X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tuan Rumah Jangan Tunjuk Muka Kekwat, Ini Masanya Ganda Pahala Dengan Layan Tetamu!

5 min bacaan
Tuan Rumah Jangan Tunjuk Muka Kekwat, Ini Masanya Ganda Pahala Dengan Layan Tetamu!

Apabila tibanya hari raya, tentunya ramai tetamu akan berkunjung ke rumah bagi menziarahi saudara mara. Jadi adab melayan tetamu ini patut anda tahu.

Amalan melakukan open house, sangat disyorkan setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Sebab itu, adab melayan tetamu ini harus diambil berat oleh tuan rumah.

Adab melayan tetamu ini harus dijaga dengan baik supaya kedua-dua belah pihak rasa seronok dengan amalan ziarah-menziarahi itu.

Amalan mengadakan rumah terbuka ini boleh menjadi satu ladang pahala bagi tuan rumah agar dapat mendekatkan dirinya dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Selain itu, tetamu adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Makanya, tuan rumah berhak sempurnakan dan bertanggungjawab terhadap hak tetamu selagi dia menjadi tetamu anda.

Dari situ dapat mencerminkan anda merupakan tuan rumah yang baik dan berakhlak mulia. Berikut kami kongsikan adab melayan tetamu yang boleh tuan rumah jadikan panduan.

10 Adab Melayan Tetamu Di Hari Lebaran

Adab melayan tetamu #1. Jemput tetamu dengan niat dapat pahala

Jika ingin membuat rumah terbuka, pasangkan niat untuk mendapat pahala dengan memberi dan mengajak orang makan di rumah.

Bersihkan hati dari niat ingin menunjuk-nunjuk, riak atau mengharapkan orang memuji kebaikan anda. 

Niat yang betul pastinya dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda bermula dari awal menjamu orang makan sehingga mereka pulang ke rumah masing-masing.

Adab melayan tetamu #2. Hadkan bilangan tetamu

Pastikan bilangan tetamu yang dijemput mengikut kemampuan anda supaya setiap tetamu dilayan sama rata dan anda dapat memberikan layanan yang baik serta berkualiti.

#3. Menerima tetamu dengan wajah yang ceria

adab melayan tetamu, adab layan tetamu, adab menjaga tetamu, adab berkunjung ke rumah orang, adab memberi layanan baik pada tetamu, melayan tetamu, layan tetamu dengan baik, menjaga hati tetamu, melayani tamu anda, open house, rumah terbuka

Ketika tetamu memberi salam jawablah ia dengan sopan dan berlembut serta mempamerkan wajah yang  manis.

Jangan sesekali menunjukkan riak kurang senang dengan kehadiran tetamu, mempamerkan wajah letih atau riak wajah yang tidak sepatutnya di hadapan mereka. Kalau ada masalah sekalipun, jangan tunjuk depan mereka. Cuba-cuba sembunyikan dahulu masalah anda itu.

Selepas menjemputnya masuk ke dalam rumah, jangan terus hidangkan mereka makanan tapi beri minuman dahulu dan bersembang dengan ramah tamah seperti bertanyakan khabar mereka, perkembangan diri dan lain-lain.

Kemudian barulah makanan dihidangkan dan jemput mereka makan.

#4. Berpakaian kemas dan bersih

Maksud berpakaian kemas dan bersih ini bukanlah sampai anda kena pakai baju yang mahal-mahal, mewah dan sebagainya tapi mestilah pakaian yang bersih dan berbau wangi.

Ini kerana, pakaian tuan rumah juga melambangkan bagaimana dia menerima tetamunya dan menunjukkan bahawa anda berasa seronok apabila ada tetamu yang berkunjung ke rumah.

#5. Tidak membezakan layanan terhadap tetamu

Jangan sesekali membezakan layanan terhadap tetamu yang hadir berasaskan jawatan, pangkat  dan manfaat yang kita dapat darinya.

Janganlah berbuat begitu kerana anda juga yang mengajak mereka jadi layan mereka dengan baik.

Ini kerana jika anda layan mereka acuh tak acuh mungkin tetamu akan berasa seolah-olah mereka pula yang terhegeh-hegeh ingin datang ke rumah anda.

#6. Menjamu makanan terbaik dan sesuai dengan kemampuan

Menghidangkan tetamu makanan dan minuman yang terbaik juga merupakan salah satu hak yang harus dipenuhi oleh tuan rumah.

Jangan biarkan tetamu menunggu lama dan menanti makanan dihidangkan sehingga mereka pulang.

#7. Berusaha gembirakan tetamu semasa datang beraya ke rumah kita

Anda juga perlu sentiasa prihatin dengan keadaan tetamu yang datang dan memenuhi segala keperluan mereka.

Apa yang anda boleh buat adalah memerhatikan wajah dan bahasa tubuh tetamu serta tanyakan jika dia memerlukan bantuan seperti ingin ke tandas, bersolat dan sebagainya.

Jika ramai tetamu di rumah, pastikan anda membersihkan pinggan dan meja makan dengan lebih kerap.

Kemudian jika ada tetamu yang berseorangan temankan dia sebentar supaya tetamu tidak berasa malu.

#8. Jaga percakapan dan tingkah laku tetamu

Pastikan percakapan dan tingkah laku kita sentiasa terjaga semasa tetamu ada di dalam rumah.

Kalau anak tetamu agak nakal, tegur dengan cara berhemah dan berlemah lembut supaya tidak mengecilkan hati tetamu yang datang ke rumah anda.

Selain itu, elakkan juga bertanyakan soalan-soalan yang sensitif terutama kepada tetamu yang kurang rapat dengan anda.

Walaupun kita tidak berniat namun jangan sesekali mengambil risiko ini bimbang tetamu tersebut terluka hatinya dan mengganggu emosinya.

#9. Hantar dan iringi tetamu yang ingin pulang

adab melayan tetamu, adab layan tetamu, adab menjaga tetamu, adab berkunjung ke rumah orang, adab memberi layanan baik pada tetamu, melayan tetamu, layan tetamu dengan baik, menjaga hati tetamu, melayani tamu anda, open house, rumah terbuka
Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Kredit: Fuziah Sulaiman

Menurut Hadis Riwayat Ibnu Majjah, Sabda Rasullah SAW, Sesungguhnya merupakan perbuatan yang sunnah apabila seseorang (tuan rumah) keluar bersama-sama tamunya sampai ke pintu halaman.

Setelah bersalaman dan sampai ke muka pintu pelawa lagi tetamu datang ke rumah anda dan sebaiknya melambai tangan ke arahnya.

Ingat, amat tidak sopan jika tuan rumah terus masuk ke dalam rumah sejurus tetamu keluar dari pintu rumah.

#10. Ucapkan terima kasih dan penghargaan

Selepas tetamu pulang, tidak salah jika anda mengucapkan terima kasih di atas kehadiran mereka ke rumah terbuka anda.

Kemudian kalau ada ambil gambar , share moment tersebut dalam whatsap kemudian boleh la  upload dalam  Facebook, Instagram dan lain-lain.

********************

Banyak kemuliaan yang diperolehi jika tuan rumah memuliakan tetamu kerana anda akan selalu dimurahkan rezeki dan mendapat keredhaan dunia dan akhirat.

Kalau ada anak-anak tetamu yang nakal, tak tahu duduk diam, berlari sana sini dalam rumah anda. Sebaiknya tegur mereka dengan cara yang baik atau alihkan perhatian mereka pada aktivit lain seperti minta mereka menonton tv, letak barang mainan di hadapan mereka, membaca buku dan sebagainya.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa memuliakan tetamu.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Foto: Project Travel 

Sumber: Raihan Awaken

Baca juga:

https://my.theasianparent.comberkomunikasi-dengan-anak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tuan Rumah Jangan Tunjuk Muka Kekwat, Ini Masanya Ganda Pahala Dengan Layan Tetamu!
Kongsikan:
  • Mulut Jangan Celupar Ketika Melawat Bayi Baru Lahir, Ini 7 Adab Agar Tuan Rumah Tak Tersinggung

    Mulut Jangan Celupar Ketika Melawat Bayi Baru Lahir, Ini 7 Adab Agar Tuan Rumah Tak Tersinggung

  • Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

    Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Mulut Jangan Celupar Ketika Melawat Bayi Baru Lahir, Ini 7 Adab Agar Tuan Rumah Tak Tersinggung

    Mulut Jangan Celupar Ketika Melawat Bayi Baru Lahir, Ini 7 Adab Agar Tuan Rumah Tak Tersinggung

  • Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

    Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.