Kepala Bayi Panas, Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada & Segera Bawa Ke Hospital!

undefined

Kepala bayi panas boleh menjadi petanda normal dan juga bahaya. Para ibu hendaklah sentiasa waspada dengan memantau suhu badan si manja

Bayi panas hanya di kepala boleh membuatkan para ibu rungsing dan bimbang. Fikiran anda mungkin akan terganggu mempersoalkan apakah penyebabkan kepala bayi panas dan adakah normal jika si manja tidak meragam.

Sekiranya anda mendapati kepala bayi panas, ia tidak semestinya menandakan si manja sedang demam. Hal ini kerana tubuhnya sedang bertindak balas dengan suhu persekitaran dan beberapa hal lain yang tidak berbahaya.

Kepala bayi panas, ini tanda-tanda yang perlu ibu ayah waspada

Bagi memastikan adakah bayi anda demam ataupun tidak, sentiasalah melakukan pemeriksaan di rumah menggunakan termometer.

Apabila berada dalam rahim ibu, bayi sentiasa ada suhu badan optimum iaitu tak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Inilah sebabnya mengapa ibu bapa disyorkan untuk buat amalan membedung anak supaya mereka rasa seperti masih dalam rahim ibu.

Kalau ikut cara lama, bayi akan dibedung dengan menggunakan beberapa helai kain atas “sebab” takut bayi akan rasa sejuk. Sebenarnya, bayi juga mudah rasa terlampau panas kerana mereka belum lagi dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa.

American Academy of Paediatrics sering mengingatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau suhu bilik bayi dan menggunakan pakaian bayi yang sesuai.

Bayi yang terlalu panas (overheating) boleh terkena risiko SIDS yang tinggi. Jadi jom semak apakah 7 tanda-tanda yang anak anda sebenarnya terlalu panas:

#1. Badan dan muka nampak kemerahan

 tanda bayi demam

Jika ibu bapa perasan bayi mereka selalu kelihatan merah, ada kemungkinan anak mereka terlalu panas.

Ibu bapa perlu menghubungi doktor dengan segera jika anak berwarna kemerahan dan turut demam ataupun muntah.

#2. Tidak berhenti menangis

Bayi menangis kerana ia satu cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Biasanya mereka menangis kerana lapar atau disebabkan lampin yang perlu ditukar. 

Tetapi jika ibu bapa telah mencuba segala-galanya untuk menenangkan bayi mereka dan masih gagal, ini mungkin bermakna bayi anda terlalu panas. Periksa suhu bilik dan kurangkan lapisan pakaian pada bayi.

#3. Berpeluh ketika panas

Kepala Bayi Panas, Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada & Segera Bawa Ke Hospital!

Cara yang paling mudah untuk mengetahui jika bayi anda terlalu panas adalah dengan melihat tanda-tanda peluh.

Jika belakang badan, leher, dada atau kepala bayi tersebut panas atau berpeluh, ini menunjukkan badan mereka sedang cuba sedaya upaya untuk menyejukkan diri.

Tanggalkan sebarang lapisan pakaian yang tidak perlu. Hubungi doktor jika suhu anak melebihi 37.9°C, dia mungkin sedang demam.

Sekiranya bayi anda menghidap demam, anda perlu menghubungi doktor dengan segera. Suhu ideal untuk bayi adalah antara 36-37.9 °C.

#4. Menunjukkan keresahan dan mula meragam

Memang jarang ada bayi baru lahir yang tidur sepanjang malam tanpa bangun untuk menyusu.

Tapi sekiranya si kecil anda kelihatan resah, asyik meragam dan macam susah untuk tidur, ada kemungkinan dia tidak selesa dengan suhu dalam bilik. 

Semak suhu bayi anda dan laraskan suhu bilik kepada suhu yang lebih selesa.

#5. Badan terasa lembap

Kepala Bayi Panas, Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada & Segera Bawa Ke Hospital!

Bercanggah dengan tanda seperti kepala bayi panas, jika anak anda nampak tidak bermaya dan tidak reponsif, ada kemungkinan juga dia terlalu panas.  

Dalam kes tertentu, bayi boleh pengsan apabila mereka sedang demam panas. Jika ini berlaku, ibu bapa perlu lap menggunakan tuala basah pada bahagian muka, dada, dan kaki untuk menurunkan suhu badan.

Kemudian, bawa anak jumpa doktor dengan segera.

#6. Selalu muntah

Bayi yang selalu muntah biasanya bermaksud bayi itu sakit. Walaubagaimanapun, jika bayi anda tak demam, sebaliknya muntah-muntah dan berasa mual, bayi anda mungkin mengalami strok panas.

Gunakan kain lembap untuk menurunkan suhu bayi anda dan bawa ke hospital terdekat.

#7. Kadar degupan jantung meningkat

Apabila suhu badan bayi meningkat, ini akan memberi tekanan pada jantung mereka dan menyebabkan denyutan jantung jadi lebih cepat. Untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi, letakkan tangan anda pada bahagian dadanya.

Jika kadar denyutan jantungnya lebih cepat dari biasa, gunakan kain lembap untuk menurunkan suhu badan sehingga kadar jantungnya kembali normal.

Walaupun sesetengah ibu bapa akan menganggap tugas memantau suhu badan anak dan suhu di dalam bilik sebagai tugas yang leceh, tetapi langkah berjaga-jaga ini boleh membantu mengelak keadaan yang lebih memudaratkan!

Kenapa kepala bayi panas

Ada beberapa sebab kenapa kepala bayi panas, iaitu:

  • Bayi tumbuh gigi. Biasanya adalah normal jika kepala bayi panas saat tumbuh gigi. Ibu tidak perlu risau berlebihan dan berikan teether untuk membuatnya lebih selesa.
  • Bayi terlalu ceria dan gembira. Dalam sesetengah kes, penyebab bayi panas dikepala saja boleh terjadi kerana bayi yang begitu bersemangat atau aktif. Pergerakan yang banyak meningkatkan pengaliran darah ke kepala dan sekaligus meningkatkan suhu badan.
  • Pakaian yang kurang sesuai. Kepala bayi panas boleh berlaku jika ibu memakaikannya dengan baju yang berlapis atau tebal.

Adakah normal jika kepala panas tapi badan dingin?

Situasi kepala panas tapi badan dingin pada si manja boleh menjadi petanda demam. Sekiranya ibu mendapati kepala bayi panas tapi badan dingin, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa suhu badan menggunakan termometer.

Suhu normal manusia biasanya adalah sekitar 36 darjah celsius, manakala suhu demam bayi bacaannya bermula dari 38 darjah celsius sehingga 40 darjah celsius.

Jika suhu badan bayi tidak turun atau menunjukkan kesembuhan, ibu ayah jangan berlengah untuk membawanya berjumpa doktor.

Cara berdepan dengan bayi demam di kepala

  • Jaga bayi agar kekal terhidrasi. Ibu hendaklah memberikan bayi minum susu ataupun air putih bagi mengelakkan si manja dehidrasi
  • Elakkan mandi dengan air biasa. Ketika bayi demam di kepala, anda hendaklah memandikannya dengan air suam
  • Pilih pakaian yang nipis atau sebaiknya hanya pakaikan lampin sahaja. Hal ini bertujuan bagi menurunkan suhu badan dan mengelakkan bayi panas hanya di kepala

Adakah bahaya bayi panas hanya di kepala dan telapak tangan?

Demam adalah simptom yang menyebabkan seseorang mengalami peningkatan suhu melebihi 37.5˚ Celsius. Ia boleh berlaku pada anak kecil hingga dewasa dan merupakan tanda jangkitan dalam badan.

Kebiasaannya, badan akan menyesuaikan diri apabila suhu badan meningkat dengan mengeluarkan haba melalui kulit dalam bentuk peluh.

Hanya pada kanak-kanak sistem ini masih dalam perkembangan sehingga mudah panas di bahagian tertentu walaupun tiada pencetus demam.

Jika ibu menyedari si manja kekal aktif, makan dan minum seperti biasa, suhu badan di bawah 37.5˚ celcius, maka anda tidak perlu risau.

Ia bukanlah keadaan yang berbahaya jika bayi panas hanya di kepala dan telapak tangan kerana hanya tindak balas badan anak dalam mengimbangi suhu.

Bagaimana pula dengan bayi panas hanya di kepala dan leher

Bayi panas hanya di kepala dan leher boleh menjadi petanda si manja sedang demam. Jika suhu tubuhnya meningkat melebihi 37.5 darjah celsius, ia boleh membuatkan anak tidak selesa dan meragam.

Jika keadaan ini berlaku kepada si manja, ibu boleh memberikannya ubat paracetamol yang dijual di farmasi. Berikannya makan ubat enam jam sekali mengikut dos yang ditetapkan.

Selain itu ibu boleh menggunakan tuala basah dan selimutkannya di seluruh tubuh si manja bagi menurunkan suhu demam.

Kepala bayi panas tangan dan kaki dingin

Kepala bayi panas tangan dan kaki dingin boleh menjadi petanda beberapa penyakit seperti:

#1. Sepsis

Kepala bayi panas tangan dan kaki dingin mungkin disebabkan oleh sepsis. Sepsis adalah tindak balas utama badan terhadap jangkitan. Mengenal pasti sepsis pada peringkat awal adalah penting untuk mencegah akibat yang serius. 

Selain tangan dan kaki yang sejuk, sepsis juga dicirikan oleh demam rendah, degupan jantung yang cepat, pernafasan yang cepat, kulit pucat, loya, muntah, lampin kering selama lebih daripada 12 jam dan sebagainya.

Jika anda melihat mana-mana gejala di atas, adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan, kerana sepsis yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.

#2. HFMD

Tangan yang sejuk boleh menjadi salah satu gejala terakhir penyakit tangan, kaki dan mulut. Bawa bayi anda berjumpa doktor jika anda mendapati tangan dan kaki sejuk dengan tanda-tanda dehidrasi, dan ruam yang menjadi bengkak dan merah serta mengeluarkan nanah.

Oleh kerana ini adalah jangkitan virus, ia sepatutnya reda dalam masa seminggu. Ibu bapa boleh meminta pakar pediatrik untuk memberi ubat demam untuk bayi.

#3. Meningitis

Ia adalah keradangan lapisan sekitar otak dan saraf tunjang yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Tangan dan kaki yang sejuk adalah salah satu gejala pertama meningitis.

Mendiagnosis penyakit ini adalah satu cabaran kerana simptom awalnya kelihatan seperti selsema atau selesema biasa. Bagaimanapun, keadaannya merosot dengan cepat.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Ibu Ayah Ingin Periksa Suhu Badan Anak? Ini Senarai Termometer Terbaik Di Pasaran!

Baca juga: Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini! Doktor Pesan Elakkan Jelum Kepala Guna Tuala Basah

Baca juga: Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu Bila Bayi Demam, Paling Utama Jangan Sejukkan Anak Dengan Ais!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!