Air Masak Bantu Untuk Turun Berat Badan Dalam Masa 10 Hari? Benarkah Ini Menjadi?

Rupanya, ada 5 cara mudah untuk turun berat badan dengan minum air masak selama 10 hari dengan teknik ini. Semua ibu yang nak kembali ramping patut cuba!

Berat badan yang naik selepas hamil dan bersalin merupakan masalah hampir kepada semua ibu-ibu. Bermacam cara yang dibuat dan diamalkan demi mendapatkan bentuk dan berat badan seperti sebelum hamil kembali

Namun, dalam kesibukan menguruskan anak-anak dan keluarga, idea untuk berusaha keras menurunkan berat badan sering kali terkubur. Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, rutin diet yang ketat tidak sesuai.

Namun, ibu-ibu tidak lagi perlu risau! Sebab ada cara untuk menurunkan berat dengan mudah di dalam masa 10 hari. Iaitu dengan meminum air masak!

Minum air masak? Bukankah ia satu perkara yang dilakukan setiap hari? Ha, baca dulu cara yang disarankan ini.

Cara mudah menurunkan berat badan

Air merupakan keperluan badan manusia. Hampir 90% komposisi badan manusia terdiri daripada air.

Jika badan kita tidak mendapat bekalan air yang secukupnya, kita akan mudah mendapat masalah kesihatan sama ada dalam jangka masa panjang mahupun pendek. Antaranya ialah migrain, batu karang, sinus, rheumatoid arthritis dan darah tinggi.

Ramai yang salah anggap dengan signal badan kita. Rata-rata beranggapan rasa haus sebagai rasa lapar. Jadi, masa yang sepatutnya kita minum air, kita pergi makan makanan, lalu ia menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Jadi, masa yang sepatutnya kita minum air, kita pergi makan makanan, lalu ia menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Cara mudah untuk menurunkan berat badan di dalam masa 10 hari ialah dengan meminum air masak dengan cara yang betul. 

Berikut adalah 5 saranan meminum air untuk menurunkan berat badan:

1. Saat bangun tidur

Sejurus selepas bangun tidur setiap hari, minum 250ml air suam ketika perut masih kosong. Lebih baik jika air tersebut sedikit panas. 

Meminum air di waktu pagi akan menyingkirkan toksin dari badan sepanjang tidur malam. 

Malah, meminum air masak semasa perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisma badan untuk menyerap nutrisi serta membantu sistem pencernaan yang baik.

2. Sejam sebelum sarapan

Kredit: Freepik

Minum air sebanyak 250 – 500 ml sekitar satu jam sebelum sarapan akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang akan dimakan.

3. Selepas minum teh atau kopi

Selepas habis minum secawan teh atau kopi, segera minum air masak sebanyak 100 – 200 ml.

Kopi dan teh bersifat diuretik, maksudnya akan membuatkan kita ingin terus membuang air kecil. 

Jadi, elakkan badan jadi dehidrasi dengan segera meminum air bagi menggantikan cecair badan yang telah keluar.

4. 20 minit sebelum waktu makan

Kredit: Freepik

Selain minum air masak sebelum sarapan, anda juga disarankan untuk minum 250 – 500 ml air 20 minit sebelum makan tengah hari dan makan malam. 

Air masak dapat mengurangkan rasa lapar hingga menyebabkan pengambilan makanan yang lebih sedikit.

5. 2 jam sebelum tidur malam

Minum 300 – 600 ml air masak 2 jam sebelum tidur. Air masak akan membantu memulihkan tenaga yang telah hilang dari aktiviti seharian.

Selain itu, minum air masak akan meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.

Dengan corak minum air masak seperti ini, awalnya anda akan kerap ke tandas. Namun, lama-kelamaan badan anda akan menyesuaikan sendiri dengan jadual minum anda.

Jika anda berminat untuk kurangkan berat badan selepas bersalin, anda boleh mencuba rawatan di London Weight Management secara percuma. Rawatan ini membantu membakar lemak degil dan menghilangkan selulit. Jangan lepaskan peluang anda, isi borang ini sekarang!

Tidak percaya? Cuba dahulu dan kongsikan hasilnya dengan kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pentingnya Makanan Diet @ Eat Clean Yang Betul, Barulah Berat Badan Senang Turun!

Penulis

Aqma