Warna Kuku Mendedahkan Keadaan Kesihatan, Adakah Anda Miliki Warna Kuku Normal?

Warna kuku normal adalah merah jambu dan jika kuku anda bertukar kepada lima warna ini, haruslah merujuk doktor dengan segera

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuku antara bahagian penting dan dijaga baik terutama sekali bagi golongan wanita. Sesetengahnya sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan rawatan kuku cantik. Namun tahukah anda warna kuku normal dan tidak normal menunjukkan tahap kesihatan diri?

Menurut portal MyHealth, kuku mempunyai fungsi yang tersendiri dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti penyakit-penyakit tertentu. Kuku sendiri juga boleh terdedah kepada penyakit.

Plat kuku adalah bahagian sebenar kuku, ia terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina dan tumbuh dari pangkal kuku.

Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat. Kuku tumbuh dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Keadaan kuku boleh dedahkan tahap kesihatan, perhatikan jika ada perubahan pada warna kuku normal

Keadaan kuku boleh dedahkan tahap kesihatan, perhatikan jika ada perubahan pada warna kuku normal

Perubahan pada warna kuku sebenarnya boleh menentukan masalah penyakit yang kita mungkin hidapi. Jadi, ini adalah lima warna kuku yang anda harus perhatikan.

#1. Merah

Warna kuku yang normal biasanya berwarna merah jambu dan seakan bercahaya. Dan, sebenarnya bukan kuku itu sendiri yang berwarna seperti itu tetapi kerana tisu dibawahnya.

Akan tetapi, jika warna merah jambut itu menjadi lebih merah daripada kebiasaannya, ia boleh menjadi tanda anda kekurangan zat makanan.

Jika anda mengalami keadaan seperti ini, itu petanda anda memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Hitam

Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan warna kuku dengan belang hitam. Ada yang normal dan ada juga yang disebabkan oleh masalah lebih serius.

Menurut dari Dr Miguel Cunha dari Gotham Footcare menjelaskan masalah kuku ini sebagai melanonychia linear, yang dimiliki hampir 50 peratus orang Afrika Amerika.

Bahagian gelap pada kuku adalah disebabkan oleh melanosit yang berlebihan. Kecederaan dan lebam juga boleh menjadi punca utama kuku hitam.

Mengambil ubat seperti kemoterapi, kanser kulit hingga ke HIV dan lupus boleh menyebabkan kuku hitam, walaupun ia biasanya kurang berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ungu

Tambah Dr Miguel lagi, kuku yang bertukar menjadi keunguan mungkin mempunyai hematoma subungual yang merujuk kepada lebam di dalam kuku.

Biasanya, anda tidak perlu melakukan apa-apa untuk menyembuhkannya. Namun begitu, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk memulihkannya kepada normal.

Kuku yang bertukar ungu atau biru akan hilang sebaik sahaja anda memotongnya. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes di mana tekanan darah terkumpul di dalam plat kuku dan boleh menyebabkan kesakitan dan ini harus dirujuk oleh doktor.

#4. Kuning dan coklat

Kuku tebal dengan warna kuning dan coklat sering dikaitkan dengan jangkitan kulat.

Menurut Dr Miguel, kulat biasanya berkembang dalam persekitaran yang gelap, hangat dan lembap seperti di dalam kasut.

Tambahnya lagi, masalah kuku ini biasanya bermula sebagai athlete’s foot, jangkitan kulit yang merebak ke kuku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kulat boleh menyebabkan kuku menjadi hitam, menebal, dan tidak cantik untuk dipandang. Untuk mengubatinya, biasanya akan dilihat dari tahap jangkitan.

Selain daripada kulat, perubahan kuku kelabu-coklat juga boleh berlaku kerana kekurangan pengambilan B12.

#5. Putih

Warna putih biasanya muncul dalam bentuk garisan atau bintik akibat daripada tekanan atau trauma.

Biasanya jika tekanan yang dikenakan pada kuku sangat teruk, ia boleh berubah menjadi lebam dan berwarna ungu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemunculan warna putih pada kuku kaki adalah perkara biasa yang disebabkan oleh pemakaian kasut yang tidak sesuai. Keadaan kuku yang sering bergesel di tempat yang sama juga boleh menyebabkan warna putih pada kuku kaki.

Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Vitamin untuk menguatkan kuku, rambut dan kulit boleh menjadi penyelesaian yang tepat untuk membantu penyembuhan.

Selain daripada tekanan, Dr Miguel juga berpendapat bahawa warna putih muncul akibat daripada anemia. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Dah Pandai Berhias? 5 Pengilat Kuku Ini Selamat Untuk Kanak-Kanak

Baca juga: Ibu Ayah Mencari Pemotong Kuku Bayi Yang Selamat? Ini 7 Pemotong Kuku Terbaik Pilihan Kami

Baca juga:  Cara Memotong Kuku Bayi Baru Lahir – Panduan Untuk Ibu Kali Pertama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea