Kita jarang menggunakan minyak bijan terutamanya dalam masakan Melayu. Biasanya minyak ini banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat dan dengan mudah akan dapat mengecam jika sesuatu resepi ada minyak bijan di dalamnya.
Agaknya apa kelebihan minyak bijan selain menyedapkan makanan? Tahukah anda, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan.
Masyarakat India telah lama mengamalkan amalan menggunakan minyak ini dalam masakan, kesihatan dan kecantikan luaran. Contohnya, amalan mandi minyak bijan di lakukan pada awal pagi perayaan Deepavali sebagai tanda penyucian dan menghilangkan sifat buruk di dalam diri.
Kebaikan minyak bijan
1. Mengurangkan tekanan darah
Minyak ini mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah. Satu kajian yang dilakukan di India dan dilaporkan dalam Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah di minta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini adalah kerana minyak ini bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.
2. Manfaat untuk kulit
Kandungan antioksidan dalam minyak ini memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan lain.
Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan dari antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat di dalam minyak bijan.
Untuk menggunakan minyak ini pada kulit, amalan Ayurveda (sistem perubatan holistik yang berasal dari India) mengesyorkan menggosoknya seluruh kulit, kemudian menunggu 15 minit sebelum mandi atau mandi panas.
3. Kaya antioksidan
Minyak ini juga mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan di dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik. Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.
4. Kaya dengan pelbagai vitamin
Biji bijan adalah sumber yang kaya dengan mineral, kalsium, zink, magnesium, besi, mangan serta Vitamin B1 & Vitamin E. Pengambilan minyak ini secara teratur memelihara tubuh secara dalaman.
5. Mengurangkan paras gula
Menurut kajian, minyak ini dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
6. Anti kanser
Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.
7. Baik untuk kesihatan jantung
Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak
Baca juga : Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung, Benarkah Ia Memudahkan Proses Bersalin?
Baca juga : Minyak Ikan Terbaik & Berkualiti Bagus Untuk Kesihatan Orang Dewasa, Kanak-Kanak, Malah Baik Untuk Janin!