Yogurt Lactel Kids Baharu Lebih Sihat Tanpa Pemanis Tiruan, Berkrim, Lazat! Baik Untuk Anak Anda

Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat dan digemari oleh anak kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lactel Kids ialah snek yogurt untuk kanak-kanak yang lazat, sihat, dan penuh khasiat. Ibu bapa yang mahu menyediakan snek sihat dan menyeronokkan, dan akan digemari oleh anak-anak mereka kini boleh memilih yogurt Lactel Kids, produk terbaharu daripada rangkaian yogurt Lactel.

Boleh didapati dalam pek 100 gram yang menarik dengan gambar-gambar haiwan comel berwarna terang seperti gajah, orang utan dan harimau. Yogurt Lactel Kids boleh didapati dalam perisa kegemaran kanak-kanak, iaitu strawberi, vanila dan pisang.

Yogurt Lactel Kids tanpa pemanis tiruan

Tiga (3) pilihan perisa ini dibuat dengan puri buah-buahan sebenar tanpa sebarang pemanis tiruan tambahan yang pasti menambat selera si kecil.

Dengan teksturnya yang berkrim dengan jelas menunjukkan khasiat susu yang digunakan untuk membuat yogurt.

Selain kelazatan rasanya, Lactel Kids merupakan snek yogurt yang benar-benar sihat dan berkhasiat kerana ia diperkaya dengan kalsium, diperkuat dengan vitamin D dan kultur hidup yang penting untuk kesihatan usus.

Ajar anak kenali hidupan liar 

Pek yogurt Lactel Kids yang menarik dengan gambar comel gajah, orang utan, dan harimau dalam warna-warna terang digabungkan dengan snek yogurt yang lazat dan sihat menjadikan yogurt Lactel Kids cara memupuk kesedaran memulihara hidupan liar Malaysia sambil menikmati snek yang berkrim, serta lazat, dan sihat!

Segera dapatkan perisa yogurt kegemaran anda di pasar raya berhampiran hari ini!

Yogurt Lactel Kids boleh didapati di semua pasar raya utama termasuk (tetapi tidak terhad kepada) AEON, Giant Hypermarket, BIG, Jaya Grocer, MYDIN, Billion, The Store, MyNews, EconSave, LuLu Hypermarket, Servay, Pantai Selamat, foodpanda dan banyak lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yogurt Lactel Kids adalah sebahagian daripada keluarga produk tenusu Lactalis, syarikat ternusu terkenal Perancis yang bertapak di lebih 90 negara di seluruh dunia.

Lactalis membeli perniagaan tenusu sejuk Nestle (yogurt dan minuman yogurt) di Malaysia pada lewat tahun 2018. Sebagai syarikat yang terkenal kerana membekalkan produk tenusu berkualiti di seluruh dunia, Lactalis akan membawa kepakaran dan pengetahuannya ke Malaysia, dengan membawa produk baharu dan inovatif ke pasaran untuk mengekalkan kedudukannya sebagai jenama produk

Yogurt apakah yang sesuai untuk kanak-kanak?

Kriteria yogurt yang sesuai untuk kanak-kanak adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penuh lemak
  • Plain yogurt
  • Natural yogurt

Yogurt yang tak sesuai untuk kanak-kanak adalah jenis low fat atau rendah lemak.

Diingatkan juga, anda harus lihat terlebih dahulu label pada bekas yogurt sebelum beli. Bagi membantu anda menyediakan yogurt untuk bayi yang lebih menarik, kami sertakan sekali dua resepi mudah yang boleh anda cuba dari rumah.

Produk susu yang ditapai seperti yogurt adalah kegemaran ramai orang dewasa dan kanak-kanak. Ia diperolehi dalam proses pemisahan susu dengan bakteria khusus iaitu rod Bulgaria dan streptococci termophilic. Ini membezakannya daripada produk tenusu lain dan memberikan kesan yang bermanfaat.

Kebaikan yogurt untuk kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kebaikan yogurt untuk kanak-kanak adalah:

#1. Mengandungan protein

Yogurt mengandungi protein yang diserap dengan baik dalam badan kanak-kanak.

#2. Sumber kalsium yang baik

Yogurt adalah sumber kalsium yang penting dalam pembentukan tulang dan menguatkan gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kaya mineral & vitamin

Di dalam yogurt juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan anak.

#4. Sumber probiotik yang baik untuk usus

Probiotik di dalam yogurt mampu memberikan kesan positif terhadap proses pencernaan dan imuniti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Overnight Oat Untuk Menu Sahur Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Kenyang Lebih Lama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

Baca juga: 5-Minute Healthy Strawberry Frozen Yogurt

Penulis

Lala Annuar