Terdapat pelbagai jenis essential oil atau minyak aromaterapi di pasaran, penggunaannya cukup berleluasa, namun apakah kebaikan essential oil ini? Dan adakah ia selamat untuk digunakan ibu hamil?
Minyak pati atau biasa disebut essential oilterdapat banyak kebaikannya, disebabkan itulah walaupun harganya mahal, namun ia tetap mendapat sambut pelbagai lapisan masyarakat.
Minyak pati biasanya akan membuat peratusan estrak tumbuhan lebih banyak berbanding minyak aromaterapi disebabkan itu harganya lebih mahal. Harga minyak aromaterapi pula lebih murah kerana estrak tumbuhan di dalamnya lebih sedikit berbanding minyak pati menyebabkan ia sering digunakan sebagai alternatif untuk menyokong kesihatan.
Kebaikan Essential Oil Untuk Ibu Hamil
Ketika hamil, sistem fisiologi badan wanita akan berubah. Pelbagai perkara dialami termasuklah alahan yang menyebabkan loya dan muntah selain lenguh di seluruh badan.
Semakin kandungan membesar ibu hamil juga menjadi semakin mudah penat dan pelbagai rasa tidak selesa mungkin muncul. Apabila diserang morning sickness minyak angin mungkin menjadi peneman setia.
Terdapat juga di pasaran minyak angin aromaterapi yang mana kesannya sama ada rasa berangin dan boleh mengurangkan loya ibu hamil tetapi baunya lebih harum berbanding minyak angin biasa di pasaran. Antara kebaikan essential oil untuk ibu hamil termasuklah:
#1. Meredakan morning sickness
Menghidu kabus dari essential oil ini dapat membantu meredakan gejala mual dan muntah yang sering berlaku kepada ibu hamil. Anda boleh cuba hidu minyak ini yang menggunakan ekstrak lemon atau mint kerana ia adalah pilihan terbaik untuk meredakan rasa mual yang mungkin dialami.
#2. Mengurangkan rasa tidak selesa sepanjang kehamilan
Ketidakselesaan biasa dialami ibu hamil sepanjang kehamilan dan ia adalah perkara biasa yang dialami oleh semua ibu hamil. Minyak ini dikatakan boleh membantu menenangkan perasaan itu.
Jika anda alami sembelit minyak ini juga boleh membantu meredakannya. Minyak yang sering digunakan yang mempunyai kesan tenang termasuklah lavender yang boleh membantu tidur lebih nyenyak. Minyak dengan aroma lemon atau berasaskan sitrus juga boleh membantu menenangkan ibu hamil dan menambahkan tenaga.
Cuba buat urutan lembut dan tambahkan minyak pati atau minyak aroma terapo ke dalam air mandian anda atau tab mandi dan anda boleh cuba berendam kerana ia boleh menghilangkan stres dan merangsang hormon gembira pada ibu hamil.
#3. Mengurangkan stres
Melakukan urutan sangat menenangkan ditambah pula dengan campuran minyak yang mempunyai ekstrak tumbuh-tumbuhan yang segar dan menenangkan anda.
Ini boleh mengurangkan rasa gelisah yang dialami ibu hamil.
Waktu Terbaik Menggunakan Essential oil Pada Ibu Hamil
Walaupun minyak ini diketahui kaya dengan khasiat dan manfaat anda disarankan untuk tidak menggunakannya semasa di awal trimester kehamilan.
Menurut Jill Edwards seorang doktor perubatan naturopati yang mengkhusus kepada rawatan pranatal mengatakan bahawa penggunaan minyak pati di awal kehamilan dapat merangsang kontraksi rahim selain boleh mempengaruhi perkembangan janin di dalam kandungan.
Disebabkan itu ada baiknya untuk anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum menggunakannya atau jika anda rasa khuatir untuk mula gunakannya.
Keadaan Tidak Sesuai Untuk Penggunaan Essential Oil Atau Minyak Aromaterapi
Ada keadaan tertentu yang mana ibu hamil tidak digalakkan untuk menggunakannya atas risiko tertentu. Ia termasuklah:
#1. Ibu mempunyai masalah tekanan darah rendah atau tinggi
Sesetengah minyak ini mungkin boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat kerana ekstrak tumbuhan yang digunakan. Jadi sekiranya anda ada sejarah tekanan darah rendah atau tinggi ada baiknya untuk mengelak menggunakannnya.
Jika anda masih mahu mencuba, pastikan ada mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar sakit puan terlebih dulu sebelum menggunakannya.
#2. Ibu hamil alami diabetes
Diabetes adalah keadaan di mana berisiko menyebabkan kelahiran pramatang selain bayi yang bakal dilahirkan terlalu besar sehingga ibu perlu menjalani pembedahan.
#3. Ibu hamil yang bermasalah dengan kelenjar tiroid
Kelenjar tiroid membesar 10 hingga 40% ketika kehamilan akibat peningkatan saiz folikel tiroid dan jumlah darah. Wanita hamil memerlukan peningkatan 50% penghasilan hormon tiroid bebas tiroksin dan hormone tiroid bebas triiodotironin.
Pada masa yang sama peningkatan melbihi 50% untuk keperluan harian iodin. Sekiranya kelenjar tiroid bermasalah ia boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu hamil dan bayinya.
#4. Mempunyai sejarah epilepsi, sawan atau reaksi alergi
Sekiranya anda pernah mengalami serangan epilepsi, sawan atau reaksi alergi adalah lebih baik anda mengelak menggunakan minyak-minyak ini kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan rangsangan kepada episod epilepsi atau sawan yang pernah dialami.
Minyak Pati, Aromaterapi Yang Sesuai Digunakan Ibu Hamil
Dengan minyak pati yang baik dan bimbingan pakar, anda mungkin mendapati bahawa aromaterapi boleh membuatkan anda berasa lebih baik.
Setiap minyak mempunyai khasiat dan kesan tersendiri. Jadi antara minyak yang sesuai digunakan ketika hamil termasuklah:
- Melegakan loya: Lavender, chamomile, pudina, halia. Hidu terus dari botol, atau hidu bola kapas atau tisu yang diletak dengan setitik atau dua titik minyak. Ia meredakan sakit perut dan merupakan minyak pati yang baik untuk morning sickness
- Melegakan sakit otot: Lavender, ylang-ylang, halia, chamomile.
- Merawat buasir: Pokok teh, cypress, geranium, lavender. Ini boleh meredakan keradangan, bengkak dan kerengsaan. Campurkan ketiga-tiga minyak pati (jumlah 8 titis kesemuanya) dan tambahkan adunan kepada 2 sudu besar gel aloe vera; sapukan ramuan terus ke kawasan yang terjejas dengan bola kapas atau tisu.
- Tidur nyenyak: Lavender, ylang-ylang, mandarin. Tambahkan sejumlah 12 titis minyak pati kepada 2 sudu besar air suling dalam botol semburan kabus dan bantal sembur sebelum tidur.
Jenis Minyak Aromaterapi & Essential Oil Yang Bahaya Untuk Ibu Hamil
Anda masih perlu berhati-hati jika anda menggunakan minyak ini semasa hamil. Sebagai contoh, jika anda alah kepada bahan-bahan tertentu, anda tidak sepatutnya menggunakannya dalam aromaterapi.
Di samping itu, banyak minyak pati secara khusus berbahaya semasa kehamilan, sama ada kerana ia boleh menyebabkan komplikasi seperti pengecutan rahim atau kerana pakar tidak pasti tentang bagaimana ia akan memberi kesan kepada ibu hamil atau janin. Ini termasuk:
- Adas
- Clary sage
- Sage
- Marjoram
- Tarragon
- Jintan
- Kayu manis
- Thuja
- Mugwort
- Birch
- Wintergreen
- Basil (estragole CT)
- Kapur barus
- hisop
- Anis
- Tansy
- Wormwood
- Biji pasli atau daun
- Pennyroyal
Minyak Pati Yang Boleh Membantu Semasa Bersalin
#1. Minyak bunga sitrus
Penyelidikan klinikal sumber dipercayai di Iran menguji penggunaan minyak Citrus aurantium (minyak bunga sitrus) pada 126 wanita yang akan bersalin. Penyelidik berpendapat bahawa ia mengurangkan tahap kebimbangan mungkin juga membantu menurunkan tahap kesakitan.
Wanita yang menggunakan minyak bunga sitrus melaporkan tahap kebimbangan yang lebih rendah semasa bersalin, berbanding mereka yang tidak menggunakan minyak pati.
#2. Clary sage
Clary sage adalah minyak pati yang biasa digunakan semasa bersalin dan kelahiran. Ia juga digunakan secara tradisional untuk meredakan sakit haid dan beberapa gejala menopaus. Menggunakan clary sage semasa menopaus boleh membantu mengurangkan tekanan dan tahap kesakitan.
Menurut penyelidik, minyak clary sage diketahui selamat. Resapkannya ke udara di sekeliling anda semasa bersalin untuk membantu menenangkan anda dan melegakan kesakitan.
#3. Eo lavender
Lavender adalah minyak pati yang terkenal. Di Eropah, sesetengah hospital dan rumah jagaan menggunakan minyak lavender untuk membantu meningkatkan tidur dan meredakan insomnia.
Anda boleh menggunakan minyak lavender untuk membantu anda berehat semasa anda hamil. Tambahkannya ke dalam air mandi anda atau resapkannya di dalam bilik tidur anda sebelum anda tidur.
#4. Kebaikan peppermint young living
Siapa yang tidak suka bau segar pudina? Minyak pati ini adalah satu lagi ubat penahan sakit yang biasa. Anda boleh menemuinya di kedai ubat sebagai ubat semula jadi untuk sakit kepala, loya dan pening. Kajian telah menunjukkan bahawa mempunyai bau pudina di sekeliling anda semasa bersalin boleh memberi kesan yang sama.
Bau pudina di udara semasa anda bersiap sedia untuk melahirkan bayi anda ke dunia boleh membantu menenangkan anda dan meredakan kesakitan dan loya.
Semoga bermanfaat!
Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minyak Pati Ada Banyak Manfaatnya Untuk Keluarga, Ini Antara Yang Paling Digemari
Baca juga: Ini Sebab Kenapa Minyak Aromaterapi/Essential Oil Kena Diamalkan Musim Pandemik Ini, Boleh Mematikan Bakteria & Virus
Baca juga: 6 Cara Selamat & Kebaikan Menggunakan Essential Oil Pada Bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!