Betulkah Saiz Tidak Menjadi Keutamaan? Ini 4 Jenis Saiz & Bentuk Zakar, Anda Yang Mana?

Bentuk zakar lelaki umumnya memang nampak sama. Tapi sebenarnya, ada bentuk batang hingga kepala yang berbeza. Jom semak anda punya termasuk yang mana?

Nampak macam sama, tapi sebenarnya, bentuk zakar lelaki adalah berbeza-beza. Ini termasuklah ketika zakar ereksi atau dalam keadaan normal. Perkara ini disahkan sendiri oleh pakar bedah urologi di New York, iaitu Dr. David Shusterman.

Menurut beliau, bentuk zakar lelaki berbeza-beza keadaan, ketebalan dan panjang pendek. 

Semua perbezaan ini bergantung pada faktor genetik. Biasanya, pertumbuhan ukuran zakar terjadi sejak dalam janin ibu mengandung lagi. 

Apa yang menentukan bentuk zakar lelaki? 

Dr. David Shusterman menjelaskan lagi –

“Pertumbuhan ukuran zakar dipengaruhi oleh berapa banyak janin dalam kandungan terdedah kepada hormon testosteron. Semakin banyak pendedahan, umumnya, semakin besar ukuran saiz zakar.

Zakar juga boleh bertambah ukuran saiznya apabila lelaki tersebut mencapai akil baligh, di mana hormon testosteron mereka semakin melonjak.”

Jika vagina pun ada bentuk-bentuknya yang tersendiri (seperti yang dikupas kami dalam artikel ini), sudah semestinya bentuk zakar lelaki juga berbeza-beza.

Berdasarkan kajian Dr. Shusterman, bentuk zakar lelaki terdiri daripada 4 jenis ini iaitu berlainan bentuk secara keseluruhannya:

Jenis gambar zakar lelaki – yang mana satukah anda?

1 – Si kepala besar

Kredit gambar: Buzzfeed

Menurut Dr. Shusterman, 20% zakar lelaki yang pernah dikaji akan kelihatan seperti bentuk #1 ini. Kepala zakar akan kelihatan lebih besar dari batangnya.

Kepala zakar kategori ini juga akan kelihatan lebih tebal dan memiliki diameter yang lebih besar berbanding diameter batang zakar.

2 – Si kepala kecil

Kredit gambar: Buzzfeed

Jika tadi kategori saiz kepala zakar yang besar, kali ini kategori zakar dengan kepala yang kecil pula.

Untuk bentuk zakar ini, biasanya ia akan kelihatan dengan kepala yang kecil, namun badan zakar lebih tebal dan gemuk. 

Biasanya, bentuk zakar ini ada pada lelaki yang berbadan gempal, menunjukkan batang penis montok dan sedikit menonjol, manakala kepalanya di hujung lebih kecil.

3 – Bentuk zakar lelaki yang melekuk

Kredit gambar: Buzzfeed

Hampir 10-20% lelaki akan memiliki bentuk zakar seperti kategori ini di mana ia sedikit melekuk,” kata Dr. Shusterman.

Zakar yang sedikit melekuk terjadi kerana otot ligamen yang menyokong penis ke arah pelvis. Otot ini membuatkan zakar kelihatan melengkung ke atas sedikit, dengan sudut lengkungan sekitar 5-6 darjah.

4 – Bentuk zakar lelaki yang melengkung

Kredit gambar: Buzzfeed

Bentuk penis lelaki yang melengkung ke atas hingga 30-60 darjah menandakan bahaya. Dr. Shusterman menjelaskan, keadaan kemaluan yang melengkung ke atas ini biasanya disebabkan oleh penyakit Peyronie.

Penyakit Peyronie, atau penis bengkok, terjadi kerana pembentukan plak fibrosa atau jaringan parut di sepanjang batang penis. 

Kalau nak tahu sama ada penis yang bengkok itu teruk atau tidak, cuba lihat darjah kecondongannya ketika ereksi. 

Umumnya, penyakit zakar bengkok atau Peyronie akan hilang dengan sendiri. Namun, ada juga rawatan yang disediakan untuk pesakit. 

Namun, Dr. Shusterman menasihatkan, jika lengkungan zakar tersebut terlalu tajam (terlalu ketara), disertai dengan rasa sakit, lebih baik anda mendapatkan pemeriksaan doktor pakar.

Kemaluan lelaki besar, bagaimana bentuk penis orang Malaysia?

Bagi penduduk di Malaysia, ukuran zakar yang normal rata-ratanya dalam lingkungan 7-9 cm ketika normal, dan 13 cm ketika ereksi,” ujar Dr. Indra G. Mansur.

Untuk warna penis pula, biasanya ia mengikut warna kulit, namun mungkin agak kehitaman. 

Perubahan saiz penis hanya terjadi apabila akil baligh sehingga lelaki tersebut berusia 20 tahun. Namun, bentuk penis pula tidak akan berubah secara signifikan. 

Apa yang paling penting ialah, dalam keadaan ereksi (menegang), penis biasanya tidak akan lurus terus ke depan. Adalah normal untuk sedikit bengkok ke kiri ataupun kanan.

Selagi penis anda berfungsi dengan baik untuk membuang air kencing, berhubungan seks, mahupun berejakulasi, itu tandanya penis anda sihat.

Sila semak tanda-tanda penyakit Peyronie, zakar patah dan kanser prostat jika anda khuatir tentang zakar anda. Semoga info ini bermanfaat.

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Lebih Seksi Ketika Menjilat, Mengulum & Menghisap Zakar Suami, Lakukan Dengan Teknik Ini!

Baca juga: Saiz Zakar Suami TERLALU Besar, Ini Cara Berkesan Menikmati Seks Tanpa Rasa Sakit!

Penulis

Ayu Idris