11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda

11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda

Ketahui makanan apa yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk dan bagaimana kita boleh mendapatkan lebih banyak ruang di dalamnya!

Peti sejuk anda sepatutnya dapat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama, tetapi ia bergantung juga kepada jenis makanan.

Sesetengah makanan sebenarnya tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, kerana berbuat demikian boleh menjejaskan rasa dan kualiti makanan itu.

Berikut adalah senarai makanan yang perlu dikeluarkan dari peti sejuk anda untuk memastikan makanan anda kekal sentiasa segar, seperti yang dikongsikan oleh CNet dan Lifehack.

1. Kentang

Menyimpan kentang di dalam peti sejuk anda sebenarnya boleh merosakkan rasa kentang tersebut dan membuatnya menjadi rosak dengan lebih cepat.

Masukkannya ke dalam beg kertas dan simpan di laci pantri yang sejuk dan kering, jauh daripada sinaran matahari. Ia kekal segar untuk masa yang lama.

2. Bawang

Seperti kentang, bawang menjadi lembik atau berkulat jika dibiarkan dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang.

Ia adalah lebih baik untuk menyimpannya dalam kawasan yang kering dan berventilasi yang baik.

Nota: Jauhkan bawang dari kentang, kerana kentang boleh membuat bawang menjadi rosak lebih cepat!

11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda

Gambar: Eloïse L/Flickr

3. Tomato

Suhu sejuk di dalam peti sejuk merosakkan tekstur tomato, menjadikannya lembik.

Letakkan tomato di dalam mangkuk di atas kaunter dapur anda untuk memanjangkan tempoh hayatnya.

4. Madu

Madu tidak akan rosak dan oleh itu, ia tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Kosongkan ruang dalam peti ais untuk makanan lain yang lebih penting ya!

5. Kopi

Kalau anda hendak tahu, kopi akan menyerap bau di sekelilingnya, jadi menyimpan kopi (kacang atau tanah) di dalam peti sejuk anda hanya akan membuatkan rasa kopi anda sedikit…pelik.

Malah, kelembapan di dalam peti sejuk juga akan menukar rasa kopi anda. Jadi, simpan sahaja dalam laci kabinet dapur anda!

6. Bawang putih

Seperti kentang dan bawang, menyimpan bawang putih di dalam peti sejuk akan merosakkan teksturnya dan menjadikannya terdedah kepada pertumbuhan kulat.

11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda

7. Roti

Menyimpan roti di dalam peti sejuk hanya akan membuatkannya menjadi rosak lebih cepat. Sebaliknya, simpan roti anda dalam beg plastik tertutup, pada suhu bilik. Senang!

8. Mentega kacang

Mentega kacang, atau jam peanut butter, tidak perlu didinginkan, melainkan anda menyimpan mentega kacang yang organik.

Mentega kacang boleh disimpan di dalam pantri anda selama berbulan-bulan. Cubalah!

9. Beras

Hanya beras yang telah dimasak (nasi) sahaja yang perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Beras kering boleh disimpan di dalam pantri anda selama bertahun-tahun – sehingga 10 tahun untuk beras putih (jika disimpan di dalam bekas yang ketat udara), dan sehingga 2 tahun untuk beras merah.

11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda

10. Kacang kering

Kacang kering, seperti nasi, juga tidak memerlukan penyejukan. Meletakkannya di dalam peti sejuk sebenarnya boleh membuatkan ia bertumbuh kulat.

11. Sos tomato dan mustard

Kalau anda hendak tahu, sos-sos perasa seperti sos tomato, kicap, atau sos mustard boleh bertahan selama beberapa bulan tanpa penyejukan.

Kenapa? Ia kerana asid-asid yang terdapat dalam sos perasa ini akan membantu menstabilkan bakteria – ia sukar untuk rosak!

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Malaysia.

Baca juga:

5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner