10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak-Anak

lead image

Awas dengan 10 sikap keibubapaan ini atau anda akan menjejaskan tumbesaran malah hubungan anda dengan anak-anak!

Sikap keibubapaan

Setiap ibu bapa ada cara didikannya yang tersendiri.

Ada ibu bapa yang lebih rileks dan melayan anak-anak seperti teman tapi ada juga ibu bapa yang amat berdisiplin.

Memang kita terbuka untuk melakukan kesilapan. Lebih-lebih lagi dalam usaha untuk membesarkan anak.

Tapi kita sebenarnya hanya nak yang terbaik untuk anak kita, kan?

Tiada sikap keibubapaan yang salah atau betul. Akan tetapi… ada beberapa sikap yang boleh menjejaskan anak-anak anda!

Jadi, jangan buat 10 perangai ini: 

1. Tak beri sokongan dan rasa “selamat”

Ada sesetengah ibu bapa percaya kalau mereka “tunjuk keras”, anak akan lebih dengar cakap dan bijak berdikari. Tapi sebenarnya, mereka perlukan kasih sayang anda.

Mereka perlu rasa “selamat”. Barulah mereka belajar daripada kesilapan!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/shutterstock 628419977.jpg 10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak Anak

2. Kritik setiap perbuatan anak

Sentiasa kritik perbuatan anak anda adalah perkara yang tak sihat! Ia akan buat kanak-kanak tiada keyakinan diri dan tak mahu mencuba benda baru.

Cuba imbangkan antara kritikan positif atau negatif. Jangan jatuhkan keyakinan mereka!

3. Ejek atau buat lawak yang melukakan hati 

Sebenarnya, jika anda kerap mengejek atau membuat lawak yang melukakan hati mereka, anda sedang mendera mereka secara emosi

Kalau anda rasa anak anda memerlukan nasihat, cuba cakap secara peribadi dengan mereka. Jangan ejek di depan orang ramai!

4. Salahkan semuanya pada anak

Ini satu lagi penderaan emosi yang memberi kesan buruk pada anak-anak anda! Risau nanti mereka akan membesar tanpa keyakinan diri.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/Bad Parenting Skills.jpg 10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak Anak

Source: Momjunction.com

5. Nak perhatian anak sepenuhnya

Ada ibu bapa fikir kehidupan anak ini hanya untuk mereka. Sebenarnya, anak-anak ada kehidupan mereka sendiri.

Jangan paksa mereka untuk beri perhatian pada anda sepanjang masa. Beri mereka ruang. Nanti mereka akan faham yang mereka memerlukan anda.

6. Tak bagi anak luahkan fikiran dan emosi

Jangan besarkan anak-anak anda dengan peraturan “anak lelaki tak menangis“, atau “anak perempuan perlu lelaki“. Biar mereka kongsi buah fikiran dan emosi mereka. Ia boleh mengelakkan kemurungan atau kesunyian.

7. Terlalu tegas hingga anak takut

Disiplin dan takut adalah dua perkara berbeza. Anda nak mereka hormat keputusan anda sebagai ibu bapa. Bukannya “takut” pada keputusan anda.

Jika mereka terlampau takut pada anda, mereka takkan mesra dan rapat lagi dengan kalian. Hubungan kalian mula renggang.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/hiding 1209131 640.jpg 10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak Anak

8. Kawal anak dengan duit dan perasaan bersalah

Anda tak patut mengharapkan “balasan” bagi setiap kasih sayang yang anda beri. Itu memang tugas seorang ibu bapa, pun! 

Jadi, jangan sesekali cuba “beli” anak-anak dengan duit atau perasaan bersalah. Ia takkan kekal lama.

9. Mendiamkan diri

Anda ibu bapa atau anak-anak? Kenapa beri silent treatment pada anak-anak bila anda marah? Cuba cakap dengan mereka dan terangkan kenapa anda marah. Nescaya mereka akan faham nanti.

10. Paksa anak jadi diri dan impian anda

Anda amat mementingkan diri sendiri jika anda memaksa anak-anak menjadi “diri” anda. Ya, mungkin anda peguam berjaya. Tapi ini tak bermaksud anak-anak anda perlu jadi peguam juga, betul tak? 

Biar mereka buat keputusan dalam kehidupan mereka. Janji mereka gembira!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/scream 1819736 640.jpg 10 Sikap Ibu Bapa Yang Beri Kesan Buruk Pada Anak Anak

Anda tak mahu buat masalah dengan anak-anak, kan? Jagalah hubungan kalian sebaiknya. Kelak anak anda akan menghormati dan menyayangi anda sepenuh hati mereka.

Sumber rujukan: Peace Quaters

Baca juga

Pakar Psikologi Minta Ibu Bapa Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!