8 Benda Doktor Pakar Enggan Simpan Dalam Rumah Mereka

Doktor pakar telah lihat banyak benda. Terutamanya doktor pakar di Wad Kecemasan. Sebab itu, nasihat mereka tentang keselamatan di rumah amat berguna.

Pekerja dan kakitangan hospital yang bertugas di wad kecemasan pasti telah melihat pelbagai perkara pelik lagi mengerikan. Atas sebab itu, nasihat mereka tentang keselamatan di rumah amat berguna.

Ia sebab mereka tahu, kadang benda paling rawak pun boleh membawa maut.

Baru-baru ini, Health.com telah menyenaraikan pendedahan doktor pakar tentang 8 benda yang mereka enggan simpan dalam rumah. Semuanya kerana keselamatan.

Mari semak apa 8 benda tersebut!

1. Bateri butang

Bateri butang terkenal kerana mampu membakar lubang dalam paru-paru dan esofagus kanak-kanak. Kanak-kanak umumnya memang akan tertarik pada benda bersinar. Lagipun, oleh sebab bateri butang kecil -- ia mudah ditelan dan tersangkut pada tekak.

"Yang bahayanya, bateri butang boleh tersekat di esofagus. Kalau duit syiling boleh keluar sendiri," ujar Dr David J. Mathison, doktor pakar kanak-kanak di wad kecemasan dan Pengarah Perubatan Atlantik Tengah, PM Pediatrics.

"Tapi kalau bateri butang tersekat, asid bateri akan memakan dinding esofagus. Ia boleh menyebabkan kecacatan kekal."

2. Kolam renang

Aktiviti berenang memang aktiviti kardiovaskular yang bagus untuk semua individu, terutamanya untuk kanak-kanak. Lagipun, berenang merupakan aktiviti yang efisyen untuk mengamalkan senaman seluruh badan.

Tapi, pelbagai laporan kanak-kanak lemas dalam kolam renang merisaukan doktor pakar.

"Bagi saya, lemas boleh berlaku dengan pantas dan dalam diam. Sebab itu saya tak mahu kolam renang dalam rumah saya," kata Dr Dara Kass, pembantu profesor di Jabatan Perubatan Kecemasan Ronald O. Perelman di Pusat Perubatan Langone, NYU.

3. Tangga penyambung

Doktor pakar semakin bimbang apabila kanak-kanak berpotensi mengalami trauma kepala dan keruntuhan paru-paru kerana tangga penyambung.

"Kami sering merawat individu yang jatuh dari tangga penyambung tinggi. Ia mengakibatkan kecederaan serius," jelas Dr Seth Podolsky, naib pengerusi Institusi Perubatan Kecemasan Klinik Cleveland.

4. Pistol

Benda ini memang tidak wajar disimpan dalam rumah yang ada kanak-kanak. Ramai kanak-kanak tidak bersalah maut, kerana bermain dengan pistol. Mereka menyangka pistol tersebut adalah barang permainan.

Dr Amy Baxter, doktor pakar kanak-kanak kecemasan di Pusat Penjagaan Kesihatan Rite Children di Atlanta, mengaku: "Saya Libertarian yang menyokong penggunaan pistolp, tapi saya telah menguruskan banyak kes remaja bunuh diri dan kematian kanak-kanak tanpa sengaja kerana bermain pistol. Jadi, saya takkan biar anak saya masuk dalam rumah yang ada pistol."

5. Mi ramen

Mi segera memang satu langkah cekap lagi pantas untuk mengeyangkan perut si manja. Tapi, jika anda menyediakan mi ramen guna ketuhar gelombang, ia akan jadi sangat panas. Kanak-kanak boleh melecur!

"Ia kes biasa yang sering saya jumpa. Kanak-kanak akan melecur kerana ingin buat mi segera," dedah Dr David J Mathison.

"Ibu bapa selalu lupa mi ini panas. Mereka biar atas kaunter dan kanak-kanak akan menariknya."

6. Ubat sakit yang lama

Ramai individu ada tabiat ini -- tidak mahu buang ubat yang lama. Terutamanya ubat yang susah untuk dipreskripsikan. Tapi, Dr Ferdinando Mirarchi menyaran ibu bapa menghentikan perbuatan ini!

"Ada kanak-kanak yang masuk wad kecemasan kerana keracunan dos akibat ubat sakit Hydrocodone dan Oxycodone [yang dijumpai dalam Vicodin, Percocet, Oxycontin]. Satu pil saja boleh membawa maut untuk mereka."

7. Kord bidai

Menurut kajian, kebanyakan kematian tanpa sengaja melibatkan kord bidai. Ia berlaku dalam bilik tidur kepada kanak-kanak dalam usia antara 16 bulan hingga 36 bulan. Majoriti kemalangan berlaku pada kanak-kanak berusia hampir 23 bulan.

Kanak-kanak berusia hampir 23 bulan masih memiliki kepala yang lebih berat daripada badan. Maka, kawalan otot mereka kurang.

Jadi, kanak-kanak usia ini akan cenderung tersekat dan tidak dapat melepaskan diri apabila terikat pada tali bidai.

Kord bidai boleh jadi satu kemalangan kejam.

8. Kerusi tinggi bayi

Dr Brian Fort, doktor perubatan di wad kecemasan Hospital Pusat DuPage telah menerima banyak pesakit dengan kesan trauma kepala. Dan kebanyakan kes trauma kepala ini diakibatkan oleh produk yang direka khas untuk bayi.

"Lebih separuh daripada kunjungan kanak-kanak bawah 1 tahun ke wad kecemasan adalah sebab terjatuh," jelas Dr Fort.

"Saya takkan simpan kerusi bayi yang tinggi dan ada meja itu. Sebab saya sudah tengok banyak kanak-kanak yang menggunakan kaki mereka untuk menendang dan menolak meja. Mereka juga boleh menjungkitkan kerusi. Jika mereka jatuh, tengkorak boleh rentak!"

Terjemahan: theAsianparent Singapore

Jika anda ada sebarang pandangan, soalan atau komen berhubung topik ini, sila kongsikan ia di ruangan Komen di bawah.