Masih mencari air purifier terbaik untuk kegunaan di rumah? Kami sediakan 10 penapis udara terbaik untuk pilihan ibu ayah di sini!
Pada masa kini, air purifier atau penapis udara dianggap sebagai satu keperluan penting buat keluarga yang khususnya mempunyai anak kecil. Bukan udara luar sahaja yang mempunyai pencemaran ya, malahan udara di dalam rumah juga boleh tercemar walaupun kita merasakan sebaliknya. Inilah pentingnya penggunaan air purifier terbaik dalam kehidupan seharian.
Ibu ayah tahu tak yang alergen di dalam udara boleh mempengaruhi kesihatan keluarga tanpa disedari? Mungkin si manja kerap mengalami selsema atau alergik habuk. Tambahan lagi, apabila kita mulai memasuki musim jerebu, apa yang boleh kita lakukan adalah mengawal kitaran udara yang bersih dan ikhtiar sebaiknya bagi kebaikan keluarga.
Air purifier merupakan antara ikhtiar yang bukan sahaja boleh membantu dengan membersihkan udara dari kekotoran dan meningkatkan kualiti udara, malah sangat sesuai diletakkan di ruang tamu atau bilik si manja.
Isi Kandungan
Memilih Penapis Udara Terbaik Untuk Keluarga
Mencari penapis udara yang bagus sebenarnya agar sukar kerana di Malaysia kini banyak jenama yang mula digunakan. Jadi bagi memudahkan pencarian anda, kami senaraikan beberapa pilihan penapis udara dengan kriteria yang terbaik seperti di bawah:
1. Teknologi penapisan udara yang baik
Boleh menapis partikel halus agar pembersihan udara lebih berkesan.
2. Area efektif
Di mana penggunaannya berkesan pada ⅔ kawasan di dalam rumah.
3. Bunyi tidak bising
Dengan desibel yang rendah agar bayi boleh tidur dengan selesa dan tanpa gangguan.
4. Ciri tambahan lain
Seperti mudah dibersihkan, dan teknologi yang lebih berkesan dalam pelaksanaan tugasan.
8 Penapis Udara Terbaik di Malaysia
Sesuai dengan peredaran zaman, kini penapis udara sudah menjadi satu barangan rumah yang wajib ada, namun untuk memilih air purifier terbaik bukanlah mudah kerana terdapat banyak produk yang sama di pasaran.
Jadi, kami senaraikan 8 best air purifier Malaysia berserta fungsinya yang tersendiri.
DYSON Cool Tower Fan
Terbaik Membersih Udara Tanpa Penyejukan
|
Beli di Shopee |
Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier
Terbaik Gred Hospital
|
Beli di Shopee |
SK magic All Clean Virus Fit
Terbaik Menyingkir 99.99% Bakteria dan Virus
|
Beli di Shopee |
Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L
Terbaik Pembersih Udara Paling Senyap
|
Beli di Shopee |
XIOMI Air Purifier 3H
Terbaik Boleh Dikawal Menggunakan Aplikasi MiHome
|
Beli di Shopee |
Philips Air Cleaner AC2887/30
Terbaik Dilengkapi 3 Tetapan Pembersihan Automatik
|
Beli di Shopee |
Coway Storm AP-1516D
Terbaik 2 dalam 1
|
Beli di Shopee |
Midea MAP-28BD Air Purifier
Terbaik Dengan 5 Lapisan Penapis
|
Beli di Shopee |
DYSON Cool Tower Fan
Penapis Udara Terbaik Membersih Udara Tanpa Penyejukan
Kenapa produk ini hebat?
Dyson Cool Tower Fan mempunyai mod udara bebas draf yang membersihkan tanpa penyejukan. Sekiranya anda ingin membiarkan si manja tidur di bilik berhawa dingin, mod bebas draf akan membersihkan udara tanpa menjadikan suhu terlalu sejuk untuk anak.
Sekiranya bayi terdedah kepada alahan atau menghidap asma, jangan risau ya kerana Dyson Pure Cool disahkan tidak menyebabkan asma dan mesra alergi oleh Allergy Standards Limited. Ia mungkin pilihan penapis udara yang tepat bagi anda yang mempunyai anak kecil di rumah.
Apa yang kami suka:
- Teknologi penapisan: Terdiri daripada penapis HEPA Kaca yang menangkap 99.95% alergen mikro dan pencemar sekecil 0.1 mikron
- Area efektif: ~ 27m²
- Kebisingan: 40 – 56 dba bergantung pada kelajuan kipas
Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier
Penapis Udara Terbaik Gred Hospital
Inilah dia penapis udara yang boleh kata paling berbaloi untuk kediaman anda kerana ia merupakan sebuah air purifier yang bergred hospital dan ia sangat efektif dalam membasmi virus yang membawa maut, asap, serta udara yang tercemar dalam melindungi anda dan keluarga di rumah.
Sterra Breeze True HEPA-13 merupakan penapis udara pilihan utama di Singapura dan kini ia memasuki pasaran Malaysia. Dengan kehebatannya yang mampu menghapus sehingga 99.97% semua partikel bawaan udara, Sterra Breeze menjadikan udara di kediaman anda segar, sangat bersih, dan yang paling penting sihat untuk seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, malah satu perkara lagi yang pasti digemari rakyat Malaysia adalah penghantaran ke rumah adalah percuma! Untuk individu yang gemarkan rekaan yang estetik, inilah dia penapis udara yang anda cari.
Apa yang kami suka:
- Hadir dengan filter HEPA-13 bergred medikal yang mampu membasmi partikel di udara termasuklah habuk, rambut, bulu haiwan, PM2.5
- Harga yang cukup berbaloi
- Ia mampu meliputi sehingga 3 ke 4 buah bilik dengan keluasan 80m2
- Sangat sesuai untuk mereka yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, tidak hanya membasmi kelemumur pada bulu haiwan, malah juga menghapus bau yang kurang menyenangkan di rumah
- Berfungsi tanpa bunyi, jadi tak perlu bimbang akan bunyi bising
- Sangat efisyen yang mampu membersihkan udara di kediaman anda 400 m3 /jam
SK magic All Clean Virus Fit
Penapis Udara Terbaik Menyingkir 99.99% Bakteria dan Virus
All Clean Virus Fit adalah penapis udara berteknologi maju yang menyingkirkan 99.99% bakteria dan virus bawaan udara termasuk virus Covid-19 dan varian Delta, selain pencemar udara biasa seperti debu dan gas berbahaya. Ia juga didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan alat perubatan oleh ‘U.S. Food and Drug Administration (USFDA).’
Diperbuat daripada bahan plastik kitar semula 50% mesra alam yang dikenali sebagai Post Consumer Recycled-ABS (PCR-ABS) dan digabungkan dengan ventilasi dan kipas yang mudah ditanggalkan dan boleh dicuci sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti penyelenggaraan diri tanpa memerlukan alat tambahan pun!
Apa yang kami suka:
- Teknologi penapisan: Penapisan All-in-One 8 peringkat
-Dilengkapi dengan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus yang telah diuji dan terbukti dapat menyingkirkan 99.99% virus Covid-19, termasuk varian Delta, Human Coronavirus, EV71 dan virus H1N1. - Pensterilan UV Arc Core berkebolehan membebaskan oksigen aktif (tidak boleh didapati pada mana-mana penapis udara biasa lain)
- Area efektif: 360° semua arah + penyedutan permukaan lantai
- Ventilasi dan kipas boleh tanggal/ basuh (tidak boleh didapati pada mana-mana penapis udara biasa lain)
Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L
Penapis Udara Terbaik Pembersih Udara Paling Senyap
Kenapa produk ini hebat?
Teknologi Plasmacluster Ion merupakan teknologi pembersihan Sharp asli yang membersihkan udara dengan memancarkan ion positif dan negatif. Kami suka bahawa Sharp Air Purifier Plasmacluster FP-J30L merupakan sebagai salah satu penapis udara yang paling senyap di pasaran – sesuai untuk diletakkan di bilik anak-anak atau ruang keluarga!
Apa yang kami suka:
- Sharp Air Purifier mempunyai teknologi penapisan: Teknologi ion kluster plasma berketumpatan tinggi dengan penapis HEPA & Karbon sejati yang dengan cepat menghilangkan zarah-zarah yang membawa udara
- Area efektif: <~ 23m²
- Sharp Air Purifier mempunyai kebisingan: 23 – 44 dba bergantung pada kelajuan kipas
XIAOMI Air Purifier 3H
Penapis Udara Terbaik Boleh Dikawal Menggunakan Aplikasi MiHome
Kenapa produk ini hebat?
Menggunakan True HEPA Class 13 filter, jenama terkenal XIOMI kini dengan produk penulen udara XIOMI 3H boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home yang serasi dengan produk XIOMI yang lain, malah boleh digunakan bersama Google Assistant.
Selain itu, produk ini mempunyai kombinasi kipas Centrifugal + berus custom kurang motor yang cekap bagi meningkatkan jumlah output udara bersih dengan 6 mod pilihan -tidur, automatik, kegemaran, rendah, sederhana, dan tahap tinggi.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai paparan skrin sentuh OLED
- Area efektif: <~ 26m²
- Kebisingan: 33 – 64 dba bergantung pada kelajuan kipas
Philips Air Cleaner AC2887/30
Penapis Udara Terbaik Dilengkapi 3 Tetapan Pembersihan Automatik
Kenapa produk ini hebat?
Philips Air Purifier ini dilengkapi dengan 3 tetapan pembersihan automatik: mod umum, mod alergen yang sangat sensitif untuk seseorang yang alergik habuk di rumah, serta mod bakteria dan virus yang sangat kuat untuk memastikan tidak ada yang dijangkiti.
Ciri utama Philips Air Purifier ini termasuk kemampuan untuk memantau, bertindak balas & membersihkan udara secara automatik, dengan seni bina aerodinamik meningkatkan aliran udara yang cekap dan yang paling penting menunjukkan kualiti udara dengan tanda warna 4 langkah.
Apa yang kami suka:
- Philips Air Purifier mempunyai teknologi penapisan: Penapis AeraSense yang dipatenkan menghilangkan 99.97% virus dan zarah aerosol dalam satu jam
- Area efektif: 24 – 41 m²
- Kebisingan: 20.5 – 51 dba bergantung pada kelajuan kipas
Coway Storm AP-1516D
Penapis Udara Terbaik 2 dalam 1
Kenapa produk ini hebat?
Jenama terkenal yang tidak asing lagi, Coway juga mengeluarkan rangkaian penapis udara terbaik iaitu Coway Storm AP-1516D. Ia dilengkapi dengan 3 kawalan kelajuan dengan 4 lapisan filter yang mampu membersihkan udara dengan lebih efisien.
Apa yang menariknya, Coway Storm mempunyai keunikan tersendiri berbeza dengan jenama penapis yang lain iaitu mempunyai Haze Mode, 3 in 1 Mosquito Catcher & Plasma Cluster berfungsi memerangkap debu, nyamuk yang berterbangan dan bakteria kuman yang terdapat pada bulu haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Apa yang kami suka:
- Portable Air Purifier, 12kg
- Coway Storm mempunyai 4 lapisan filter
- Area efektif: 16 m²
- Mod Penjimatan Kuasa
Midea MAP-28BD Air Purifier
Penapis Udara Terbaik Dengan 5 Lapisan Penapis
Kenapa produk ini hebat?
Midea MAP-28BD Air Purifier ini mempunyai 5 lapisan penapis udara yang terdiri daripada Pra-penapis, lapisan PET Anti Bakteria, Lapisan Karbon Teraktif, Penapis HEPA, Penapis Nilon Mesh. Ia dapat menghapuskan bakteria dan virus dengan cepat dan mengeluarkan aldehid yang berbahaya.
Dengan petunjuk reka bentuk manusiawi membolehkan anda menyemak kualiti udara dan status penggunaan penapis. Kelajuan penapis juga boleh ditetapkan mengikut keadaan berbeza mengikut keperluan anda.
Apa yang kami suka:
- Dengan teknologi HEPA
- Reka bentuk yang minimal dan menarik
- Mempunyai pemasa
- Skrin auto mati pada waktu malam
- Kebisingan: 55db
- Area efektif: 43m²
Perbandingan Harga Penapis Udara Terbaik
Jenama | Area Efektif | Harga (RM) |
DYSON Cool Tower Fan | ~ 27m² | RM1149.00 |
Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier | 400 m3 | RM1,249.00 |
SK magic All Clean Virus Fit | 360° semua arah + penyedutan permukaan lantai | RM4700.00 |
Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L | <~ 23m² | RM359.00 |
XIAOMI Air Purifier 3H | <~ 26m² | RM498.90 |
Philips Air Cleaner AC2887/30 | 24 – 41 m² | RM1099.00 |
Coway Storm AP-1516D | <~ 16m² | RM2830.00 |
Midea MAP-28BD Air Purifier | 43m² | RM555.00 |
Fungsi Penapis Udara (Air Purifier)
Fungsi air purifier adalah untuk membersihkan udara, yang mana boleh menapis udara kotor termasuk pencemaran, alahan, dan toksin. Ia berbeza dengan penyebar dan pelembap minyak pati yang menambah zarah ke udara dalam rumah.
Penapis udara juga bertindak berbeza dengan Air Humidifier. Sementara Air Humidifier hanya membasmi partikel, purifier pula boleh membersihkan udara disekitarnya.
Partikel yang sebenarnya dikeluarkan menerusi air purifier akhirnya bergantung pada jenis yang anda pilih. Sesetengah versi diperbuat dengan penapis yang memerangkap partikel ketika udara berjalan menerusinya, sementara yang lain boleh meneutralkan partikel lain di dalam udara tanpa menapis terlebih dahulu.
Pilihan lain adalah penapis udara pemancar ion negatif, yang mana membantu untuk menarik partikel ion positif di dalam udara jadi ia dineutralkan.
Tips Memastikan Udara Di Dalam Rumah Kekal Bersih
Bagaimana kotornya udara di dalam rumah anda? Kualiti udara di dalam rumah boleh jadi dua ke lima kali ganda lebih tercemar berbanding udara di luar rumah, dan sejak itu Environmental Protection Agency (EPA) menganggarkan yang orang ramai meluangkan masa 90% di dalam rumah, dan ini adalah satu perkara yang penting untuk diambil tahu.
Kualiti udara yang teruk di rumah boleh mengancam kesihatan keluarga anda, jadi ia penting untuk memastikan yang bendaasing keluar dari rumah anda yang menyebabkan pencemaran dan memastikan kediaman anda mempunyai pengudaraan yang baik.
Ikuti langkah ini untuk memulakan langkah membersihkan udara di rumah anda.
1. Jangan benarkan merokok di dalam rumah
Sesetengah bahan pencemar udara di dalam rumah boleh membunuh. Antara yang paling bahaya adalah bagi mereka yang penghidu asap rokok atau secondhand smoker.
Beribu-ribu kanak-kanak dimasukkan ke hospital atau sakit dengan jangkitan saluran pernafasan setiap tahun, dan merokok membuatkan orang tua dewasa dengan masalah kardiovaskular atau penyakit paru-paru pada risiko yang tinggi untuk masalah kesihatan.
Umum tahu yang rokok adalah merbahaya, jadi jangan biarkan sesiapa pun merokok di dalam rumah anda. Ia seakan tiada langsung keselamatan untuk secondhand smoker. Minta perokok untuk merokok di luar rumah.
2. Bersihkan penghawa dingin rumah anda
Bantu dalam menghindar asthma daripada cenderung berlaku di rumah anda dengan membaiki sebarang kebocoran air di rumah dengan secepatnya. Masalah kebocoran dan tahap kelembapan yang tinggi membawa kepada lonjakan pertumbuhan hama habuk, kulat, dan fungus di sekitar rumah yang mana antara selalunya pencetus kepada masalah asthma yang semakin teruk.
Gunakan penyahlembapan atau penghawa dingin apabila perlu dan bersihkan kedua-duanya selalu.
3. Kurangkan karpet di rumah
Karpet memerangkap partikel tidak sihat termasuklah bahan kimia, hama habuk, bulu haiwan peliharaan, debu dan fungus – dan menggunakan vakum boleh menjadikannya airborne.
Jika anda mempunyai karpet di rumah, gunakan penyedut habuk atau vakum HEPA (udara zarah kecekapan tinggi) untuk memastikan kualiti udara yang baik. Permukaan lantai yang keras, seperti kayu, jubin atau gabus boleh dengan sedianya dibersihkan dengan mop lembap.
4. Bunuh hama habuk
Alahan habuk adalah sebenarnya alahan kepada hama habuk – perosak mikroskopik yang memerlukan lembapan untuk hidup. Hama habuk memakan menerusi kulit manusia dan hidup di sekitar tempat tidur, bantal, tilam, permainan lembut, pelapik kain dan karpet.
Untuk mencegah hama habuk di rumah anda cuba kaedah ini: Vakum dan wap bersih perabot berkain selalu, pastikan tahap lembapan di rumah di paras bawah 50% dengan penyahlembapan, gunakan sampul tilam dan bantal pencegah hama habuk dan cuci alas tilam dan sarung bantal di dalam air yang sangat panas.
5. Pengudaraan untuk mengawal lembapan
Pengudaran yang betul adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi dan memperbaiki pengudaraan di rumah anda. Tahap lembapan yang tinggi meningkatkan lembapan dan mempercepat pertumbuhan kulat, yang mana membawa kepada bersin, batuk dan serangan asthma pada orang yang alergi.
Aktiviti harian normal di rumah termasuk memasak, mencuci baju, dan malah juga bernafas – menghasilkan wap air, jadi mempunyai pengudaraan yang baik adalah penting. Cuba trik penyahlembapan ini untuk memastikan lembapan di rumah di bawah 50%: Pasang dan buka kipas ekzos di dalam bilik mandi, memastikan ia mengeluarkan udara di dalam rumah dan tidak ke dalam rumah anda, dan basmi sebarang kerosakan kulat di rumah atau pertumbuhan kulat dan baiki semua kebocoran di rumah.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi 1