X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Baju Raya Untuk Ibu Yang Hamil dan Menyusu, Beri Kesenangan Untuk Sambut Syawal Nanti

5 min bacaan
Baju Raya Untuk Ibu Yang Hamil dan Menyusu, Beri Kesenangan Untuk Sambut Syawal Nanti

Baju raya untuk ibu mengandung tidaklah susah untuk dicari. Walaupun masih awal untuk memikirkannya, tidak salah cari baju raya terus, kan?

Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi, kini pastinya ada sesetengah ibu sudahpun sibuk untuk mencari helaian sempena sambutan Hari Raya kan? Walaupun masih awal untuk memikirkannya, ada sesetengah ibu yang sarat hamil sudahpun sibuk mencari baju raya untuk ibu mengandung yang bukan sahaja harus selesa dipakai, bahkan berkualiti dan harga berpatutan.

Sebaik sahaja tiba bulan Syawal, pasti ada para ibu yang makin membesar perutnya ataupun baru sahaja melahirkan si manja jadi ibu-ibu ini perlulah mencari baju raya yang bersesuaian supaya boleh cantik bergaya sambil meriba anak. Jadi, di sini kami kongsikan beberapa jenama baju raya cantik-cantik yang sesuai dengan ibu-ibu!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Baju raya untuk ibu mengandung memudahkan para ibu bergaya bulan Syawal ini!
  • Cara pilih baju raya ibu mengandung yang sesuai dengan tubuh, beri ibu kebebasan bergerak
  • Syawal tidak lama lagi, para ibu boleh survey baju raya di jenama baju ini

Baju raya untuk ibu mengandung memudahkan para ibu bergaya bulan Syawal ini!

baju raya ibu hamil memudahkan

Kredit: mStar

Apabila memilih baju bagi ibu mengandung, pastilah para ibu tidak mahu memilih baju yang terlalu ketat hingga menampakkan bentuk bulat perut dek kerana kehamilan, kan? Jadi, kami akan mencadangkan beberapa baju yang cantik, longgar dan flowy untuk kecantikan anda raya nanti.

Advertisement
  • Baju kaftan. Pilihan yang evergreen bagi ibu-ibu mengandung, baju raya kaftan sangat bersesuaian kerana potongannya yang longgar dan beralun. Kekal cantik tetapi bersederhana Syawal ini dengan baju raya kaftan.
  • Nursing kurung. Bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata dan sedang menyusu badan anak, baju kurung nursing lebih sesuai menjadi pilihan agar mudah untuk memberi susu kepada si manja anda sambil menjaga aurat si ibu.
  • Kurung lengan kelawar. Baju kurung berlengan kelawar pastinya longgar di bahagian perut ibu, jadi ia tidak akan menampakkan susuk tubuh dan baju tersebut juga akan memberi keselesaan dan kebebasan untuk ibu hamil bergerak dengan mudah.

Terdapat juga ciri-ciri lain dalam mencari baju raya untuk ibu hamil yang perlu diambil perhatian sebelum membuat pilihan untuk beli.

Cara pilih baju raya yang sesuai dengan tubuh, beri kebebasan ibu hamil dan menyusu bergerak

Walaupun ibu-ibu boleh membuat pilihan untuk memakai baju kaftan atau kurung berlengan kelawar pada musim perayaan nanti, pasti para ibu juga ada rasa seperti hendak memakai baju kurung yang agak trendy juga, kan? Tiada masalah! Yang penting anda mengikuti cara ini ketika mencari baju raya yang bersesuaian.

  • Memilih baju yang bersaiz lebih besar. Apabila dalam tempoh kehamilan, badan ibu juga pasti akan lebih ‘semangat’, jadi ibu-ibu pastikan anda membeli baju yang bersaiz lebih besar. Baju khas untuk ibu mengandung selalu direka untuk keselesaan maksimum.
  • Pilih pakaian berdasarkan trimester kehamilan. Pada trimester pertama iaitu tiga bulan pertama kehamilan, elakkan membeli baju pada saiz asal. Sebaliknya, pilihlah baju yang lebih besar kerana pada tempoh ini, badan pasti akan naik dengan mendadak. Bagi trimester kedua dan ketiga, carilah baju yang boleh membebaskan ibu untuk bergerak seperti baju yang mempunyai butang atau ikatan di belakang.
  • Pilih material yang bersesuaian. Baju yang terbaik untuk para ibu adalah baju yang mempunyai butang, zip atau selak di bahagian hadapan baju supaya ibu boleh menyusukan si manja dengan mudah. Ibu juga disarankan untuk memilih baju yang diperbuat dari kain lembut supaya kekal selesa sambil bergaya dalam kehamilan.

Dengan adanya pelbagai pilihan jenama tempatan baju Muslimah, ibu-ibu yang hamil tidak perlu pening lagi apabila hendak mencari baju raya.

Sudah terlalu banyak baju yang boleh beri keselesaan dan kesenangan pada ibu hamil atau menyusu di musim perayaan nanti!

Para ibu boleh survey baju raya jenama lokal ini

  • Bellsleeve Lily Petuna

bellsleeve lily petuna

Sumber gambar: Shopee Malaysia

Rekaan Bellsleeve Lily Petuna sangat sesuai bagi ibu hamil di setiap semester kerana terdapat ikatan di sebelah hadapan jadi ibu boleh memperketat atau melonggarkan ikatan baju mengikut keselesaan sendiri. Namun, baju ini tidak terlalu sesuai untuk ibu yang sedang menyusu.

  • Lubna Nursing Plus Size Drape Balloon Sleeve Peplum Kurung

Rekaan baju Luba ini dengan saiz yang besar dan kemudahan untuk menyusu si manja boleh menjadi pilihan para ibu untuk raya ini. Warnanya yang sesuai untuk ibu-ibu dengan estetika minimalis pasti akan menawan hati.

  • Jubah D’YANA Melissa

Jubah ini direka dengan zip di bahagian hadapan bagi tujuan untuk mudahkan si ibu menyusukan si manja, dan lengannya yang agak longgar juga membuatkan para ibu mudah untuk mengambil wudhu’.

  • ANAABU The Gathered Top

blaus baju ibu mengandung untuk raya

Sumber gambar: ANAABU.CO

Baju longgar ini memberi ruang untuk ibu-ibu berbadan kecil yang hamil untuk kekal bergaya dengan fesyen minimalis dan comel tanpa sebarang masalah. Rekaan di laras pinggangnya yang longgar beri si ibu kebebasan untuk bergerak tanpa terlalu menampakkan bentuk perut.

Jadi, adakah anda sudah mendapat idea untuk baju raya tahun ini? Kami harap anda kekal bergaya dan nikmati Syawal tahun ini dengan kehadiran si manja. 🙂

Khas untuk pembaca theAsianparent

Baju Raya Untuk Ibu Yang Hamil dan Menyusu, Beri Kesenangan Untuk Sambut Syawal Nanti

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik, Berkualiti dan Selesa di Pasaran

Baca juga: Cara Membahagiakan Istri Dengan Menjahit Baju Raya 30 Pasang!

Baca juga:  Sibuk nak beli baju raya hingga boros berbelanja di bulan puasa? Ini amaran penting untuk anda

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Baju Raya Untuk Ibu Yang Hamil dan Menyusu, Beri Kesenangan Untuk Sambut Syawal Nanti
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham