Air Masak Untuk Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Diberikan Lagi Ya, Bahaya Untuk Nyawa Si Kecil!

Air masak untuk bayi sebelum usia si kecil 6 bulan boleh menyingkirkan lapisan perlindungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air masak untuk bayi hanya boleh diberikan kepada si kecil selepas bayi berusia enam bulan sahaja. Mengapa? Ini kerana buah pinggang bayi tidak mampu untuk menangani terlalu banyak air.

Ya, memang benar bahawa air merupakan sumber minuman yang melancarkan sistem tubuh. Akan tetapi, ia tidak sama jika anda beri air masak untuk bayi baru lahir. Lebih-lebih lagi jika ia diberikan terlalu awal iaitu sekitar umur 0 hingga 6 bulan.

Kalau bayi haus atau dehirasi akibat cirit-birit, bolehkah bagi mereka minum air suam atau air kosong? Jadi untuk bantu ibu yang dilema dan was-was untuk memberikan bayi minum air, kami akan mengupaskan isu berkenaan menerusi artikel ini. 

Air Masak Untuk Bayi, Bila Si Kecil Mula Boleh Minum?

Sama ada bayi menyusu badan atau mengambil susu formula, air masak untuk bayi tidak diperlukan sehinggalah umur mereka mencecah enam bulan ke atas atau sudah mula makan (untuk pelawas).

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Alan Greene, jumlah air yang terdapat pada susu ibu dan formula sudah mencukupi untuk kesihatan bayi. Bahkan, air tidak mempunyai sebarang kalori untuk mengisi perut bayi. Ini akan membuatkan si comel anda itu kurang berminat untuk minum susu.

Malah, ia akan menyebabkan penurunan berat badan dan meningkatkan kadar bilirubin.

Apatah lagi, ginjal bayi masih tidak mampu menangani terlalu banyak cecair dan ia mampu menyebabkan buah pinggang mereka tak boleh nak kawal elektrolit dan natrium. Lantas dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit boleh berlaku.

Air Masak Untuk Bayi: Adakah Merbahaya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan umum, air masak sememangnya bagus untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, ia hanyalah termaktub untuk golongan dewasa sahaja, bukan bayi ya. Menurut World Health Organization, si kecil yang berumur di bawah enam bulan disarankan untuk menyusu secara ekslusif untuk enam bulan pertama.

Apakah maksudnya?

Ia bermakna bayi perlu diberikan susu semata-mata tanpa diberi makanan ataupun minuman tambahan, termasuklah air masak. Meskipun cuaca sedang panas terik, bayi tidak memerlukan air masak, lebih-lebih lagi jika mereka sedang menyusu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, ada juga sesetengah doktor berpendapat bahawa bayi yang sedang diberikan susu formula boleh diberikan sedikit air kosong. Namun, jika memberinya minum dengan banyak pula akan mendedahkan bayi kepada risiko penyakit ya! Hati-hati, ibu ayah.

  • Bayi yang menyusu secara eksklusif tak perlu air tambahan terutamanya jika bayi umur bawah enam bulan 
  • Susu ibu mengandungi 88% air yang mencukupi untuk bayi. 
  • Dalam penyusuan pertama kali, kolostrum ibu sudah cukup mengelak dehidrasi 

Bagaimana Jika Beri Air Masak Untuk Bayi Yang Minum Susu Formula?

Untuk pengetahuan umum, susu formula sudah mengandungi sekitar 80% air dan menghidratkan bayi dengan baik. Oleh itu, air tambahan tidak diperlukan sehingga bayi anda berusia enam bulan.

Mengikut pakar pediatrik, ibu harus mengikut sukatan susu dan air yang diarahkan pada tin atau paket susu ketika bancuh. Malah, menambah air yang banyak pada formula bukan hanya melarutkan kandungan nutrisi, tapi ia juga berisiko pada bayi.

Bila Bayi Boleh Minum Air Kosong? Berapakah Kuantiti/Sukatan Yang Boleh Diberikan?

#1. Air masak untuk bayi umur 6 hingga 12 bulan.

  • Sebaik saja bayi umur 6 bulan ke atas, ibu boleh berikan sedikit air untuk membiasakan mereka minum dengan cawan
  • Sukatan air untuk umur ini adalah 2 auns setiap 24 jam — disyorkan pakar. 
  • Jika lebih dari sukatan ini, ia akan ganggu pengambilan susu bayi. 
  • Jika rasa bayi kering, berikan sedikit air supaya dapat elak sembelit
  • Jangan gantikan air dengan susu ibu atau formula. 
  • Tingkatkan jumlah air jika bayi aktif bermain seharian. 

#2. Air masak untuk bayi umur 12 bulan ke atas.

  • Pada usia ini, anak kecil mula kurangkan pengambilan susu dan lebih suka makan 
  • Disebabkan mereka kian aktif, jadi pengambilan air juga akan meningkat dari masa ke semasa. 
  • Pada usia ini, kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 1.3 liter air sehari bersamaan 4.23 cawan. 
  • Selain dari minum air putih, anda juga boleh berikan buah yang mengandungi banyak air seperti tembikai, epal merah, anggur dan lain-lain. 

Risiko Bayi Minum Air Kosong

Berikut merupakan enam bahaya pemberian air suam kepada bayi di bawah usia enam bulan seperti yang disenaraikan oleh National Lactation Centre:

  1. Menyingkirkan lapisan perlindungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi dan menyebabkan bayi terdedah kepada pelbagai jangkitan dan alergi.
  2. Water intoxication atau berlebihan air menyebabkan bayi kenyang air dan tidak mahu menyusu.
  3. Mengganggu penyusuan di mana bayi kurang menyusu, lalu menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas.
  4. Berisiko menghadapi masalah kekurangan zat kekurangan makanan.
  5. Membebankan ginjal bayi yang belum matang untuk memprosesnya.
  6. Mengganggu fungsi tubuh bayi sehingga boleh menyebabkan kematian.

Malah, berdasarkan beberapa kajian lain, berikut adalah sebab-sebab lain mengapa bayi tidak perlu pengambilan air kosong sebelum berusia enam bulan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Risiko Cirit-birit.

Air masak atau air kosong berisiko untuk didapati daripada sumber yang tidak bersih. Pencemaran yang terdapat di dalamnya dapat bertahan dalam badan orang dewasa, tetapi malangnya amat merbahaya kepada bayi – terutamanya bayi yang baru lahir.

#2. Boleh Menyebabkan Bayi Kurang Menyusu.

Pemberian air kosong boleh menjejaskan selera bayi untuk menyusu akibat perut si kecil yang sudah penuh. Mereka juga akan kerap tertidur, dan disebabkan itu mereka akan terlepas waktu penyusuan. Hal ini boleh menjadi punca bayi kekurangan zat dan kurang menyusu.

Perkara ini juga boleh menyebabkan tumbesaran bayi terjejas sehingga terjadinya kekurangan berat badan, malnutrisi, ataupun bantut.

#3. Susu Si Ibu Terjejas.

Untuk pengetahuan umum, penghasilan susu badan bergantung kepada pemintaan bayi (demand). Kebiasaannya, ia mempunyai kekerapan tertentu dan spesifik kepada keperluan bayi berkenaan.

Apabila si kecil minum air kosong dan kurang menyusu, penghasilan susu ibu juga boleh terjejas. Jika keadaan ini berlanjutan, susu ibu akan kering dan si kecil terpaksa bertukar kepada susu formula untuk bayi.

#4. Bahaya ‘Oral Water Intoxication’.

Kajian mengesahkan bahawa bayi yang mengambil air kosong akan terdedah kepada keadaan yang dikenali sebagai ‘Oral Water Intoxication’. Bahasa mudahnya, ia merupakan satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan oleh bayi terlalu banyak mengambil air kosong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran terlalu banyak air pula akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal. Malah, dalam kes teruk, si kecil boleh mengalami sawan, koma, kecederaan otak. Dan jika tidak dikesan awal, akan menyebabkan kematian.

Keadaan Bayi Mabuk Air 

Ginjal bayi masih belum matang untuk mengeluarkan kembali cecair dengan cepat. 

Oleh itu, memberi air kepada bayi bawah usia enam bulan boleh mengakibatkan banyak bendalir pada tubuhnya. Kemudian, ia menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dan penurunan paras natrium dalam darah. 

Mabuk air ini berlaku apabila bayi diberi minum air masak secara berlebihan sekitar 8 onz sehari. Ia boleh menyebabkan pembengkakan otak juga kematian.

Berikut Merupakan Gejala Bayi Mabuk Air:

  • Muntah.
  • Mengantuk dan kelesuan.
  • Berpeluh berlebihan dan suhu badan rendah.
  • Kencing berlebihan (6 ke 8 kali lampin basah dan harus ditukar).
  • Muka bengkak dan anggota tubuh yang lesu.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:: Nenek Beri Cucu Usia 13 Hari Minum 6oz Air Masak! Parents, Tolong JANGAN Beri Air Masak Pada Bayi!

Baca juga: Anak Kerap Minum Air Kosong Bukanlah Tabiat Yang Normal, Ia Petanda Diabetes!

Baca juga: Budak 11 Tahun Maut TERLEBIH Minum Air, Hati-Hati Ia Boleh Menyebabkan Otak Bengkak!