Parut regangan adalah mimpi ngeri bagi setiap wanita hamil. Parut regangan berlaku apabila badan anda membesar lebih cepat daripada kulit anda.
Ini menyebabkan serat elastik di bawah permukaan kulit untuk memecah dan menyebabkan parut regangan.
Anda boleh menambah berat sebanyak kira-kira 30 paun dalam tempoh 9 bulan anda hamil, kata Heidi Waldorf, MD.
Beliau adalah seorang profesor klinikal bersekutu dermatologi di Mount Sinai School of Medicine di New York City.
Perut dan payudara adalah antara dua kawasan yang berkembang paling cepat. Disebabkan itu, kita selalu melihat parut regangan pada bahagian paha, punggung, dan lengan.
Parut biasanya kelihatan kemerahan atau ungu, tetapi selepas kehamilan, ia akan beransur-ansur pudar kepada warna putih atau kelabu.
Malangnya, tidak ada cara untuk mencegah parut regangan. Tidak ada satu krim, losyen, atau “mommy” balsem yang boleh melakukannya.
“Dan, jika itu ada tertulis pada botol, jangan tertipu,” kata Lupo.
Namun begitu, anda haruslah memastikan kulit anda sentiasa terhidrat dengan menggunakan losyen atau krim yang sesuai, Lupo berkata.
Terutamanya, jika ia membuatkan kulit anda berasa lebih sihat, kelihatan lebih licin dan lebih gebu. Ia juga boleh membantu kegatalan yang dialami pada perut yang sedang membesar.
Ia juga membantu untuk memastikan tubuh anda terhidrat dengan air, kata Anne Chapas, MD, seorang pengajar klinikal dermatologi di Pusat Perubatan Mount Sinai.
Berikut adalah beberapa produk dari farmasi yang boleh membantu melembapkan kulit anda dan memudarkan parut regangan pada badan anda.
Palmers Cocoa Butter Soothing Oil
Minyak Palmer Cocoa Butter menggunakan formula unik untuk melegakan, melembapkan dan melembutkan kulit yang gatal dan kering ketika kehamilan.
Gabungan unik Cocoa Butter, Vitamin E, Collagen dan Elastin melegakan dan melembutkan kulit secara semula jadi, di samping menyokong keanjalan kulit dan ketegangan kulit anda.
Penambahan Lecithin melembutkan dan menenangkan kulit anda.
Palmers Cocoa Butter Massage Lotion for Stretch Marks.
Krim ini dirumus khas untuk meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit untuk membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan.
Ia senang digunakan dan anda boleh meminta pasangan anda untuk mengurut anda menggunakan krim ini. Ia berkesan untuk melegakan kulit gatal dan melembutkan kulit anda.
Skinlabs Vitamin E Cream
Krim SkinLabs Vitamin E ialah licin, pelembab kaya dan anti-oksidan yang kuat dengan 10,000 iu Vitamin E untuk kulit kering dan sensitif.
Ia sesuai untuk masalah parut, pigmentasi yang tidak seimbang, kesan regangan, penuaan kulit, kulit kering, selaran matahari, meringankan jerawat dan lain-lain.
Krim ini paling berkesan dalam membantu mengurangkan parut regangan pada badan anda jika ia disapukan dua kali sehari.
Bio-Oil
Bio-Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering.
Bio-Oil telah memenangi 135 anugerah penjagaan kulit dan telah menjadi produk jualan No.1 parut dan stretch mark di 17 buah negara sejak pelancaran globalnya pada 2002!
Bio-Oil berkesan untuk memudarkan parut regangan jika digunakan dalam jangka panjang.
Rosken Bio Serum
Minyak kulit terapeutik ini pula dapat melegakan dan melembapkan kulit anda serta-merta, ia sangat berkesan untuk melembapkan dan membuatkan kulit anda berasa licin dan sihat.
Bio serum senang diserap dan walaupun ia tidak efektif dalam mengurangkan kesan regangan, ia membuatkan kulit anda kekal terhidrat dan licin.
Rujukan: WebMD.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!