3 Zodiak Si Kecil Ini Katanya Membawa Tuah & Kekayaan Dalam Keluarga! Cuba Ibu Semak

Zodiak kelahiran ini dikatakan boleh membawa tuah dan kekayaan pada si kecil

Adakah anda sudah tahu due date semasa mengandung? Sebabnya, ada rahsia yang tersembunyi di sebalik zodiak kelahiran si kecil itu, di mana ada yang mengatakan tarikh kelahiran mereka boleh menentukan sama ada anak tersebut membawa tuah dan kekayaan dalam keluarga.

Eh, boleh percaya ke? Tak mengapa, jom kita ambil tahu berkaitan ini terlebih dahulu.

Semasa sekolah dulu memang kita cukup suka belek majalah yang ada zodiak kelahiran ini dan lihat sama ada kita bertuah atau tidak pada bulan tersebut, kan?

Tapi, sekarang zodiak kurang popular lagi apabila kita sudah meningkat dewasa namun tidak ada salahnya jika kita masih ambil tahu tentang horoskop ini hanya sekadar suka-suka dan tidak terlalu taksub dengannya.

3 zodiak kelahiran terbaik dengan kanak-kanak

#1. Gemini (16 Jun hingga 15 Julai)

Pertama kali, kami nak ucapkan tahniah kepada ibu yang lahirkan bayi pada tanggal 16 Jun hingga 15 Julai ini dan tentunya si kecil itu dalam kategori Gemini. Wah, samalah dengan penulis!

Pada masa ini, Gemini akan memulakan kehidupan mereka dengan sesuatu yang baru dan ibu hamil akan diberikan banyak peluang dalam kehidupan mereka.

Selain itu, ibu mengandung juga berpeluang menerima barang-barang baru seperti rumah, kereta, dapat sejumlah wang yang banyak dan sebagainya. Pendek kata memang beruntung ibu yang lahirkan anak dalam bulan Gemini ini.

Karakter diri:

– Seseorang yang sukakan perdebatan dan sukar membuatkan orang lain menang semasa berdebat dengannya. Apa saja persoalan akan ada saja alasan yang bakal dia berikan.

– Lelaki dalam kategori gemini ini suka perempuan yang lembut hatinya dan sopan santun.

– Jangan bersikap kasar dengan mereka sebab mereka pasti akan menang.

#2. Scorpio (16 Nov hingga 15 Dis)

Ibu yang mempunyai anak dengan zodiak Scorpio ini bakal tersenyum tidak lama lagi kerana si kecil itu akan mempunyai kriteria dan ciri-ciri pemimpin orang kaya.

Bahkan bila anda menghabiskan banyak masa dengan si kecil itu, ada banyak perkara yang dapat diselesaikan mereka dengan cara yang paling baik tanpa membawa banyak tekanan dalam diri mereka. Sekaligus tentunya anda sebagai ibu akan berasa bangga dengan setiap pencapaian anak. 

Apabila mereka sudah masuk ke alam persekolahan, mungkin anda boleh memberi nasihat kepada mereka untuk selalu menabung duit belanja sekolah yang tidak habis digunakan. Dari situ anda boleh lihat betapa cermatnya dia dalam pengurusan kewangannya setiap hari.

Karakter diri:

– Anda perlu sentiasa menghargainya kerana dia suka dibelai dan dimanja oleh ibu bapanya.

– Scorpio juga dikatakan seorang yang kuat cemburu.

#3. Sagittarius (16 Dis hingga 15 Jan)

Ibu yang melahirkan bayi di antara 16 Dis hingga 15 jan juga bakal memiliki anak yang membawa tuah dalam keluarga bahkan si kecil itu tahu menguruskan kewangan dengan baik setelah dia meningkat dewasa nanti.

Apatah lagi ibu akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak-anak dapat keuntungan dan kebahagiaannya. Malah itu sudah cukup membuatkan ibu rasa gembira.

Karakter :

– Mereka dalam zodiak kelahiran ini seorang yang ceria dan suka bergembira.

Padangan Islam tentang ramalan bintang atau zodiak

Dalam Islam, melahirkan atau dilahirkan dalam bulan atau hari apa sekalipun tidak memberikan kebaikan atau keburukan cuma dalam Islam ada dibincangkan tentang keistimewaan hari atau bulan tertentu.

Walau bagaimanapun, mempercayai tarikh, waktu atau bulan tertentu sama ada ia memberikan kebaikan atau keuntungan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

p/s : Apa yang kami kongsikan ini sekadar suka-suka dan hanya pembacaan, semata-mata bukan untuk mengenang nasib sama ada keburukan atau kebaikan.

Semoga anak yang bakal anda lahirkan nanti seorang yang beriman dan mempunyai akhlak yang baik sekaligus dapat mengembirakan hati kedua-dua ibu bapanya kelak. InsyaAllah. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal bossblink. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Thailand untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkaya-muda