TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Bayi Lahir Pagi Raya Wajib Dikeluarkan Zakat Fitrah? Ini Penjelasannya!

3 min bacaan
Adakah Bayi Lahir Pagi Raya Wajib Dikeluarkan Zakat Fitrah? Ini Penjelasannya!

Zakat bayi lahir pagi raya Aidilfitri tidak diwajibkan membayar zakat fitrah kerana kelahirannya selepas masuk waktu taklif zakat.

Zakat fitrah adalah kewajipan bagi setiap Muslim yang berkemampuan termasuk tanggungan mereka. Namun, bagaimana pula dengan bayi yang dilahirkan pada pagi raya? Adakah ibu bapa wajib membayar zakat bayi lahir pagi raya atau dikecualikan?

Isi Kandungan

  • Siapa Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah?
  • Adakah Bayi Lahir Pagi Raya Perlu Dibayar Zakat Fitrah?
  • Bagaimana Jika Ibu Bapa Tetap Mahu Membayar Zakat Untuk Bayi?

Siapa Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah?

Secara asasnya, zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang hidup sebelum terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan. Ini bermakna seseorang wajib membayar zakat fitrah jika memenuhi dua syarat utama berikut:

1. Masih Hidup Sebelum Masuknya Malam 1 Syawal (malam raya)

Sesiapa yang hidup sebelum waktu maghrib pada hari terakhir Ramadan, maka zakat fitrah wajib dikeluarkan untuknya.

2. Mempunyai Lebihan Makanan atau Harta Yang Mencukupi

Jika seseorang mempunyai lebihan makanan atau harta yang cukup untuk dirinya dan tanggungannya pada Hari Raya, maka dia diwajibkan membayar zakat fitrah.

Berdasarkan syarat ini, kehadiran seseorang dalam tempoh sebelum maghrib pada hari terakhir Ramadan menjadi penentu sama ada dia diwajibkan zakat fitrah atau tidak.

Adakah Bayi Lahir Pagi Raya Perlu Dibayar Zakat Fitrah?

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, bayi yang lahir selepas terbenamnya matahari pada malam raya tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah kerana dia belum wujud pada waktu wajibnya zakat fitrah.

Sebaliknya, jika bayi tersebut lahir sebelum waktu maghrib hari terakhir Ramadan, maka ibu bapa perlu membayar zakat fitrah untuknya kerana dia sudah wujud sebelum berakhirnya Ramadan.

Bayi yang lahir sebelum maghrib hari terakhir Ramadan

Wajib dikeluarkan zakat fitrah kerana dia sudah wujud dalam tempoh wajibnya zakat.

Bayi yang lahir selepas masuknya malam raya atau pagi raya

Tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah kerana dia dilahirkan selepas tempoh wajib zakat fitrah.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila rujuk pautan video di bawah menerusi youtube Ustaz Azhar Idrus:

Bagaimana Jika Ibu Bapa Tetap Mahu Membayar Zakat Untuk Bayi?

Sekiranya ibu bapa ingin membayar zakat bayi lahir pagi raya sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran anak mereka, ia boleh dilakukan tetapi ia tidak dikira sebagai kewajipan. Sebaliknya, ia dianggap sebagai sedekah yang dianjurkan dalam Islam.

Sedekah ini boleh membantu golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama memberikan keberkatan kepada keluarga yang baru menerima cahaya mata.

Oleh itu, walaupun tidak diwajibkan, ia tetap satu amalan yang baik untuk dilakukan.

Dengan memahami hukum ini, ibu bapa dapat membuat keputusan yang tepat mengenai pembayaran zakat fitrah bayi lahir pagi raya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Youtube Ustaz Azhar Idrus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Niat Puasa 6 Dalam Bahasa Arab Dan Rumi Serta Kelebihan Mengamalkan Puasa 6 Syawal

Baca juga: Zakat Fitrah: Syarat Wajib, Kadar Dan Hukum Tidak Membayarnya

Baca juga: Bayi Dalam Kandungan Perlu Zakat Fitrah, Hukum Dalam Islam Yang Ayah Perlu Tahu

Stories Rakan Kongsi
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Why you should switch to a natural body wash RIGHT NOW
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hukum
  • /
  • Adakah Bayi Lahir Pagi Raya Wajib Dikeluarkan Zakat Fitrah? Ini Penjelasannya!
Kongsikan:
  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham