Anak Kurang Ajar & Kuat Memberontak Kerana Salah Bimbingan Ibu Bapa Ya!

Jangan marah kalau anak itu suka memberontak dan tunjuk sikap samseng, semuanya sebab ibu ayah yang suka mengherdik dan memarahi mereka semasa kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelik bila melihat anak yang sudah berusia 5 tahun kuat merajuk, kerap memberontak dan kadang kala menyakiti orang lain seperti menendang dan sebagainya. Apakah puncanya?

Mesti ada ibu ayah yang risau bila melihat anak 5 tahun dalam keadaan sedemikian, bukan? Ini puncanya daripada ibu bapa itu sendiri kerana sering memarahi dan menengking mereka terutama bila anak tak duduk diam.

Anak 5 tahun emosinya boleh terganggu bila diherdik

Bila diherdik atau dimarahi, memang boleh membuatkan anak senyap buat seketika tapi tahukah anda bahawa emosi itu tidak dapat dilepaskan dengan baik.

Sebab itu, anda akan dapati anak akan mengamuk dengan lebih kuat dan menunjukkan ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak baik.

Kalau terjadinya situasi ini, itu tandanya hati mereka sudah banyak terluka dan apa yang membimbangkan mungkin dia merasakan yang diri tidak lagi dikasihi oleh ibu dan ayahnya.

Sekiranya ini berlaku dalam keluarga anda, sebaiknya cepat-cepat perbetulkan persepsi ini dan mengatur langkah bermula dari sekarang.

Jangan sampai anak rasa ibu ayah membencinya yang akan mendatangkan risiko buruk di kemudian hari kelak terutama bila umurnya semakin dewasa.

Ibu bapa perlu belajar mengawal kemarahan

Langkah awal yang perlu dilakukan adalah ibu bapa harus mengawal rasa marah tapi perlu tegas semasa mendisiplinkan anak.

Tapi perlu diingatkan jangan ditambah sikap mereka itu dengan rasa marah lagi kerana dia mungkin akan menunjukkan sikap yang pelik-pelik yang lain pula nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana kalau anda cuba dekati hati anak, percayalah mereka sendiri yang akan menyatakan bahawa dirinya rasa tidak lagi disayangi.

Sekiranya anak sudah meluahkan apa yang dirasai dalam hatinya, sebagai ibu tarik nafas panjang-panjang dan duduk di sebelah anak serta cuba selami jiwa mereka dengan mencari puncanya.

Lebih mengejutkan, anak berkecil hati itu kadang-kadang melibatkan perkara yang remeh seperti ibu tidak lagi mencium pipinya, ibu tidak suapkan makan kepadanya atau ibu menyuruh dia mandi dengan sendiri terutama bila sudah ada adik kecil.

Kalau anda sudah mengenal pasti puncanya, sebaiknya cuba selesaikan kesalahfahaman ini dengan cepat supaya anak tidak lagi memberontak di kemudian hari.

#1. Betulkan dengan kelembutan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya dapati anak kembali merajuk dan mengamuk, adalah lebih baik anda membetulkan kembali dengan kelembutan dan jangan memarahi anak dengan jeritan.

Jika anak kembali memberontak dan kembali membaling barang, jangan tinggikan suara dan cuba selami apa yang dia mahukan.

#2. Pandang mata anak

Semasa anak meninggikan suaranya, pandang mata anak dengan sepenuh kasih sayang dan kelembutan.

Dalam hati anda boleh mengatakan punca kenapa anda meninggikan suara kepada anak di mana anda bukan membencinya tapi oleh kerana terlalu menyayanginya dan tidak mahu dia berkelakuan degil dan sebagainya.

Apabila anda menyatakan ia di dalam hati sudah pasti itu menjadi satu niat dan membantu anda memastikan suara yang keluar di kemudian hari itu sebagai tanda kasih sayang kepada anak lalu terus masuk ke dalam hati anak.

#3. Jangan diikutkan sangat kehendak anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anda selalu ikutkan kemahuan anak itu akan membuatkan mereka berasa ada kuasa untuk menguasai kedua-dua ibu bapanya dan seolah olah boleh mengatur ibu bapanya pula nanti. Ini adalah sangat bahaya.

Jadi berpada-padalah dalam mengikut kehendak anak.

Ini cara untuk berdepan dengan anak yang kuat memberontak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Untuk mendapatkan ketenangan, tarik nafas dan ubah kedudukan kita sama ada semasa berdiri atau duduk.
  • Memandang ke arah mata anak dengan sepenuh kasih dan sayang.
  • Hanya meninggikan suara semata-mata untuk mendapatkan perhatian anak dan tiada niat untuk membuatkan anak jadi pemberontak bila besar nanti.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 kesilapan ibu bapa selalu buat yang menyebabkan anak jadi nakal