Setelah sekian lama mengucapkan selamat tinggalepada tahun 2017, kini ibu bapa boleh memulakan tahun baru dengan meningkatkan cara sabar terhadap anak.
Walaupun sikap bersabar adalah ciri-ciri penting apabila membesarkan generasi yang akan datang, tapi kadang-kadang kita cepat marah akibat stres kerja.
Memandangkan kita sudahpun memulakan tahun baru, marilah kita cuba 5 cara sabar terhadap anak di bawah sebagai langkah cuba memperbaiki diri.
5 cara sabar terhadap anak yang berkesan:
1. Cuba faham dari perspektif anak
Apabila ibu bapa melihat dari perspektif anak, ini tidak semestinya bermaksud anda akan bersetuju 100% dengannya.
Sebaliknya, ini membantu ibu bapa untuk memahami anak mereka dengan lebih baik. Satu cara sabar terhadap anak ialah apabila mereka ingin memilih baju mereka sendiri.
Berikan anak kebebasan untuk melakukannya, anda mungkin akan terkejut melihat karenahnya yang berdikari.
2. Cuba dengar dulu permintaan dan kata-kata anak
Apabila anak sedang bercakap, berikan perhatian anda yang sepenuhnya. Berhenti melakukan tugas dan dengar dulu kata-kata mereka walaupun ia hanya permintaan yang kecil.
Ibu bapa yang memberi kepentingan kepada anak akan membina ikatan komunikasi yang kuat. Ia menunjukkan cara sabar terhadap anak dan juga akan membantu anak rasa disayangi.
Jangan anggap permintaan anak tidak penting. Satu hari nanti, apabila dia besar, tak adalah nak manja-manja lagi.
3. Beri keutamaan kepada apa yang lebih penting
Kadang-kadang ibu bapa mungkin rasa seperti ditenggelami dengan cabaran hidup: kerja, keluarga dan anak. Anak nakal dan ibu bapa rasa macam gunung berapi yang sedia meletup.
Sebelum anda hilang kawalan dan membuka mulut untuk menengking, tarik nafas panjang-panjang.
Cara sabar terhadap anak ialah dengan menghitung sampai 10 atau sehingga diri rasa lebih tenang, sebelum masuk semula untuk mendisiplinkan anak.
Anak tetap akan menguji kesabaran ibu bapa. Tapi jangan biarkan kesalahan kecil dan stres di tempat kerja merosakkan hubangan anda dengan anak.
Anak bukan tempat untuk melepaskan geram.
4. Buat perancangan awal
Sebagai seorang ibu, saya akur kadang-kadang kita tidak dapat membuat perancangan awal dan menyediakan segala-galanya.
Tapi perancangan awal banyak menolong dan ialah salah satu cara sabar terhadap anak. Misalnya, apabila ibu bapa tahu ada kemungkinan anak akan merengek kerana tidak mahu pergi ke sekolah, sediakan dulu menu sarapan untuk keesokkkan harinya dan pastikan semua seragam mereka sudahpun disediakan.
Perkara-perkara mudah seperti ini boleh mengurangkan keadaan huru-hara dan kemarahan pada waktu pagi.
5. Berbuat baik dengan diri sendiri
Sebelum anda boleh mengajar si manja tentang kesabaran, berbuat baik dan bersabarlah dengan diri sendiri dulu. Jangan selalu menyalahkan diri.
Cara sabar terhadap anak ialah cabaran harian yang perlu diharungi ibu bapa setiap hari.
Semoga petua-petua ini akan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk mendidik anak dengan kesabaran. Biarpun kita gagal untuk menunjukkan kesabaran hari ini, esok hari kita masih boleh cuba lagi.
Sumber: Pop Sugar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
Kendali tantrum anak anda seperti teknik klasik dari Kate Middleton ini