10 tanda-tanda kehamilan - Anda ada tak tanda hamil ini?

lead image

Namun adakalanya, wanita seringkali tidak mengetahui dirinya sedang hamil terutamanya di awal kehamilan. Berikut beberapa tanda hamil yang perlu diketahui.

Kehamilan adalah merupakan satu saat yang sememangnya diidamkan oleh setiap wanita. Namun adakalanya, wanita seringkali tidak mengetahui dirinya sedang hamil terutamanya di awal peringkat kehamilan.

Berikut adalah beberapa tanda awal kehamilan yang perlu diketahui.

#1 Tanda hamil: Mengidam

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 275269628 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Perubahan selera makan yang mendadak boleh dijadikan salah satu petanda kehamilan.

Walaupun ini tidak boleh dijadikan garis penentuan kehamilan, tetapi jika ianya diikuti dengan tanda-tanda lain (sila rujuk ciri-ciri seterusnya), segeralah berjumpa dengan doctor anda untuk pengesahan.

#2 Tanda tanda hamil: Perubahan pada bahagian puting

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 352427054 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Jika anda mula melihat perubahan pada payudara anda terutamanya warna bahagian putting payudara, ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon pada awal kehamilan.

Warna puting akan menjadi lebih gelap dan akan terasa lebih sensitif.

#3 Tanda hamil: Tompokan darah dan kekejangan perut

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 330109367 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Tompokan darah boleh berlaku seawal seminggu kehamilan. Ini kadang-kala diikuti juga oleh sedikit kekejangan seperti anda sedang mengalami haid.

Proses ini adalah normal ketika sel telur mula melekat pada dinding rahim.

#4 Tanda tanda hamil: Sering buang air kecil

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 408118747 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Perubahan hormon ketika hamil adalah biasa dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem pencernaan badan anda.

Dengan perubahan itu, sejajar dengan pembesaran bayi anda, ini akan memberi tekanan terhadap pundi kencing dan seterusnya menyebabkan anda mengunjugi tandas berulang kali.

#5 Tanda hamil: Merasa letih

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 220778143 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Pasa masa tertentu, anda mungkin akan merasa penat yang amat sekali. Ini juga adalah normal ketika hamil akibat perubahan hormon progesterone.

Dalam masa yang sama, kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga boleh menyumbang kepada gejala penat ini.

#6 Tanda tanda hamil: Perubahan pada payudara

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 180085253 1 199x300.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Perkara ini juga seringkali dilalui ketika mengalami kedatangan haid di mana, payudara akan kelihatan tegang, membesar, membengkak, sakit dan mudah sensitif terhadap sentuhan.

#7 Tanda hamil: Perubahan deria rasa dan bau

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 290694881 1 300x298.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami deria rasa dan bau yang tajam terutamanya terhadap bau-bauan yang tertentu.

Makanan yang anda suka mungkin menjadi sesuatu yang amat memualkan manakala makanan yang anda tidak suka sebelum hamil mungkin akan menjadi sesuatu yang menyenangkan.

#8 Tanda tanda hamil: Mabuk hamil

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 96431810 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Ini adalah salah satu petanda yang kerap-kali menjadi pengukur tanda kehamilan. Mabuk hamil selalunya akan melibatkan rasa loya, muntah-muntah dan kadang-kala ketidakselesaan perut.

Keadaan ini tidak semestinya dilalui oleh setiap wanita yang baru hamil kerana setiap wanita adalah berbeza ketika melalui kehamilan.

Begitu juga dengan masa terjadinya mabuk hamil, ia tidak semestinya berlaku di waktu pagi kerana ia juga boleh berlaku di waktu petang atau malam.

#9 Tanda hamil: Perubahan kitaran haid

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 262750391 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Petanda ketara sekali ketika hamil adalah kitaran haid yang tiba-tiba lambat atau terhenti. Ini akan menjadi lebih ketara jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur.

#10 Tanda tanda hamil: Ujian hamil positif

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/10/shutterstock 465092819 1 1 300x199.jpg 10 tanda tanda kehamilan   Anda ada tak tanda hamil ini?

Jika anda masih ragu dengan semua petanda di atas, cubalah menggunakan alat ujian hamil untuk memastikan kehamilan anda. Walaupun cara ini tidak memberi kepastian yang penuh, ia masih boleh membantu anda kerana ujian ini memberi ketepatan 95%-99%.

Rujukan: Baby Center

tanda hamil, tanda awal kehamilan, tanda tanda hamil, tanda tanda mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!