Kerap Kencing Kotor Ketika Hamil, Wanita Kongsi Petua BERKESAN Dengan Minum Air Barli

Air barli memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan. Bagi ibu mengandung, ia dikatakan mampu mengatasi masalah kencing kotor dan gejala mual

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika mengandung, rata-rata ibu akan mengalami perubahan hormon dan fizikal yang membuatkan mereka terdedah kepada risiko masalah kesihatan seperti anemia, sembelit serta kencing kotor. Namun tahukah anda pengambilan air barli memiliki khasiat yang bagus untuk ibu hamil?

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Ia kaya dengan fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Air barli untuk ibu mengandung

Bagi yang tidak tahu, jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Seorang ibu, Mastura Rashid berkongsi petua kencing kotor ketika mengandung yang diamalkannya.

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah air barli berkesan sangat untuk melancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Kebaikan air barli ini juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tidak lalu makan dan minum.

Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Sekejap sahaja sudah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecil juga.

Cara buat air barli ini sangat mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya ia lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap (maksudnya manis dengan gula)

Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli pula dimakan seperti bubur.

Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan. Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.

Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.

Bagaimana air barli amat baik untuk masalah kencing kotor

Kebaikan air barli mampu mengatasi masalah kencing kotor ataupun jangkitan saluran kencing. Barli adalah diuretik.

Ia membantu meningkatkan kadar penghasilan air kencing dan memperbanyakkan pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.

Kebaikan air barli yang lain kepada ibu mengandung

#1. Mengawal kencing manis (Diabetes)

Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahawa beta-glucan boleh meningkatkan pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ia juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan)

#2. Menyejukkan badan

Khasiat barli juga mampu menyejukkan badan. Ia menjadi minuman yang terbaik untuk menghilangkan rasa haus  terutamanya pada cuaca yang panas terik.

Selain hidratkan badan anda, kebaikan air barli juga mengurangkan haba di dalam badan.

Anda boleh menjadikan air barli sebagai minum yang menyegarkan. Caranya adalah dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mengatasi gejala sembelit ketika mengandung

Kebaikan air barli yang seterusnya adalah membantu melancarkan pencernaan. Hal ini kerana minuman ini bersifat alkali dan penuh dengan serat.

Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

Ibu juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.

Masalah kencing kotor ketika hamil

Hampir 10% wanita dijangkiti penyakit kencing kotor semasa hamil. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh yang meliputi bahagian ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra.

Ia bukanlah penyakit yang berbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca kencing kotor ini berlaku disebabkan oleh:

#1. Air kencing lebih berasid semasa mengandung

Air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula. Ini berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Keadaan air kencing yang lebih berasid dan tinggi gula menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.

#2. Saluran urethra yang pendek

Urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar. Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan lubang dubur.

Kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang.

#3. Rahim menghimpit pundi kencing

Ibu mengandung dijangkiti kencing kotor kerana perubahan yang berlaku pada saluran kencing. Rahim yang semakin membesar menghimpit pundi kencing lalu menyebabkan air kencing tidak dapat dikosongkan dengan efektif daripada setiap kali anda membuang air kecil.

Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. Apabila keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan jangkitan. Jangkitan inilah yang dikenali sebagai kencing kotor.

#4.  Perubahan hormon

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Laici Untuk Ibu Hamil, Ia Mencegah Risiko Bayi Lahir Cacat & Kaya Asid Folik

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga:  10 Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung Agar Kulit Bayi Cerah & Bersih Ketika Lahir