Zikir Ibu Mengandung, Perlu Amalkan Supaya Dipermudahkan Sepanjang Kandungan & Kelahiran

Bagi mengelakkan bakal ibu terlalu emosi dan proses bersalin lebih mudah, maka digalakkan untuk membaca zikir ibu mengandung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sudah tiba waktu bersalin, segala rasa bercampur baur. Takut, gembira, sedih, teruja macam-macamlah. Bagi mengelakkan bakal ibu terlalu emosi dan proses bersalin lebih mudah, maka digalakkan untuk membaca zikir ibu mengandung. 

Doa & Zikir Ibu Mengandung Untuk Diamalkan 

Antara doa dipermudahkan bersalin yang biasa diamalkan adalah dengan membaca surah-surah pilihan berikut:

  • Surah Yusuf: Untuk anak cantik rupa dah akhlak
  • Surah Luqman: Untuk anak cerdik
  • Surah Maryam: Memudahkan proses bersalin
  • Surah Yasin: Untuk anak tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah al-Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu
  • Surah al-Imran 38: Untuk anak yang baik
  • Surah al-Imran ayat 8-9: Untuk memohon rahmat
  • Surah Ibrahim ayat 40: Untuk anak mudah mengerjakan solat
  • Surah al-Baqarah ayat 128: Untuk anak patuh pada Allah S.W.T

Surah-surah ini boleh diamalkan oleh bakal-bakal ibu selepas menunaikan solat. Anda juga boleh mengamalkan beberapa zikir zikir ini semasa hamil.

Doa Mudah Bersalin: Zikir Yang Juga Boleh Diamalkan Si Ibu

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Zikir-zikir ini pula anda boleh amalkan semasa sedang sakit bersalin:

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maha Suci Allah

Aku memohon ampun kepada Allah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa Mudah Bersalin Yang Boleh Diamalkan Oleh Para Suami

Untuk suami, anda juga boleh amalkan zikir-zikir di atas, dan ketika anda menemani isteri anda semasa bersalin, anda boleh mengamalkan zikir ini bagi memudahkan proses bersalin isteri anda.

Lagi-lagi bila isteri dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat bius atau ketika operasi czer, suami perlu bantu dari segi berdoa. 

Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir

“Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”

Sakit bersalin memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata, dan Allah telah memilih wanita untuk menanggung sakit ini kerana Dia tahu yang kita kuat untuk menahannya.

Jadi dengan senarai doa mudah bersalin dan zikir-zikir di atas, diharapkan ia boleh memudahkan urusan bersalin ibu-ibu semua. InshaAllah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa Untuk Bayi Baru Lahir

Kredit: Unsplash

Sesudah anda selamat melahirkan bayi tersayang, jangan terus enjoy begitu saja. Bacakan doa khusus untuk bayi baru lahir ini, barulah bebas dari gangguan.

Doa-doa tersebut dikutip daripada karya Syekh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyqi, Al-Adzkar al-Muntakhabah min Kalaami Sayyid al-Abrar, (Surabaya: Kharisma, 1998), hal. 302: Doa menjenguk bayi yang baru lahir: بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ لَكَ وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ وَبَلَغَ أَشُدَّهُ وَرُزِقْتَ بِرَّهُ 

Bârakallâhu laka fil mauhûbi laka wasyakarta al-wâhiba wa balagha asyuddahu wa ruziqta birrahu “Keberkahan bagimu atas apa yang telah dianugerahkan padamu. Kau bersyukur pada Sang Pemberi, telah sampai pada kesenangan dari-Nya, dan (semoga) diberikan rizki atas kebaikan-Nya” 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, untuk yang melawat disarankan membaca doa berikut ini

 بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ أَوْ أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَكَ

Bârakallâhu laka wa bâraka ‘alaika wa jazâkallâhu khairan wa razaqakallâhu mitslahu au ajzalallâhu tsawâbaka

Maksudnya: “Semoga engkau diberkahi Allah, semoga keberkahan Allah tercurah atas dirimu, semoga Allah membalas kebaikan bagimu, semoga Allah memberikan rizqi yang sama padamu atau Allah menyegerakan pahala bagimu”.

Demikian semoga bermanfaat dan semoga diijabah oleh Allah SWT. Amin. Wallahu a’lam bi shawab.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tarikh Bersalin Makin Hampir? Ini Tanda-Tanda Bersalin Yang Akan Dialami

Baca juga: 7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin

Baca juga: Surah Maryam Untuk Ibu Hamil & Doa Mudah Bersalin Yang Boleh Anda Amalkan Selalu