10 Tanda-Tanda Suami Berbohong Kepada Isteri

Adakah anda sedang gelisah dan merasa suami berbohong? Sebelum buru-buru mengambil kesimpulan, cuba simak tanda-tandanya dulu di sini ya..
Adakah anda sedang merasa tidak selesa dengan suami? Jika tindakan atau perkataan suami tiba-tiba terasa pelik dan tidak konsisten, tentunya anda terasa ada sesuatu yang tidak kena.
Sebelum menuduh yang bukan-bukan, cuba perhatikan dahulu tanda-tanda suami berbohong kepada isteri berikut ini.
1. Berhenti sejenak sebelum menjawab pertanyaan
Ciri yang satu ini adalah petanda kebohongan yang paling biasa. Berhenti sejenak sebelum berkata-kata selalunya digunakan untuk mencari-cari alasan sebelum menjawab.
Bahkan jika suami sudah membuat alasan terlebih awal, namun otaknya tetap akan memerlukan waktu untuk mengingat butiran alasannya.
2. Menutupi wajah
Faktanya, beberapa ciri-ciri di wajah kita boleh memberi tanda ketika kita gugup. Jadi jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung, atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang tampak dibuat-buat, anda patut curiga!
3. Tidak mahu melihat mata isteri
Ini adalah tanda umum, selain dari rasa malu. Ketika suami anda tidak mahu mengakui apa yang mungkin telah dilakukan, dia akan mengelakkan hubungan mata semasa bercakap dengan anda.
4. Berpeluh-peluh
Jika suami tiba-tiba berpeluh (padahal cuaca tidak panas), kemungkinan dia sedang berbohong. Berpeluh adalah salah satu tanda orang sedang gugup.
5. Ceritanya tidak sepadan antara satu sama lain
Setiap orang kadang-kadang boleh menjadi pelupa, namun jika cerita yang disampaikan suami sering tidak sepadan antara satu sama lain, anda harus berwaspada.
6. Menjadi defensif
Ketika ada perkara yang mahu disorokkan oleh si suami, dia akan mudah menjadi defensif, sehingga dia mudah marah-marah kepada isteri untuk menghindari pertanyaannya yang lebih lanjut.
7. Memberikan terlalu banyak maklumat
Kadang-kadang, kerana berusaha keras untuk meyakinkan isteri, suami akan memberikan terlalu banyak butir-butir maklumat, bahkan menceritakan hal-hal yang tidak ditanyakan. Padahal, selalunya dia tidak banyak bercerita!
8. Terlihat gelisah
Ketika takut rahsianya bocor, suami akan kelihatan gelisah. Misalnya dia kelihatan menggoyangkan kakinya, mengambil dan memainkan sesuatu di tangan, atau tanda gugup lain yang boleh anda perhatikan.
9. Tidak menjawab pertanyaan
Suami mungkin akan cuba mengubah topik percakapan dengan hati-hati untuk menggelak pertanyaan spesifik daripada anda. Contohnya, menceritakan kisah yang panjang, atau mengajukan pertanyaan semula kepada anda.
10. Suara atau tingkah lakunya berubah
Anda tentu kenal suami anda dengan baik. Jadi, jika ketika anda menanyakan sesuatu lalu tiba-tiba suara suami berubah nadanya, atau sikapnya tiba-tiba jadi aneh, maka boleh jadi suami anda sedang berbohong.
Semoga informasi ini berguna ya. Tapi ingat, jangan terburu-buru menuduh suami berbohong sebelum berusaha untuk berkomunikasi secara baik dengannya.
Jika suami anda tiba-tiba buat 7 perangai ini, itu tandanya dia sedang bohong!
9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami
Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!