Selain daripada artikel kami yang bertajuk ‘Natural remedies to combat pigmentation’, di sini ada lagi satu sumber menarik bagi masalah pigmentasi yang menjengkelkan iaitu produk hilangkan jeragat.
Pendedahan kulit anda selama bertahun-tahun kepada sinaran UV yang terang – tanpa perlindungan sesuai – boleh menyebabkan bintik-bintik hitam yang hodoh. Jadi sebelum anda memulakan sebarang jenis rawatan pigmentasi, ia adalah lebih baik untuk anda melabur di dalam krim sunblock yang bagus.
Baca juga: Hati-Hati Bila Guna Produk Kosmetik & Pembersih Rumah, Ia Punca Anda Tidak Subur!
Produk hilangkan jeragat terbaik di pasaran Malaysia
#1 Koleksi Kiehl’s Clearly Corrective

Produk Kiehl’s diperbuat daripada ramuan yang diambil dari alam semulajadi dan sesuai untuk kebanyakkan jenis kulit. Koleksi Clearly Corrective mereka direka khas untuk mencerahkan dan mengurangkan tona kulit yang tidak sekata.
Produk yang paling laku dan digemari oleh pelanggan adalah Clearly Corrective Dark Spot Solution – serum ringan yang tidak mengandungi paraben, pewangi, silikon dan pewarna.
Ketahui lebih lanjut tentang koleksi produk ini di sini – anda boleh membelinya dari kedai Kiehl’s yang ada di Malaysia atau secara atas talian di Lazada.
#2 Sistem Pencerahan Lumixyl

Sistem pencerahan Lumixyl telah dibuat secara khas untuk melawan masalah pigmentasi dan mencerahkan tona kulit.
Sistem pencerahan Lumixyl terdiri daripada 4 langkah – merangkumi Active Prep Cleanser, Brightening Cream, Glycolic Acid Peel dan Moisture Lock Sunscreen.
Sistem ini menggunakan bahan tanpa toksik, tidak menyebabkan kegatalan dan boleh digunakan untuk semua jenis kulit.
Baca lebih lanjut tentang Lumixyl di sini dan klik ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membelinya di Malaysia.
#3 IOPE Bio Essence Intensive Conditioning

Jika anda mahu muka anda kelihatan cerah dan rasa lebih lembut, Bio Essence ini boleh membantu membaiki keadaan keseluruhan kulit anda.
Mereka yang risau tentang tanda penuaan, jangan bimbang kerana intipati cecair ini yang telah dicipta oleh ‘teknologi Bio peransangsang’ boleh membantu mengurangkan semua garisan sambil mengekalkan kesihatan kulit anda.
Bio Essence Intensive Conditioning ini boleh didapati di Shopee Malaysia.
#4 Meladerm

Meladerm dirumus secara khas untuk merawat masalah pigmentasi. Ia tidak mengandungi hidroquinon, iaitu ejen pemutih yang digunakan dalam banyak krim pencerah kulit.
Hidroquinon, walaupun berkesan dalam mencerahkan tona kulit, juga boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan hipersensitiviti kulit kepada sinaran matahari yang berbahaya.
Meladerm juga TIDAK mengandungi paraben atau steroid.
Baca lebih lanjut tentang Meladerm di sini.
#5 Lancome Advanced Genifique Youth Activating Concetrate

Lihat produk paling laku Lancome yang terkini ini, Advanced Genifique Youth Activating Concentrate, yang boleh membantu memperbaiki kulit anda dan mengembalikan kesegarannya.
Di dalam satu pembelajaran klinikal, kajian menunjukkan wanita yang mencuba serum ini memperolehi kulit yang ternyata lebih muda dalam hanya tujuh hari!
Jika anda ingin mengembalikan masa lalu, lawati Shopee Malaysia untuk mendapatkan serum awet muda ini sekarang.
Produk Untuk Jeragat #6 PCA SKIN Pigment Gel

Ini adalah serum pigmen perubatan yang kuat yang mengandungi Hidroquinon, asid kojik, dan asid laktik, yang bergabung bersama untuk mencerahkan dan menghilangkan tanda-tanda pigmentasi.
Produk ini boleh digunakan pada semua jenis kulit. Tetapi, jika kulit anda terlampau sensitif, ia mungkin bertindak balas kepada hidroquinon.
Jadi, gel pigmen bebas hidroquinon mungkin lebih sesuai untuk anda.
Baca lebih lanjut tentang produk ini di sini. Ia boleh dibeli dari Amazon.com.
#7 Innisfree Orchid Enriched Cream

Bunga orkid bukan sahaja cantik untuk di lihat, tetapi ramuan antioksida menakjubkan yang diekstrak daripada Orkid Jeju yang hebat boleh memberikan kulit anda rupa yang bersinar dan berseri.
Krim anti-penuaan ini boleh membantu menegangkan dan mencerahkan kulit anda, mengurangkan garisan kedut pada senyuman anda dan memberikan khasiat yang kulit anda perlukan.
Dengan rejim penjagaan kulit yang betul, kulit anda akan bercahaya dengan berseri sekali lagi.
Produk untuk jeragat #8 SkinCeuticals Phyto+Serum

Ini adalah gel serum yang berasal daripada ekstrak botani. Ia bukan sahaja memperbaiki tanda pigmentasi; ia juga mengelokkan keseluruhan kesihatan kulit.
Ia mengandungi asik kojik, iaitu ramuan terbukti yang dapat mengurangkan hiperpigmentasi.
Ia juga mengandungi timun and esktrak daun thyme, yang mengandungi unsur anti-radang dan anti-bakteria.
Ketahui lebih lanjut tentang SkinCeuticals Phyto+Serum di sini. Ia boleh dibeli di outlet Sephora di Malaysia.
#9 Sulwhasoo First Care Activating Serum

Anda perasan tak yang kebanyakkan wanita Korea kelihatan muda dan mempunyai kulit yang cantik?
Serum unik ini datang terus dari Korea dan mengandungi herba perubatan yang berharga untuk memberikan anda kulit yang cantik dan berseri-seri.
Sulwhasoo mengandungi Peony untuk melegakan kulit, Rehmannia untuk pelembapan, bunga teratai untuk mengembalikan kesegaran, kulit Solomon yang menambah keanjalan kulit dan lili putih untuk kesan berkhasiat.
Anda boleh mendapatkan serum istimewa yang dipenuhi dengan ramuan herba Korea ini di Shopee Malaysia.
Produk Hilangkan Jeragat Di Watson #10 Neutrogena Rapid Tone Repair Dark Spot Corrector

Ia telah terbukti bahawa Vitamin C membantu mengurangkan tanda pigmentasi dan mencerahkan kulit. Koleksi Neutrogena Rapid Tone mengandungi Vitamin C dan Retinol, iaitu sejenis Vitamin A yang membantu tanda penuaan.
Rapid Tone Repair Dark Spot Corrector adalah produk hilangkan jeragat dengan rawatan khas untuk melawan bintik hitam yang sukar untuk dihilangkan.
Ketahui lebih lanjut tentang produk ini di sini. Ia boleh dibeli di Amazon.com.
Krim Jeragat Terbaik #11 Estee Lauder Night Repair Synchronized Recovery Complex II

Siapa yang tidak mahu bangun pagi dengan kulit yang lebih lembut, lembap, sihat dan tampak muda?
Letakkan beberapa titis serum ini setiap malam sebelum anda tidur dan dalam masa lebih kurang empat minggu, anda akan nampak kesan perubahan dramatik pada kulit anda!
Perkara ajaib akan berlaku semasa anda tidur di mana kulit anda berubah menjadi baru untuk menghasilkan rupa yang lebih segar pada waktu pagi.
Ia boleh diperolehi secara atas talian di Lazada Malaysia.
Skincare Untuk Jeragat Di Watson #12 Avène D-Pigment

Avène adalah jenama yang direka khas untuk kulit sensitif.
Saya sendiri menggunakan produk Avène untuk kulit saya yang sangat sensitif. Saya mempunyai sedikit masalah pigmentasi dan sangat suka krim Avèned-Pigment ini.
Ia sangat lembut pada kulit dan tidak menyebabkan sebarang iritasi atau kemerahan. Jenama ini terkenal dengan Thermal Spring Water, yang melegakan dan mengurangkan iritasi kulit yang sensitif.
Banyak doktor di Malaysia yang memberikan Avène kepada pesakit mereka.
D-Pigment sangat berkesan dalam menghilangkan bintik penuaan yang degil, tompok matahari dan parut jerawat, meratakan rupa kulit pada masa yang sama.
Baca lebih lanjut tentang Avène D-Pigment Cream di sini. Avène boleh dibeli di kebanyakkan outlet Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia.
#13. SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion

SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion adalah sejenis krim pelembab dengan tekstur milky losyen yang mudah diserap kulit, mengembalikan elastik dan kekenyalan kulit.
SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion diformulasikan RNArchitect Complex yang mengandungi PITERA bersama hydrolysed soy dan ekstrak yeast untuk mengunci kelembapan, kehalusan dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
Cara penggunaanya, ambil sedikit krim menggunakan jari lalu sapukan sedikit di bahagian dahi, pipi dan dagu kemudian urut lembut secara perlahan. Ia boleh digunakan pada waktu pagi dan malam hari.
Produk Untuk Hilangkan Jeragat #14 Shiseido White Lucent Brightening Massage Cream

Mereka yang tinggal di Malaysia pasti tahu bagaimana sinaran matahari yang panas dan kuat dapat merosakkan kulit anda yang halus.
Para wanita yang sering dirunsingkan oleh bintik-bintik hodoh, jeragat atau kulit kusam pasti akan rasa gembira apabila mendengar tentang krim pencerah ini yang boleh membantu anda mendapatkan semula kulit yang bercahaya.
Anda pasti akan berasa kagum dengan perbezaan ketara selepas menggunakan krim ini.
Lawati Lazada Malaysia untuk lebih info.
Skincare Untuk Jeragat Di Watson #15 Bio Oil

Bio Oil selalu muncul di semua tempat sebagai penyelesai masalah yang berkaitan kulit. Ianya murah dan lembut pada kulit anda.
Bio Oil adalah penyelesaian yang terbukti bagi masalah stretchmark dan parut jerawat, dan turut berfungsi untuk mencerahkan tanda pigmentasi dengan berkesan.
Ketahui lebih lanjut tentang kemampuan Bio Oil dalam mencerahkan tona kulit tidak sekata di sini.
Produk Untuk Jeragat #16 Clinique Even Better Clinical Dark Spot Corrector

Produk menakjubkan daripada Clinique ini mengakhiri senarai krim terbaik untuk permasalahan pigmentasi. Produk yang mempunyai bahan preskripsi yang kuat ini menyatakan bahawa ia mampu menghilangkan bintik hitam secara jelas dalam masa seminggu dua selepas ia mula digunakan.
Selain jeragat (freckles), anda juga boleh membaca artikel 6 Asian beauty tips and tricks yang boleh membantu anda menambahkan lagi kecantikan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Eye Cream Yang Bagus Untuk Dark Circle, Taklah Nampak Tua Dari Usia Lepas Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!