Bila anak batuk terutama berkahak kita juga ikut jadi tak selesakan? Rasa kasihan pun ada bila melihat anak kecil terutama bayi bernafas dalam keadaan tak selesa. Jadi bagaimana cara hilangkan kahak bayi anda?
Sedangkan kita yang dewasa ini pun bila batuk sakit pada abdomen, apatah lagi bayi kecil yang menghadapi masalah batuk ini.
Batuk dengan selesema ini pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil.
Kenapa bayi mempunyai lendir di dalam tekak mereka dan bagaimana bunyinya?
Bayi menghela nafas menggunakan hidung pada beberapa bulan terawal selepas kelahirannya. Ini berguna apabila mereka sentiasa menyusu. Lendir membantu memastikan hidung dan tekak mereka daripada kekeringan dan menghentikan kuman daripada masuk ke dalam paru-paru.
Walaubagaimanapun, kadang kala lendir boleh menjadi banyak atau menjadi pekat lebih daripada biasa. Bayi anda mungkin akan membuat bunyi seakan berderau lebih dari biasa atau bunyi seakan sesak apabila mereka bernafas.
Kadang kala lendir juga boleh kedengaran seakan bayi anda berdengkur atau bernafas dengan kuat semasa mereka tidur.
Punca lendir berlebihan?
Bayi mudah sejuk dan rasa sesak nafas dengan mudah berbanding kanak-kanak yang lebih berusia atas beberapa sebab. Saiz mereka yang kecik dan malah laluan hidung mereka yang kecil mudah tersumbat dengan cepat.
Tambah lagi, sistem imun mereka yang sedang dalam proses berkembang adalah masih belahar akan bagaimana untuk melindunginya daripada kuman.
Kuman atau apa sahaja yang boleh membuat iritasi pada saluran pernafasan bayi yang halus akan mencetus tubuh mereka untuk menghasilkan lendir yang lebih banyak. Ini bertujuan untuk membantu memerangkap dan melindungi mereka daripada apa sahaja yang mengganggu bahagian dalam hidung dan tekak mereka.
Masalah lendir biasa tercetus pada bayi (atau boleh jadi juga pada anda) adalah:
- Asap rokok
- Habuk dan pencemaran udara
- Virus dan kuman lain
- Bahan kimia
- Perubahan cuaca
Berikut juga boleh membawa kepada masalah lendir kahak berlebihan lebih daripada biasa:
- Jangkitan virus seperti demam atau selesema
- Alergi
- Asthma
- Pneumonia
- Bronchiolitis
Dalam kes yang sangat jarang, terlalu banyak lendir kahak tersekat di dalam tekak bayi dan dada adalah disebabkan oleh penyakit yang lebih serius seperti cystic fibrosis.
Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan lendir kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.
Tentu saja kita sebagai ibu bapa risau kan? Sebab mereka bukannya pandai untuk keluarkan kahak sendiri.
Sampai satu peringkat memang sangguplah kita ni sebagai ibu bapa sedut hingus pada hidung anak-anak sebab risau keadaan tersebut akan membuatkan anak kita tu tidak selesa untuk bernafas dan lemas.
Bila sedut tu, banyak keluar, lega rasanyakan? Jadi bagaimana cara menghilangkan kahak si manja?
5 Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Mudah Dan Berkesan
Ada beberapa cara hilangkan kahak dekat paru paru dan mengeluarkannya dengan mudah. Antaranya termasuklah:
1. Mandikan anak dengan air suam
Memandikan anak yang batuk atau selesema dengan air suam mampu memberikan keselesaan kepada mereka.
Air suam menghasilkan wap berupaya membantu melapangkan pernafasan anak yang batuk atau selesema.
2. Keluarkan kahak selepas mandi air suam
Selepas mandi air suam, cuba buatkan anak mengeluarkan kahak ketika ini kerana kahak agak cair pada waktu itu.
Jadi agak mudah sedikit untuk anda membantu anak mengeluarkan kahaknya.
3. Sedut secara manual
Cara hilangkan kahak dekat paru-paru anak yang ketiga adalah dengan menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi.
Jangan sedut gunakan mulut terus ke hidung anak kerana bakteria daripada mulut juga boleh menyebabkan jangkitan terhadap si manja.
Selain itu, hingus anak dikhuatiri membawa virus pula kepada anda.
4. Wapkan anak
Cara keluarkan kahak bayi yang seterusnya adalah dengan memasukkan air panas yyang masih mengeluarkan wap ke dalam besen yang agak lebar.
Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air.
Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
5. Tepuk-tepuk belakang anak (cupping)
Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.
Ini akan membantu melonggarkan rongga pernafasan untuk memudahkan kahak keluar. Cara hilangkan kahak di tekak si manja ini dikatakan paling berkesan oleh kebanyakan ibu.
6. Pasang pelembap udara
Jika udara dalam rumah anda kering, kami menyarankan untuk sediakan sebuah pelembap udara (humidifier). Ia menjadi pilihan sesetengah ibu sebagai ikhtiar cara cairkan kahak si manja.
Kelembapan dalam udara memudahkan bayi batuk dan mengeluarkan kahak. Bukan itu sahaja, ia dapat mengatasi masalah kekeringan pada tekak.
Memandangkan ia salah satu cara buang kahak bayi yang mudah, ibu ayah boleh meletakkan pelembap udara ini di dalam bilik tidur si manaj agar dapat memberikan lebih banyak kelembapan pada persekitarannya.
7. Pastikan anak sentiasa terhidrasi
Bagi bayi batuk berkahak yang berusia enam bulan ke atas, ibu boleh kerap memberikannya minum air.
Apabila tubuh si manja mendapat air yang cukup, ia membantu merendahkan suhu badan. Dalam masa yang sama mampu cairkan kahak yang tersekat pada bahagian tekak mereka.
Selain itu ibu boleh memberi bayi minum susu badan atau susu formula dengan lebih kerap sebagai ikhtiar cara buang kahak.
Jenis Ubat Cair Kahak Untuk Kanak-kanak Yang Boleh Ibu Beli Di Farmasi
Dr Ahmad Samhan menjelaskan, ada beberapa ubat cairkan kahak yang terdapat di pasaran.
Di sini saya kongsikan jenis-jenis ubat batuk yang boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor. Namun hal paling penting ibu ayah perlu tahu adalah TIADA UBAT BATUK UNTUK KANAK-KANAK KURANG DARI 2 TAHUN.
1. Expectorant
Kegunaan: Digunakan untuk batuk yang berkahak (productive cough)
Cara bertindak: Ia akan mencairkan mukus nipis di kawasan salur pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk.
Contoh ubat: Rhinatiol, Bisolvon, Mucolix
2. MUCOLYTIC
Kegunaan: Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal.
Cara bertindak: Ubat kategori ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.
Contoh Ubat : Ambroxol,Acetycysteine
3. Berasaskan herba
Kegunaan: digunakan secara traditional untuk melegakan selsema,batuk,sakit tekak,iritasi kerongkong dan mengurangkan kahak.
Contoh ubat: prospan, cap ibu dan anak,hurix,woods
Cara Mencegah Bayi Daripada Terkena Batuk Dan Selesema
Ada beberapa pencegahan yang boleh diambil ibu bapa bagi mengelakkan anak daripada diserang batu atau menghidap selesema Antaranya termasuklah:
1. Petua hilangkan kahak bayi: Pastikan rumah bersih
Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih
2. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran dalam rumah
Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.
3. Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
Kurangkan penggunaan pendingin hawa di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.
4. Udara segar dalam rumah
Tak salah untuk anda tanam indoor plant. Tetapi lebih mudah jika anda berkemampuan boleh beli penapis udara. Banyak kegunaanya.
Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.
5. Elakkan bayi daripada makan makanan proses
Cuba berikan makanan yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses seperti ubi kentang goreng atapun produk tenusu.
Bila Ibu Ayah Perlu Bawa Anak Jumpa Doktor?
- Bila batuk tidak berkurang selepas 3 hari. Batuk yang berpanjangan boleh menjadi petanda masalah serius seperti tuberkulosis (TB) serta bronkoetasis.
- Kahak terlalu pekat, banyak dan berubah warna kepada hijau atau kuning menunjukkan adanya jangkitan kuman. Si manja memerlukan antibiotik.
- Bunyi batuk lain daripada biasa
- Batuk sehingga sesak dada.
Semoga bermanfaat!
Dr Ahmad Samhan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Bayi Batuk Berkahak, Buat Tepukan Percussion & Beri Susu Badan Antara Tips BERKESAN!
Baca juga: Resepi Sup Singo Pear, Terbukti Berkesan Meredakan Anak Batuk Berkahak & Demam
Baca juga: Nafas Bayi Berbunyi Kahak Kroh-Kroh, Bila Ibu Perlu Risau?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!