6 Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya Dan Perlu Perhatian Ibu Bapa

6 Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya Dan Perlu Perhatian Ibu Bapa

Bayi memang mengeluarkan bunyi ketika tidur. Tapi, ada 6 jenis corak pernafasan bayi yang berbahaya dan perlu lebih perhatian daripada ibu bapa!

Bayi memang mengeluarkan bunyi ketika tidur. Kebanyakan bunyi yang terhasil mungkin kedengaran nyaman dan comel saja. Tapi ada 6 corak pernafasan bayi yang berbahaya dan memerlukan perhatian lebih daripada ibu bapa!

Macam mana nak tahu corak pernafasan bagaimana yang berbahaya? Jangan risau ibu bapa semua. Jom semak artikel seperti yang dikongsikan oleh Mom Junction ini. 

6 Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya Dan Perlu Perhatian Ibu Bapa

Bagaimana nak kenalpasti corak pernafasan bayi anda? Cuba cara ini –

  • Letak telinga anda berhampiran mulut dan hidung bayi ketika mereka tidur.
  • Perhati dada bayi anda selama seminggu. Lihat bagaimana turun naik pernafasan di dadanya.
  • Letak pipi di sebelah hidung dan mulut bayi untuk merasai kelembapan dan haba ketika mereka bernafas.
Corak Pernafasan Bayi

Corak pernafasan bayi baru lahir mudah dikesan. Ia bergerak dalam kitaran. Bayi boleh melalui tidur yang nyenyak, bising, aktif bahkan dengan hidung yang tersumbat dalam masa yang sama. 

Cuba perhati corak pernafasan anak anda. Jika mereka bernafas dengan biasa dan tak mengakibatkan sebarang ketidakselesaan, anda tak perlu risau.

Apa yang perlu anda faham ialah corak pernafasan mereka boleh berubah daripada cepat ke lambat. Ia dipanggil pernafasan berkala.

Tapi… ada sesetengah corak pernafasan yang berbahaya! Ia mungkin penyebab sindrom SIDS (sudden infant death syndrome) yang ngeri itu! SIDS sering terjadi pada bayi yang berusia 4 bulan ke atas.

Jangan tidurkan bayi di atas perut anda! Mereka akan lebih terdedah untuk terkena sindrom SIDS kerana posisi itu mengurangkan pengambilan oksigen dan mengehadkan bekalan!

6 Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya Dan Perlu Perhatian Ibu Bapa

BIG NO NO!

6 Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya

Bayi yang baru lahir mempunyai pola pernafasan yang tidak teratur. Ia jauh berbeza daripada corak pernafasan orang dewasa. Berikut adalah 6 corak pernafasan bayi yang berbahaya dan memerlukan perhatian penuh dari anda:

1 – Bunyi berdesing/bersiul

Jika pernafasan bayi kedengaran seperti berdesing atau bersiul, ia kerana hidungnya telah tersumbat, sama ada kerana hingus atau susu. Doktor akan melakukan proses penyedutan untuk masalah ini.

2 – Batuk yang serak

Ia berlaku kerana kotak suara atau larinks bayi tersumbat. Mungkin kerana hingus yang berlebihan dalam salur udara. Corak pernafasan ini berbahaya, kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.

3 – Bunyi “high-pitched” dan nyaring

Corak pernafasan ini juga dikenali sebagai stridor atau laryngomalacia. Bunyi ini sering berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Ia berpunca daripada pengumpulan tisu berlebihan di larinks bayi, lalu mengakibatkan bunyi nyaring yang berbahaya.

Apabila sebahagian besar bronkus (cabang trakea ke paru-paru) tersumbat, bayi boleh mengalami gelaja batuk yang dalam ketika mereka tidur.

5 – Pernafasan yang sukar dan kelihatan tercungap-cungap

Keadaan ini berlaku kerana kehadiran hingus atau mukus dalam paru-paru. Ia mengakibatkan bayi anda sukar untuk bernafas. Akan tetapi, radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan paru-paru juga boleh mengakibatkan masalah ini!

6 – Bunyi berdehit

Hal ini disebabkan oleh saluran bronkus tersumbat. Jika keadaan ini tidak diubati, bayi anda mungkin akan membesar dengan penyakit asma!

Bila Anda Harus Bimbang Dan Berjumpa Doktor?
corak pernafasan bayi, pernafasan bayi, pernafasan anak, nafas bayi

corak pernafasan bayi

Memang kadang-kadang, bayi anda akan menghasilkan bunyi ketika bernafas. Tapi, anda tak boleh mengabaikan sebarang tanda-tanda atau perubahan dalam corak pernafasan bayi anda!

Pantau tanda-tanda ini dan pantas berjumpa doktor pakar jika ia berlaku –

  1. Pernafasan bayi pendek. Bayi hanya bernafas sebanyak 60 kali seminit.
  2. Mendengus dan bunyi bising di hujung nafas bayi berterusan.
  3. Bayi sukar bernafas dan hidung tersumbat
  4. Ada bunyi “high-pitched” dan batuk ketika tidur
  5. Otot dada bayi menarik nafas dengan lebih dalam, tidak seperti biasa
  6. Bayi berhenti bernafas (pause), lebih daripada 10 saat.
  7. Ada corak berwarna biru dengan bentuk segi tiga di atas dahi bayi. Ia petanda darah tidak mendapat oksigen yang mencukupi!

Untuk mengesan segala tanda-tanda ini, anda harus menumpukan lebih perhatian pada corak pernafasan bayi anda. Cuba 2 langkah ini untuk memudahkan kerja anda – 

  • Simpan rekod corak pernafasan bayi. Anda boleh catit dalam nota, atau rakam dalam rekorder.
  • Rekod masa pernafasan bayi setiap minit. Maklumat ini boleh membantu doktor pakar mengesan masalah dalam pernafasan anak anda.
  • Pantas berjumpa doktor jika bunyi bising dan grunting dari pernafasan anak anda berterusan.

Jangan abaikan corak pernafasan bayi anda. Mereka mungkin dalam bahaya!

Sumber rujukan: Mom Junction, Baby Center, Children’s Hospital of Philadelphia dan Fairview

Baca juga: Tanda-Tanda Penyakit Pneumonia Yang Harus Diawasi Pada Kanak-Kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner