Tidak Perlu Dapur, Ini 15 Jenis Hidangan Keluarga Yang Enak Menggunakan Rice Cooker

Resepi rice cooker ini boleh dijadikan sebagai hidangan istimewa buat seisi keluarga. Caranya yang mudah dan tidak perlu begitu banyak bahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman sekarang, rice cooker sudah semakin canggih! Tahukah anda ada banyak resepi rice cooker yang boleh anda cuba di rumah? Semuanya lazat-lazat dan yang paling penting, sangatlah mudah!

Bukan saja anda boleh memasak aneka hidangan nasi seperti nasi perang atau nasi hujan panas, malah anda turut boleh menggunakan rice cooker untuk memasak mac and cheese, malah membakar kek!

15 kompilasi resepi rice cooker untuk anda cuba di rumah

Jadi, mari kita lihat beberapa resipi menarik yang boleh anda cuba.

Ajak anak-anak untuk bantu sekali ya, baru la meriah. Pada masa yang sama, anda pun dapat meluangkan masa berkualiti dengan mereka!

1. Resepi rice cooker- mac and cheese

Mac and cheese sememangnya menjadi kegemaran anak-anak kecil. Cara penyediaannya juga mudah dan cepat, terutamanya jika anda menggunakan rice cooker.

Klik link ini untuk mencuba salah satu resipi mac and cheese yang menggunakan rice cooker. Pasti anak anda akan meminta anda membuatnya lagi!

2. Hidangan sayur asparagus dan tofu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda ingin menyediakan sesuatu yang sihat untuk ahli keluarga, ini pula resipi sayuran yang boleh anda cuba. Mudah dan yang paling penting, sangat bernutrisi!

3. Gulai kari ayam

Anda mungkin tidak pernah terfikir untuk menggunakan gulai kari ayam. Cuba ikuti resipi kari ayam untuk menyediakan hidangan makan malam buat seisi keluarga.

Ia sangatlah berguna terutamanya jika dapur anda kehabisan gas!

4. Nasi goreng

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasi goreng sememangnya menjadi kegemaran kita sebagai orang Malaysia. Ia sangatlah versatil dan anda boleh mencampurkan apa sahaja sebagai rencah.

Kanak-kanak pun menyukainya. Sebab itulah, anda perlu mencuba resipi rice cooker yang menyediakan nasi goreng ini. Mudah can cepat!

5. Hidangan menggunakan rice cooker- Oatmeal

Oatmeal, walaupun sangat bernutrisi dan menyihatkan, tapi agak payah juga untuk disediakan atas dapur, kecuali kalau anda gunakan periuk nasi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mari cuba resipi oatmeal ini, anda pasti menyukainya.

6. Telur goreng

Di sini, kami ada sediakan resipi mudah yang boleh anda ikuti untuk membuat telur goreng mahupun scrambled egg.

Gunakan saja periuk nasi anda dan hasilnya pasti akan menambat hati sekeluarga!

7. Risotto lemon

Kalau anda ingin mencuba resipi western, apa kata anda ikuti resipi penyediaan risotto lemon. Cepat dan senang sahaja untuk disediakan.

Kalau memasak di atas api, ia mungkin sedikit sukar dan memerlukan kepakaran anda mengawal api dan masa memasak. 

8. Nasi beriyani ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi satu resipi rice cooker yang mudah untuk anda sediakan adalah resipi nasi biryani ayam.

Resipi yang kami kongsikan di atas pernah diterbitkan dalam The New York Times, dan sudah pasti, ia sangat enak dan menyelerakan. Rugi kalau anda tidak cuba!

9. Fritatta Sayur

Kredit: Foodwishes.blogspot.com

Ini lagi satu hidangan hebat dan lazat yang boleh anda cuba menggunakan rice cooker di rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba resipi fritatta sayur ini. Ia sememangnya hidangan yang sesuai untuk ibu bekerja yang sibuk dan memerlukan sesuatu yang mudah dan cepat disediakan.

10. Mixed-veggie masak tumis

Kalau kita pergi makan ke restoran, ini adalah antara menu yang sering kita order, kan? Apa kata anda cuba sediakan hidangan mixed-veggie masak tumis sendiri di rumah.

Tak perlu bersusah-payah memasak atas dapur gas, gunakan sahaja periuk nasi anda. Ini resipi sayur campur yang boleh anda cuba!

11. Salad quinoa

Quinoa adalah hidangan bernutrisi yang sarat dengan vitamin dan serat. Malah, ia turut dianggap sebagai superfood.

Jika anda ingin menyediakan salah quinoa, ikuti resipi salad quinoa rice cooker yang kami kongsikan dengan anda ini. Mari cuba ya!

12. Pemanis mulut spiced pear

Kredit: The Asian Parent Singapore

Hanya dengan menggunakan rice cooker, anda boleh menyediakan hidangan hebat yang kelihatan seperti dihidangkan di restoran bertaraf lima bintang!

Ikuti resipi pemanis mulut spiced pear ini, dengan hanya menggunakan periuk nasi. Macam sukar untuk percaya, tetapi ia memang mudah untuk disediakan!

13. Kek pisang

Ahhh..kek pisang. Jika di makan pada waktu petang bersama dengan secawan teh O panas, memang sedap!

Dengan menggunakan periuk nasi anda, ikuti resipi kek pisang ini. Bila sudah siap, hidangkan pada suami dan si kecil, pasti mereka senyum lebar! 

14. Kek epal ala Amerika

Ini lagi satu hidangan pemanis mulut yang boleh anda sediakan dengan menggunakan rice cooker. 

Kek epal sememangnya menjadi hidangan kegemaran masyarakat US. Ianya manis dan membangkitkan selera! Mari cuba resipi kek epal ala Amerika ini ya.

Nota: Anda perlu scroll sehingga ke bawah pada laman web di atas untuk melihat resipi kek epal ini.

15. Kek coklat lava

Haaa…kami simpan resipi rice cooker terbaik di akhir artikel ini. Siapa tidak suka dengan kek coklat kan?

Lagi-lagi jika ia turut dilengkapi dengan cairan coklat yang melimpah, memang tergoda walaupun bagi yang sedang diet!

Untuk hidangan rice cooker yang terakhir ini, kami sediakan resipi lengkap kek coklat di sini untuk anda cuba!

Bahan-bahan:

– 1 kotak Betty Crocker Devil’s Food Chocolate Cake Mix (Boleh guna brand lain juga. Campur semua bahan mengikut arahan pada kotak.)

– 1 tin Betty Crocker frosting coklat susu, dibahagi dua

– Spray membakar

Cara-cara:

1. Sembur periuk nasi anda dengan cooking spray jika ia bukan periuk jenis ‘non-stick’. Ini untuk mengelakkannya daripada melekat.

2. Masukkan semua campuran kek yang telah anda sediakan mengikut arahan pada kotak ke dalam periuk nasi.

3. Masukkan separuh daripada frosting coklat di tengah-tengah adunan kek.

4. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan tekan butang ‘cook’.

Masa memasak bergantung kepada jenis dan saiz rice cooker yang anda gunakan. Apabila periuk anda bertukar dari ‘cook’ ke ‘warm’, itu menandakan yang kek sudah masak.

Buka penutup dan lihat jika ia elok masak dengan mencucuk sebatang lidi. Jika masih cair di tengah, tekan semula butang ‘cook’.

Anda mungkin perlu mengulang langkah ini beberapa kali.

5. Apabila kek sudah elok masak, terbalikan periuk di atas pinggan yang besar dan rata.

6. Panaskan baki frosting coklat di dalam microwave selama 20 ke 30 saat. Kemudian, tuangkan frosting yang telah cair ke atas kek anda.

7. Hidang kek panas-panas dan nikmatinya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Baca juga: Resepi Jajan Sedap Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!

Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja

Penulis

Noor