Didik Anak Adab Terima Duit Raya, Jangan Didik Anak Jadi Pengemis Kata Ustaz Ini

Duit raya memang menggembirakan anak-anak namun jangan terlupa untuk ajar mereka adab dalam menerima pemberian tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada Hari Raya kanak-kanak adalah orang yang paling gembira kerana mereka lebih bertumpu kepada duit raya yang diberi tuan rumah namun jangan dibiasakan perkara ini, ibu bapa seharusnya perlu mendidik anak tentang adab menerima duit raya.

Budak-budak tetap dengan perangainya dan kadang-kala cara mereka menerima duit raya agak mengejutkan si pemberi. Disinilah pentingnya ibu bapa mainkan peranan mendidik anak tentang adab.

Tidak salah jika mendidik anak dengan adab-adab yang mulia sejak dari kecil kerana akan membentuk karakter yang disenangi ramai.

Anak-anak perlu diberitahu adab ketika terima duit raya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

 

Menerusi sebuah perkongsian oleh Instagram santrimendua.id dengan petikan video ceramah oleh Ustaz Luqmanulhaqim, beliau mengingatkan ibu ayah pada bulan Syawal nanti supaya tidak menggalakkan anak-anak meminta duit raya kepada saudara-mara atau ketika menziarahi rumah untuk beraya.

“Jangan didik anak jadi pengemis di bulan syawal nanti. Ajari anak-anak kita selepas lebaran nanti mempunyai semangat untuk memberi. Walaupun sedikit, itu yang akan diingat mereka sampai dewasa iaitu perasaan untuk memberi,” katanya dalam ceramah tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Duit raya adalah satu pemberian dengan keikhlasan hati dan mengikut kemampuan, namun ingatlah masih ada yang tidak mampu untuk memberi, bahkan jika tidak mahu memberi walaupun mampu bukanlah menjadi satu kesalahan.

Pesanan ringkas untuk anak Syawal nanti

Paling utama anak-anak perlu diberitahu adab ke rumah orang agar tidak cacat tujuan ziarah itu sendiri kerana tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar.

Jangan pula tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan lagi hubungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu ibu ayah boleh mencuba memberi pesan kepada anak-anak seperti di bawah;

1. Jangan minta orang duit raya.

2. Apabila orang keluarkan duit jangan terus rampas atau ambil, tunggu orang hulur ke tangan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.  Setiap kali terima duit raya, ucap alhamdulillah dan terima kasih. Salam jika dibenarkan oleh syarak.

4. Doakan orang yang memberi duit raya murah rezeki dan diberi kebahagiaan hidup.

5. Jangan buka sampul di depan orang yang memberi, lebih-lebih lagi mengira dan menyebutkan berapa jumlah. Kanak-kanak sangat lurus dan tak berlapik jadi ibu bapa perlu sentiasa ingatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Jangan komplen duit sikit atau gembira dapat duit banyak. Itu semua rezeki, syukur sahaja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Baca juga : Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Anda Tak Boleh Guna Sewenangnya

Baca juga : Mencari Tempat Untuk Tukar Duit Raya? Nah, Ini Senarai Lokasi Mesin ATM Untuk Penukaran Wang Raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi