Jangan Bergurau 'Nak Kahwin Lain' Dengan Isteri Yang Sukar Hamil, Fahamilah Perasaannya

Menunggu zuriat adalah satu penantian yang cukup menyakitkan. Wahai suami, cubalah ikhtiar terlebih dahulu janganlah pergi cari yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada siapa-siapa yang mempunyai pengalaman menunggu zuriat? Kalau masih ada yang menanti, bersabarlah, Allah swt sebaik-baik perancang, percayalah. 

Saya tertarik dengan satu kisah yang dikongsi oleh hamba Allah bernama Azmi Saat di Facebook beliau, di mana dia bercerita kisah penantian zuriat yang mana memberi impak besar pada isterinya. 

Kisah menanti zuriat bermula begini:

Dulu, waktu 5 tahun awal perkahwinan saya dan isteri, dia tak marah langsung kalau saya bergurau fasal nak kahwin lain.

Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah.

Bukan setakat tak marah, malah dia boleh mencabar saya lagi sebab dia tahu saya memang tak berani. Sembang saja kuat.

Lepas 5 tahun, kalau saya bergurau hal seperti itu, respond dia dah tak seperti biasa. Selalunya dia akan terdiam. Tak ada lagi kata-kata mencabar apa lagi gelak tawa.

Bila perasan begitu, saya cuba kurangkan gurauan-gurauan seperti itu sebab tahu dia tak suka. Tapi, kadang-kadang terlepas juga.

Akhirnya hamil, namun keguguran zuriat

Pada tahun ke lapan perkahwinan, dia hamil tapi tak sampai 2 bulan kandungannya gugur. Mulai dari saat itu, dia selalu termenung bila baru lepas bermain dengan budak kecil, sedih bila terbaca ucapan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat Hari Ibu, rasa kecil bila kawan-kawan bersembang fasal anak masing-masing. Apa lagi bila berjumpa dengan saudara-mara yang tak pandai jaga mulut persoalkan bila nak dapat anak. Akan basahlah baju saya dengan airmatanya.

Dia juga selalu sangat bertanya pada saya, “Yang, kalau saya tak dapat beri awak anak, awak akan kahwin lain tak?”

Barulah saya tahu, rupanya dia tak suka gurauan-gurauan seperti itu sebab dia takut saya gunakan alasan anak untuk kahwin lain. Sejak dari itu, saya tak mahu lagi bergurau nak kahwin lagi. Selagi dia hidup, cuma dia seorang isteri saya walau apa pun yang terjadi.

Hiburkan isteri, biar dia rasa dihargai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya cuba hiburkan dia supaya dia tidak kesunyian. Pantang ada masa lapang, pasti saya akan bawa dia bercuti ke hotel-hotel. Saya nak dia tahu, hidup suami isteri tanpa anak juga seronok. Malah mungkin lebih seronok dari orang lain yang ada anak.

Alhamdulillah rasanya hiburan yang saya beri menjadi. Sampai masuk tahun 2021 iaitu tahun ke sepuluh perkahwinan, kami sepakat untuk lupakan fasal anak. Kita cari kebahagiaan berdua sahaja.

Segala puji bagi Allah. Dialah yang maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Berkat doa yang tak putus-putus dari Emak, keluarga dan orang sekeliling, tak lama lepas kami sepakat begitu, isteri kata dia rasa tak selera makan, selalu rasa nak muntah.

Bila kami pergi buat rawatan, rupanya isteri saya hamil. Sekarang sudah hampir 4 Bulan.
Jujurnya, waktu awal-awal kami dapat berita kehamilan itu, kami tak pun terus gembira. Mungkin sebab dah mula rasa seronok hidup berdua. Bila dah balik rumah, barulah gembira itu datang. Mulalah mencaritahu apa yang perlu untuk orang mengandung dan bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya mohon doa dari kawan-kawan semua, semoga kandungannya sihat, isteri saya sihat dan anak yang lahir nanti akan jadi anak yang soleh.

Saya doakan kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk memperoleh cahaya mata supaya diberikan kesabaran, kekuatan untuk mengharungi apa sahaja ujian sebagai pasangan suami isteri.

Sama-samalah kita bersyukur dengan apa sahaja yang tuhan beri. Banyakkan beristighfar memohon keampunan atas segala dosa, pasti Allah akan tunaikan setiap doa kita.

Mudah-mudahan Allah selalu menyematkan rasa bahagia dalam hati-hati kita walau bagaimana pun keadaan kita.

Sunnah Rasulullah untuk suami menjaga hati isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sebuah kisah menarik yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, ia berkata, Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa isterinya, sedang Ummu Sulaim berada bersama mereka.

Maka baginda berkata,

وَيْحَكَ يَا أَنْجَشَةُ، رُوَيْدَكَ سَوْقًا بِالقَوَارِيرِ

“Berhati-hatilah wahai Anjasyah, perlahan-lahan kamu menjaga kaca (bermaksud wanita).” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memberi amaran kepada Anjasyah supaya tidak terlalu ghairah mengalunkan syair ketika menggembala unta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana jika mereka terlalu bersemangat, unta akan berlari dengan sangat laju. Malah, terdapat wanita dalam kumpulan itu.

Kemudian baginda mengingatkan Anjasyah agar memperlahankan syairnya untuk menjaga hati seorang isteri. Baginda mengibaratkan wanita itu seperti kaca. Sekiranya kaca itu jatuh dan pecah, hampir mustahil untuk membaikinya dan mengembalikannya kepada keadaan asalnya.

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW supaya menjaga hati isteri-isteri supaya mereka tidak terluka.

Allah Ta’ala turut menasihati seorang suami yang baik agar bersabar terhadap isterinya, firman Nya:

وا۟ بِبَعْضِ مَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّآ أَن يَأْتِينَ بِفَٰحِشَ رَهُوا۟ شَيْـًٔا وَيَجْعَلَ ٱللَّهُ فِ يهِ خَيْرًا كَثِيرًا 

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,

kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Ikhtiar dapatkan zuriat suami dan isteri

Jika sudah bermacam cara dan usaha dilakukan tetapi tidak berhasil, ada beberapa ikhtiar cara islam yang boleh dilakukan bersama pasangan untuk memperoleh zuriat dengan segera. 

1. Amalan zikir 

Bagi suami:

  • Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir dan baca sebanyak 70 kali.
  • Doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan apa yang dihajati

Bagi isteri pula:

  • Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus
  • Doa pada Allah SWT agar dipermudahkan apa yang dihajati

Sebaiknya baca doa dan jadikan amalan zikir selepas solat berjemaah.

2. Doa mendapat zuriat

Doa Nabi Zakaria dipetik dari Surah Anbiya, ayat 89 iaitu: 

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًۭا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engaku biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”

3. Minum air sebelum tidur

Sebelum tidur, ambil segelas air suam dan letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut. Suami isteri boleh jadikan amalan sebelum tidur. 

Kemudian, disertai dengan bacaan seperti:

  • Baca Surah Al Fatihah – 7x
  • Al ikhlas – 7x
  • Doa Nabi Zakaria 

Jika anda minum dan mengalami gejala pelik seperti nak muntah, kepala pening dan perut tak selesa mungkin disebabkan adanya gangguan makhlus halus.

Oleh itu, jangan dibiarkan berlarutan dan dapatkan rawatan islam dengan segera. 

4. Amalan kurma dan susu kambing

Petua ini dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah dari seorang ulama di Yaman. Petua ini ternyata berhasil membuatkan seorang wanita berusia 52 tahun berjaya mendapatkan anak walaupun pasangan tersebut disahkan mandul. 

Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk dijadikan amalan harian suami isteri:

  • 1 liter susu kambing
  • 1 kg kurma jenis liat dan kering

Cara-caranya:

  1. Suami mengambil segenggam kurma.
  2. Isteri juga mengambil segenggam kurma.
  3. Buang bijinya dan kisar di dalam pengisar bersama 1 liter susu kambing.
  4. Bahagi dua bahagian susu kurma kepada suami dan isteri .
  5. Minum dan habiskan dalam masa sehari.

Selesai hari pertama, pasangan suami isteri boleh mengamalkan 7 biji kurma dan segelas susu kambing pada hari-hari berikutnya selama setahun.

5. Surah Maryam 

Suami isteri juga boleh mengamalkan bacaan surah maryam, ayat 1-12 setiap hari. Surah ini menceritakan tentang perjalanan hidup Maryam yang diberikan rahmat oleh Allah SWT dengan kelahiran Nabi Isa AS.

Seperti kisah saudara ini, beruntung sungguh isterinya kerana mendapat suami yang cukup memahami malah dianggapnya seperti suatu keberuntungan dan bukan suatu kekurangan. 

Dilayan isterinya dengan begitu sempurna agar isteri tidak rasa kekurangan tanpa mempunyai zuriat. Bukan setakat suami mengabaikan perasaan istri, lebih teruk lagi kalau suami-suami lain mulalah mencari alasan untuk tak melayan isteri kerana tak sempurna tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dicari pula pengganti, mashaAllah.

Jadi untuk yang pasangan yang masih menanti, ambillah kisah ini sebagai pengajaran buat kita. Kekurangan tidak dapat zuriat itu membuatkan hati isteri yang terguris.

Wahai suami, fahamilah. Jika pasangan itu redha, Allah akan beri lebih banyak nikmat. Percayalah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman. 

Baca Juga: Benarkah Wanita Berbadan Gempal Sukar Hamil? Ini Jawapannya

Baca juga: Hikmah Perkahwinan Tanpa Anak, Ramai Suami Isteri Tetap Bahagia Meskipun Hidup Berdua

Baca juga: Soal Anak Isu Yang Sensitif, Ini 9 Kata Kata Positif Yang Baik Untuk Mereka Yang Belum Ada Zuriat