu untuk di ‘highlight’ kan. Contohnya, pilih warna tudung lebih gelap berbanding warna baju atau pilih baju cerah berbanding warna tudung yang dipakai.
  2. Warna Pelengkap (Kontras) – warna yang bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna. Anda boleh memadankan warna kontra untuk tudung dan baju raya supaya tampak lebih menarik dan menggambarkan si pemakai seorang yang berani mencuba. Lain daripada yang lain. 
  3. Warna Triadic – kombinasi tiga warna yang membentuk segi tiga dalam roda warna. Antara warna yang sesuai digayakan seperti biru, merah jambu dan amber. Paling mudah, pilih satu warna sebagai warna utama(dominan), dua warna lagi sebagai pembayang. Selain tudung, padankan juga aksesori seperti beg atau kasut dengan warna triadic.
  4. Warna Panas Dan Warna Sejuk – Padanan warna panas dan sejuk menghasilkan warna yang harmoni dan tampil bersahaja. Pilihan warna panas seperti merah, jingga dan kuning. Manakala, warna sejuk pula ialah hijau, biru dan magenta.
  5. Warna Bumi – warna neutral dan tidak wujud dalam roda warna. Selalunya, ia menjadi warna ‘favourite’ ramai kerana mudah digayakan bersama warna-warna lain. Antara warna bumi antaranya ialah beige, putih pudar, kelabu, krim, vanilla, coklat, sawo matang dan khaki.
  6. Padanan Corak Batik – kombinasi baju dengan cetakan atau corak batik mampu menyerlahkan gaya dan tampak lebih elegan. Contohnya, baju yang mempunyai corak jalur halus sesuai dipadankan dengan tudung corak paisley.
  7. Hadkan Penggunaan Warna Dalam Pakaian – Gunakan dua atau tiga warna sahaja. Jika lebih daripada itu, ia hanya menyebabkan fesyen anda kelihatan serabut atau caca marba.

5 padanan warna tudung dan baju, disesuaikan mengikut gaya berbeza

Terdapat perkongsian oleh seorang pengguna di twitter, Attila, padanan warna tudung dan baju yang sesuai mengikut gaya berbeza. Ia mungkin boleh membantu anda dalam memilih padanan dengan mudah dan cepat. 

Warna baju base biru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk baju yang ada base biru, warna-warna berikut sangat sesuai untuk dipadankan dengan baju warna ni:

  1. Dark Gold
  2. Dusty biru cair
  3. Honey Gold

Memandangkan warna baju tersebut dah gelap, tudung kena terang untuk naikkan seri wajah.

Warna baju yang cerah

On the other hand, baju yang berwarna cerah, boleh lah dipadankan dengan warna-warna gelap seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Dark Gold
  2. Dusty Dark Blue
  3. Hitam

Warna lembut

Suka warna pink ala-ala barbie? Jangan risauu. Anda masih boleh menggayakan style ‘barbie’ tanpa nampak kebudak-budakan. Boleh padankan dengan warna-warna macam ni.

Warna-warna ni sesuai kalau anda nak nampak ayu dan comel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Warna soft pink
  2. Warna tanah
  3. Warna pic
  4. Warna ungu lembut

Warna kelabu

Bagi yang suka warna kelabu, tapi tak nak nampak dull bila match kan baju dan tudung, boleh consider match kan dengan warna-warna ni:

  1. Dusty pink
  2. Biru ke kelabu-an
  3. Coklat tanah

Warna terang dan garang

Suka warna garang? No problem lah. Boleh match kan dengan warna yang lembut untuk tak nampakkan kita macam singa. Rawrrrrr. Contoh warna-warna yang boleh diambil kira:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Merah salmon
  2. Yellow pastel
  3. Coklat

Siakap Keli

Twitter: Attila Scarves

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baju Raya Untuk Ibu Yang Hamil dan Menyusu, Beri Kesenangan Untuk Sambut Syawal Nanti

Baca juga: Cara Berfesyen Yang Betul Untuk Ibu Moden Nampak Menawan, Take Note 3 Perkara Ini!

Baca juga: Ada Hikmahnya Pakaikan Anak Baju Sedondon @ Boria, Bila Jauh Ibu Senang Nak Cam!

Penulis

Noorhidayah