Tak Percaya Hamil Kembar? Nah, Ini 9 Tanda Selalu Muncul Jika Dapat Kembar

9 tanda mengandung anak kembar. Apapun simptom ini memang lain dari yang lain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronoknya bila dapat tahu diri sedang berbadan dua, kemudian dikhabarkan pula ada dua janin dalam kandungan itu. Patutlah tubuh rasa ‘lain macam’ seolah tak sama dengan kehamilan biasa.

Untuk lebih jelas, apakah 9 tanda mengandung anak kembar yang boleh dirasai ketika awal kehamilan? 

Sebenarnya, kehamilan kembar bukan hanya tertumpu pada faktor genetik saja. Tapi, jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda juga berisiko untuk ada anak kembar:

9 tanda mengandung anak kembar: Anda ada tanda-tanda ini? 

1. Ujian UPT tunjuk keputusan yang sangat terang 

Biasanya kalau hamil satu janin saja, kita akan dapati ujian kehamilan UPT agar samar. Tapi berbeza dengan mengandung kembar, anda akan lihat keputusan itu sangat terang kerana penghasilan horman hCG yang lebih banyak.

2. Morning sickness yang sangat teruk 

Morning sickness adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita hamil. Tapi kalau anda mengandug kembar, anda akan rasa lebih kerap loya, mual dan muntah. 

3. Perut lebih lebar dan besar 

Bila hamil kembar, sudah tentu berat naik mendadak, kan? Jadi saiz perut anda juga akan bertambah kerana rahim akan lebih mengembang supaya dapat muatkan dua orang bayi. 

Malah baby bump kelihatan lebih awal.

4. Sakit belakang 

Bila berat bertambah melebihi kadar nomal tentunya graviti badan turut berubah. Jadi jika anda tak betulkan postur tubuh, kalian pasti akan kerap sakit belakang dan lenguh satu badan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Bengkak air 

Kredit : Verywell family.com

Kehamilan kembar juga berpotensi untuk alami bengkak air atau edema. Keadaan ini tentunya buat anda jadi tidak selesa malah menyebabkan komplikasi lain seperti pra-eklampsia

6. Perut kerap cramp 

Jangan risau, keadaan ini tidak bahaya asalkan tiada pendarahan. Tapi bila rahim kembang dan besar, kesakitan perut cramp akan jadi lebih kerap malah ia menular hingga ke bahagian pelvik dan punggung. 

7. Kerap ke tandas 

Bayangkan dua orang bayi comel sedang himpit pundi kencing ibunya maka ia membuatkan anda jadi kerap nak ke tandas. Tapi itu bukan alasan untuk culas minum air ya! 

8. Payudara lebih sensitif 

Bukan hanya payudara sensitif tapi anda juga akan rasa lapar sepanjang hari dan penat yang melampau. 

Malah ketika usia kandungan mencecah enam bulan, anda mungkin alami kesukaran bernafas, perut sangat berat dan bengkak kaki tangan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, ibu bayi kembar akan menderita anemia atau kekurangan zat besi. 

9. Rasai pergerakan janin lebih awal dan kerap 

Kredit : Huggies

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini yang paling excited bila dapat rasa ada pergerakan dalam perut malah anda akan rasai gerak si kecil berdua itu lebih kerap daripada kehamilan biasa. 

Malah ia diakui sendiri oleh ibu yang ada pengalaman hamil kembar di mana rasai pergerakan ini lebih awal.

Justeru, walaupun anda teruja bila mengandung kembar tapi sebenarnya ia dikira sebagai kehamilan berisiko. Jadi pastikan anda sentiasa hadiri pemeriksaan pranatal dan dapatkan tidur yang cukup. 

Apapun sabar ya, simpton ini akan berakhir selepas bersalin. Di harap 9 tanda mengandung anak kembar ini membantu kalian! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Sirap Limau, Lifestyle Kompas

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comtanda-mengandung-anak-kembar/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan