5 Penyakit Bayi Baru Lahir Biasa Alami, Ibu Ayah Kena Take Note

Sebagai ibu ayah, anda perlu ambil tahu penyakit bayi baru lahir biasa alami supaya anda tahu apa patut buat bila ia terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi yang baru pertama kali menimang cahaya mata sudah pasti banyak perkata perlu diambil perhatian. Ia termasuklah penyakit bayi baru lahir yang mungkin boleh menyerang bayi anda pada bila-bila masa saja.

Disebabkan itu ibu ayah baharu dinasihatkan supaya banyakkan membaca dan bertanya kepada orang lain berkenaan penjagaan bayi baru lahir.

Segala kelengkapan yang perlu sebaiknya disediakan seawal mungkin bagi memastikan apabila diperlukan, tidaklah ibu ayah tercari-cari.

Penyakit bayi baru lahir biasa alami

Setiap budaya di Malaysia ada adat dan pantang larangnya. Ada juga kepercayaan dan budaya masing-masing. Jadi jika dalam kalangan orang Melayu, dikatakan amalan ibu semasa hamil banyak berkait rapat dengan kesihatan bayi.

Justeru, ibu ayah perlu mengetahui sedikit ilmu asas mengenai penyakit ini dan cara merawatnya secara asas.

Namun, ada baiknya terus berjumpa dengan doktor atau mereka yang pakar kerana jika anda bukan arif dalam ilmu perubatan dikhuatiri akan membawa mudarat kepada bayi baru lahir anda.

Menurut ilmu perbidanan Melayu, dalam Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah, antara 5 penyakit biasa bagi baru lahir termasuklah:

#1. Payudara bayi bengkak dan berair

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi memang terdedah kepada pengaruh hormon ibu. Perubahan paras hormon ibu dapat menyebabkan pembengkakan payudara bayi.

Kelihatan keluaran cairan putih seperti air susu atau boleh juga disebabkan jangkitan. Pendedahan kepada hormon ibu akan beransur hilang daripada sistem badan bayi beberapa ketika selepas dilahirkan.

Sharifah menyarankan sediakan tuaman halba sebagai rawatan tuaman. Sebelum mulakan tuaman, sapukan minyak di dada bayi. Uji kepanasan dengan letakkan di lengan ibu. Lakukan tuaman setiap kali selepas bayi dimandikan. 

Cara menyediakan sendiri tuaman halba bayi ialah dengan menyediakan sejemput halba, sejemput jintan hitam, sejemput rempah biji dan 3 cm halia cincang halus. Satukan semua bahan dalam sepotong kain dan ikatkan kemas. Rebus hingga air rebusan mendidih.

Kadangkala akan kelihatan juga seperti timbul bintik berair berwarna putih di payudara bayi. Ada yang bertindak memicitnya, namun menurut doktor, tindakan memicit itu membahayakan bayi dan boleh membawa kepada jangkitan.

#2. Mata bayi banyak tahi mata, melekat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah ini mungkin berlaku akibat radang saluran air mata. Radang lazimnya berpunya daripada saluran tersumbat dan membolehkan cecair tersebut mengalir keluar melalui saluran hidung.

Biasanya doktor akan sarankan ibu ayah untuk basahkan kapas dengan air suam dan lap mata bayi anda dengan perlahan-lahan.

#3. Angin pasang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Angin pasang dikaitkan dengan angin sejuk yang bertembung dengan angin panas di dalam perut. Bayi yang diserang angin pasang akan kerap menangis kerana mengalami kembung perut, senak dan memulas.

Bayi kerap menangis hingga pusatnya kelihatan timbul dan bengkak serta berisi angin. Jika dipicit, pusat kedengaran seperti ada air. Bayi akan menangis berterusan hingga seperti tak bernafas dan kedua kakinya kejang atau kakinya seperti menendang.

Petua Melayu menyarankan rawatan tuaman sireh dan sapuan minyak  yang dilakukan pada perut, pusat ari-ari, pinggang, betis dan tapak kaki bayi setiap kali mandi.

#4. Kembung perut

Masalah kembung perut yang dialami kebanyakan bayi merupakan gangguan angin di sekitar pusat bayi. Ia menyebabkan bayi menangis dan mengangkat kaki ke bahagian perutnya.

Ada beberapa sebab mungkin berlaku iaitu semasa menyusu lekapan bayi tidak betul atau menyedut terlalu banyak angin dari botol susu. Antara yang selalu disarankan adalah dengan mengurut perut bayi dengan kaedah ‘I Love You’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu urut juga betis dan tapak kaki bayi anda.

#5. Ruam lampin

Ruam lampin ialah masalah iritasi pada kulit di sekitar kemaluan, celah peha dan pinggang bayi. Antara puncanya termasuklah alahan pada lampin, lampin lambat ditukar, kulit bayi memang jenis sensitif dan bahan kimia pada lampin pakai buang.

Justeru, jika masalah ini dibiarkan berlarutan, mungkin akan menyebabkan bakteria dan kulat mudah berjangkit pada ruam tersebut dan merebak menjadi jangkitan pada salur kencing dan juga ekzema serta alahan kulit.

Ensiklopedia Perbidanan Melayu, Datin Sharifah Anisah Barakbah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Anda Perlu Buat Bila Anak Perempuan Sudah Akil Baligh?

Baca juga: 12 Tips Menjadi Ibu Ayah Yang Sabar Mendidik Anak, Tenang… Jangan Marah-Marah

Baca juga: 7 Jenis Masakan Mesti Ajar Pada Anak Perempuan, Lelaki Kalau Nak Mereka Pandai Berdikari

Penulis

Lala Annuar