5 jenis bentuk normal faraj wanita, ibu punya yang bagaimana?

5 jenis bentuk normal faraj wanita, ibu punya yang bagaimana?

Jom lihat apa perbezaan 5 jenis bentuk faraj wanita ini. Sambil menambah ilmu, kita juga mampu lebih kenal diri sendiri dan mencintai anggota badan kita!

Bentuk faraj wanita – mana yang normal mana tidak?

Setiap wanita mempunyai bentuk faraj wanita yang berbeza-beza. Sayangnya, tak banyak wanita yang menyedari tentang keunikan setiap jenis kemaluan wanita ini.

Anggapan bahawa perbualan tentang organ intim sebagai sesuatu benda yang taboo membuatkan sebahagian besar wanita tidak berpeluang untuk mengenali dan mempelajari tentang anatomi dan bentuk farajnya sendiri.

Namun hari ini, kami akan berkongsi pada anda tentang 5 jenis bentuk faraj wanita yang normal melalui pemerhatian seorang pakar yang bekerja di salon waxing, Mel (bukan nama sebenar).

Bagi Mel, tidak salah untuk para wanita memahami jenis, bentuk dan fungsi faraj bagi lebih mencintai dirinya sendiri. Malah, kalau kita yang tak study tentang hal ini, siapa lagi?

Sebelum kita mengenalpasti 5 jenis bentuk faraj wanita ini, mari selami anatomi faraj ini dulu.

Vagina (atau lebih dikenali sebagai faraj) terdiri daripada beberapa bahagian yang membawa fungsi masing-masing. 

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Kredit: news.bounce.ng

Antara bahagian tersebut adalah:

  • Vulva: Atau juga dipanggl vagina. Ia bahagian luar keseluruhan vagina
  • Labia Majora: Bibir luar faraj wanita yang sentiasa dinaiki bulu kemaluan. Tugas labia ini untuk melindungi vagina
  • Labia Minora: Atau dipanggil bibir dalam faraj. Ramai wanita yang bimbang tentang bentuk bibir faraj ini kerana ia mungkin tak simetrik, namun benda itu sebenarnya normal.
  • Klitoris: Atau biji kelentit, yang memiliki hampir 8,00 sel saraf. Ini bermaksud ia amat sensitif dan jika dirangsang, mampu membuatkan wanita mencapai orgasma
  • Urethra: Lubang di mana kencing keluar. Ia betul-betul di bawah klitoris.
5 jenis bentuk faraj wanita: Anda punya yang mana?
Bentuk faraj wanita #1: Barbie

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Pernah tak anda bermain dengan patung Barbie kecil-kecil dulu? Kalau anda perasan, kawasan intim si Barbie itu seakan-akan tersembunyi dan nampak rapi saja, kan?

Jangan tidak tahu, tapi memang ada bentuk faraj wanita seperti ini! Jenis faraj seakan Barbie akan menunjukkan yang labia minora (bibir dalam faraj) kelihatan tersembunyi di sebalik labia majora (bibir luar).

Jenis seperti ini jarang ditemui, namun bentuk faraj wanita seakan Barbie dianggap bentuk paling klasik dan normal.

Bentuk faraj wanita #2: Seakan tirai

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Ini adalah bentuk faraj yang paling umum ditemui. Kebanyakan wanita akan memiliki jenis faraj ini di mana bibir dalam faraj seakan terkeluar lebih daripada labia majora.

Meskipun begitu, bibir dalam faraj tersebut mungkin bukan dalam bentuk simetris dan ia normal!

Bentuk faraj wanita #3: Si chubby (tembam)

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Bentuk vagina ini seakan-akan faraj seperti patung Barbie. Namun, yang membezakannya adalah faraj si chubby akan lebih tembam.

Malah, bibir faraj juga seakan tergantung rendah di tulang kemaluan. Seperti namanya, kawasan bibir vagina lebih tembam dan bibir dalam vagina akan termasuk ke dalam.

Bentuk faraj wanita #4: Dewi Tulip

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Jenis faraj yang lain dari lain ini digelar sebagai Dewi Tulip kerana ia seolah-olah bunga tulip yang sedang berkembang.

Wanita dengan bentuk vagina seperti ini akan memiliki labia minora yang lebih sedikit di antara labia majora. 

Ia juga seakan-akan faraj jenis tirai, namun lebih tersembunyi.

Bentuk faraj wanita #5: Seakan ladam kuda

faraj wanita, bentuk faraj, bentuk miss v, gambar faraj, jenis faraj wanita. faraj wanita yang sihat, faraj yang normal

Sementara itu, wanita yang memiliki faraj seakan ladam kuda mempunyai area vagina yang lebih lebar di bahagian atas.

Ini bererti labia minora mereka akan lebih tersembul dan boleh dilihat.

Labia majora mereka pula akan tertutup seakan ladam kuda.

Nah, sekarang ibu-ibu sudah tahu 5 jenis bentuk faraj wanita kan? Rasa-rasanya, ibu punya termasuk dalam kategori mana?

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner