Minum Air Sunquick Lepas Bersalin, Bagus Untuk Pelawasan & Cepat Kecutkan Rahim

Mungkin ada yang pernah dengar air sunquick memang elok diambil ketika berpantang kerana ia bantu pelawasan dan kecutkan rahim lepas bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan bayi, banyak yang perlu dilakukan untuk mengembalikan tenaga ibu bersalin. Petua ini dikongsikan seorang ibu yang mana dia minum air sunquick ketika berpantang.

Menurut June Halim, yang dikongsikan di blognya, dia mula minum air Sunquick pada hari ke-10 tempoh berpantang dan minuman itu sangat berkesan untuk meningkatkan pelawasan dan membantu pengecutan rahimnya.

Air Sunquick bantu pelawasan & kecutkan rahim

Kredit: babytalk

Walaupun ibu hamil kini sudah diberikan suntikan untuk mengecutkan rahim sebaik lepas bersalin, ibu-ibu mungkin boleh juga menggunakan cara ini untuk pelawasan malah luka pun cepat sembuh.

Ibu lepas bersalin terkenal dengan masalah pelawasan ada yang hingga terpaksa menanggung sembelit berminggu kerana takut untuk buang air besar dikuathiri luka episiotomi akan terbuka.

Jadi mungkin ibu boleh cuba petua minum air Sunquick ini untuk melancarkan pelawasan di samping itu membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka ibu lepas bersalin dengan lebih cepat.

Tidak salah pun untuk kita mencuba asalkan ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi

Menurut wanita ini, air Sunquick yang diminum adalah pekat, suam dan tidak dicampur dengan gula. Kandungan buah oren iaitu buah jenis citrus yang kaya dengan vitamin C dan serat yang tinggi dalam sunquick akan sekaligus membantu melancarkan pelawasan ibu lepas bersalin.

Makanan lancarkan pelawasan ibu lepas bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: makchicsuri

Jika ibu tidak mahu minum air Sunquick, mungkin boleh cuba cara di bawah untuk melancarkan pelawasan ibu lepas bersalin. Ia termasuklah dengan pengambilan:

#1. Sayuran hijau

Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli bukan saja kaya dengan serat tetapi juga sumber vitamin C, vitamin K dan folat yang cukup tinggi. Sayuran hijau dapat membantu najis berkumpul, menjadikannya berat dan lebih mudah untuk melalui usus.

Satu cawan bayam yang dimasak mengandungi 4.3 gram serat, atau 17% daripada pengambilan harian yang disyorkan.

Brokoli pula mengandungi 3.6 gram serat hanya dalam satu tangkai (kira-kira 150 gram). Ini bersamaan dengan 16% daripada pengambilan serat harian yang disyorkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi boleh jadikan sayuran hijau menu berpantang wajib untuk setiap hari. Pastikan ada sayur hijau dalam setiap menu yang anda makan.

#2. Buah-buahan citrus

Kredit: thetimes

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah-buahan citrus seperti limau kuning, limau gedang, limau purut, limau nipis dan limau mandarin merupakan buah-buahan yang amat popular bagi sumber vitamin C dan sumber serat yang baik.

Buah-buahan citrus kaya dengan larutan pektin terutama kandungan enzim pektin di dalam kulitnya. Kandungan pektin ini dapat mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus dan dapat mengurangkan masalah sembelit.

Buah citrus yang kaya dengan flavanol dapat menyumbang kepada kesan positif terhadap sembelit. Ia dapat meningkatkan rembesan cecair ke usus besar, dan memudahkan najis bergerak ketika di dalam usus.

#3. Chia seed

Chia seed juga merupakah salah satu makanan yang disarankan untuk menambahkan serat dalam makanan. 28 gram bijian ini mengandungi sebanyak 10.6 gram serat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mempunyai serat larut dan serat tidak larut yang dapat membantu dalam proses pencernaan. Bijian yang direndamkan di dalam air akan membentuk gel dan dapat membantu melembutkan najis dan menambahkan berat pada najis.

Hal ini seterusnya memudahkan najis bergerak di dalam usus. Bijian ini sangat mudah dimasukkan di dalam makanan seperti di dalam air dan di taburkan di dalam sayur-sayuran atau yogurt.

#4. Kiwi

Terdapat satu kajian yang mana setiap individu diberikan sebanyak sebiji kiwi bagi setiap 30 kg berat badan. Hasil daripada kajian membuktikan bahawa kiwi dapat meningkatkan kekerapan membuang air besar dan memudahkan pembuangan najis.

76 gram kiwi yang mengandungi 2.3 gram serat mempunyai kesan baik terhadap penghadaman dan kesihatan usus. Kajian lain yang melibatkan kiwi pula membuktikan bahawa pengambilan kiwi sebanyak dua biji setiap hari selama 4 minggu amat berkesan untuk menggalakkan pergerakan usus yang lebih teratur.

Jadi ibu-ibu yang bakal bersalin atau kini dalam tempoh berpantang boleh lah masukkan air sunquick dan menu-menu lain ini dalam diet seharian anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: June Halim,rootofscience

Kredit foto: sinaranwanita, berita steady

Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?

Penulis

Lala Annuar