Apabila berbincang mengenai checklist barang baby, selalunya barangan yang dibeli ibu bapa adalah berlebihan dan kadangkala tidak digunakan langsung. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah pasangan ibu bapa baru, pasti pelbagai barang ingin dibeli mereka.
Apa yang pasti, si manja hanyalah memerlukan pakaian yang mencukupi, selain keperluan untuk memastikan dirinya bersih, di samping persekitaran yang selesa dan selamat.