Anak Jadi Kurang Marah & Tantrum Lepas Seminggu Ayah Ini Buang Youtube Kids

Youtube for kids rancangan paling banyak ada dalam telefon kanak-kanak hari ini. Seorang ayah kongsikan caranya hilangkan ketagihan skrin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Buang Youtube For Kids dan Youtube, seminggu selepas itu, anak terus berubah berkelakuan lebih tenang.” Itu kesan positif diceritakan seorang ayah tentang tindakannya bagi mengawal masa anak-anaknya bersama televisyen.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Buang Youtube for Kids, anak lebih tenang
  • Alternatif menonton di platform lain

Ayah tersebut menerusi hantaran Facebook akaun Ameen Misran berkongsi cerita, anak-anaknya berubah sekali gus tidak seperti dahulu meminta-minta cerita yang hendak ditonton. Ikuti pengalaman lelaki tersebut.

Buang Youtube Kids, anak lebih tenang

Dalam perkongsiannya, Ameen Misran memberitahu anak-anaknya kini kurang marah, kurang merengek dan kurang ‘bersama’ televisyen selepas seminggu dia membuang platform itu daripada peranti Android.

“Bila waktu tutup tidak marah, tidak meminta-minta cerita apa hendak tonton, nampak lebih bertenang mereka ini. Seronok saya.

“Saya pun membaca sedikit tentang keadaan ini. Rupanya anak ini, bila mereka sudah pandai pegang remote, mereka akan rasa anxious untuk tukar-tukar cerita atau cari keywords di Youtube/Youtube For Kids sehingga mereka puas hati.

“Sama juga macam kita yang sudah besar panjang. Kita ada anxiety tak bila tengok Youtube? Bila semakin banyak cerita yang kita gemar keluar di suggestion Youtube, makin seronoklah kita sebab banyak cerita yang kita suka tengok. Agaknya apa kesan pada anak?,” demikian hantaran tersebut.

Alternatif menonton di platform lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki itu memberitahu, sebagai alternatif kepada anak-anak, mereka masih boleh tonton Nettlix Kids, Disney+Hotstar dan dia juga baru menambah UnifiPlayTV.

“Terpaksa berbelanja lebih untuk dapat siaran langsung UnifiPlayTV kerana siaran IPTV kan haram kalau beli di Shopee? Saya pun tak nak rasa bersalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bagus siaran TV yang live ni tuan-tuan puan-puan. Anak-anak tidak boleh pilih nak tengok cerita apa, seterusnya mereka lebih bertenang dan bersabar berbanding Youtube yang bersifat user-centered.

“Tukar-tukar antara Nickelodeon atau Cartoon Network. Kemudian saya boleh buka documentary channels untuk beri mereka tengok cerita selain cartoon seperti wildlife atau sealife. Kemudian ada iklan, yang bagi anak-anak bertenang.

“Dulu saya kecil, masa iklanlah bergegas pergi ke tandas supaya tak terlepas sambungan cerita. Anak-anak sekarang nak pergi tandas je, tekan pause, baru pergi. Tiada rasa sense of urgency pun. Point disini, mari kita kawal screen time anak-anak,” begitu perkongsian ayah tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ayah ini memberi manfaat kepada ibu ayah yang lain bagi mendapatkan panduan untuk mengawal tempoh masa anak-anak bersama televisyen, gajet atau melayari internet.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Sebab Mengapa YouTube Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak Dan Apa Ibu Bapa Boleh Buat

Baca juga:  Ada Unsur Negatif & Lucah, Ibu Ayah Perlu Kawal Anak Yang Gemar Layan YouTube!

Baca juga: 9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda