Jika ibu bapa periksa label baju baru, anda akan mendapati amaran untuk mencuci baju baru bayi sebelum anak memakainya.
Tapi ramai ibu bapa pandang ringan perkara ini dan biasanya akan biarkan anak memakai baju baru itu tanpa mencucinya terlebih dahulu.
Ibu bapa yang seringkali tidak mencuci baju baru bayi mungkin akan tersentak dan insaf selepas membaca tentang kisah ibu dari Australia ini.
Mengapa ibu bapa perlu mencuci baju baru bayi?
Samantha Maree Spencer telah membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke BigW di Australia untuk membeli baju jumper baru. Di sana, ibu itu telah memakaikan baju jumper baru pada anaknya untuk memastikan saiz baju itu betul.
Apabila mereka sampai di rumah, anaknya yang bernama Parker itu asyik menggaru-garu mukanya.
Pada mulanya, Samantha ingat itu cuma ruam biasa kerana anaknya sedang tumbuh gigi. Tetapi anaknya bangun tiba-tiba malam itu sambil menangis kesakitan. Muka Parker kemerahan dan membengkak. Ibunya yang bimbang telah membawanya ke hospital.
Reaksi terhadap sisa bahan kimia
Selepas memeriksa Parker, doktor memutuskan ruam pada mukanya adalah reaksi atau alahan terhadap sisa bahan kimia pada baju jumper yang dia pakai awal hari itu.
Ruam Parker bertambah baik keesokan harinya, selepas bermalam di hospital untuk pemerhatian lanjut.
Samantha berkata pengalaman itu telah menjadi pengajaran penting kepadanya untuk selalu mencuci baju baru bayi terlebih dahulu.
Kesan bahan kimia apabila tidak mencuci baju baru bayi
“Apabila kita terdedah pada sisa-sisa bahan kimia pada baju baru, ini akan meningkatkan risiko alahan kulit. Tapi ada juga kesan yang lebih memudaratkan terutamanya jika ia adalah bahan kimia yang didapati beracun atau toksik,” kata Giovanna Luongo, PhD dalam Kimia Analitik di Universiti Stockholm.
Menurut Choice, ini adalah antara bahan-bahan kimia yang terdapat pada baju baru:
- Chromium VI: digunakan pada barang yang dibuat daripada kulit dan bulu biri-biri yang boleh menyebabkan masalah kulit.
- DMF: digunakan untuk menghalang perkembangan kulat dan menjadikan barang kulit kalis air. Bahan kimia ini boleh menyebabkan ekzema teruk.
- phthalates: digunakan bersama bahan PVC untuk kasut dan baju hujan. Bahan kimia ini boleh mengganggu sistem hormon.
- alkphenols: digunakan untuk pengeluaran tekstil dan barang-barang kulit dan mempunyai kesan negatif ke atas sistem endokrin manusia. Ia juga beracun pada alam sekitar.
- dispersion dyes: bahan kimia ini boleh menyebabkan alahan dan ruam.
Sisa bahan kimia lain jika tidak mencuci baju baru anak:
- azo dyes, pewarna yang selalu digunakan untuk barang-barang kain dan kulit. Pewarna ini dalam senari bahan kimia tidak selamat EU REACH.
- chlorinated phenols (PCP, TeCP, TriCP), bahan kimia ini digunakan apabila memproses barang kain. PCP boleh merengsakan kulit, mata dan mulut. Pendedahan jangka masa panjang PCP pada tahap yang rendah boleh memberi kesan kepada hati, buah pinggang, darah dan sistem saraf pemakai.
- formaldehyde atau formaldehid, bahan kimia yang disembur pada pakaian supaya ia nampak baru dan tidak kusut. Apabila terdedah kepada bahan kimia ini, ia boleh merengsakan mata, hidung, tekak dan ruam serta alahan berkaitan dengan kulit dan paru-paru.
Ini sebab mengapa ibu bapa perlu mencuci baju baru anak terlebih dulu!
Tips penting untuk ibu bapa:
- Elakkan membeli pakaian yang berkualiti rendah. Pakaian yang lebih murah mungkin tidak mempunyai kawalan kualiti yang ketat.
- Kalau boleh, beli pakaian yang menggunakan pewarna organik. Apabila kurang pasti, ibu bapa boleh selidik dulu jenama pakaian berkenaan.
- Elak dari membeli pakaian anak yang mempunyai bau yang pelik. Bau ini mungkin bau bahan kimia yang kuat pada pakaian itu.
- Sentiasa pilih material baju yang diperbuat dari kapas! Pastikan ia menyerap peluh dan memberi pengudaraan lebih baik.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 4 Cara Penting Untuk Menjaga & Melindungi Kulit Bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!