Resepi Air Yogurt Homemade Yang Mudah & Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja, Anak Mesti Suka!

Air yogurt yang dicampur dengan buah-buah segar menjadi kegemaran anak-anak. Ia sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi probiotik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar pemakanan dan juga seorang ibu, Mazliana Mazlan telah berkongsikan cara mudah untuk buat air yogurt homemade yang mudah dan sedap untuk anak-anak.

Paling penting, ibu hanya perlu menyediakan empat bahan sahaja dan tiada sebarang penggunaan gula dalam resepi ini.

Cara buat air yogurt homemade yang sedap untuk anak

Homemade yogurt drinks 4 bahan je, takde gula pulak tu.

Saya buat sendiri kat rumah, guna pilihan bahan yang lebih baik semestinya.

Bahan yang saya guna;

  • Susu segar
  • Kulit oren
  • Madu asli
  • Ibu yogurt (Farm Fresh)
  1. Mula saya masak dulu susu dengan kulit oren, 10 minit. Kemudian sejukkan kejap.
  2. Dah capai suhu bilik, keluarkan kulit oren. Lepas tu, masukkan madu dan ibu yogurt. Kemudian mix bahan tadi 10 saat.
  3. Air campuran susu oren, yogurt dan madu tadi tu, kita buat pulak proses fermentation. Tinggal je 8 jam dalam Thermomix.
  4. Selesai 8 jam, masukkan dalam chiller kejap, dah boleh minum.

Anak-anak sukaaaa sangat. Dahlah first time saya buat, menjadi dengan jayanya pulak tu. Alhamdulillah.

Manfaat minuman yogurt untuk kesihatan anak-anak

#1. Menjaga kesihatan usus

Yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik yang memberikan manfaat untuk kesihatan tubuh si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Probiotik utama dalam yogurt adalah Lactobacillus dan Bifidobacteriae. Ia membantu menjaga keseimbangan bakteria normal dalam usus, serta melindungi si manja daripada masalah cirit-birit dan sembelit.

#2. Meningkatkan daya tahan tubuh anak

Probiotik dalam minuman yogurt juga memberi manfaat kepada sistem ketahanan tubuh si manja.

Ini kerana bakteria baik dalam usus menghasilkan bahan atau produk metabolik yang boleh memberikan tindak balas imun atau yang dikenali sebagai kesan imunomodulator.

#3. Menjaga kesihatan tulang

Yogurt merupakan produk tenusu yang mampu mengekalkan ketumpatan tulang kerana kaya dengan kandungan kalsium dan protein.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang dalam semakin membesar amat memerlukan kalsium bagi membina kekuatan tulang mereka. Jadi, yogurt antara salah satu makanan yang boleh diberikan sebagai snek ataupun pencuci mulut.

Selain kalsium, yogurt juga mengandungi vitamin B6, B12, riboflavin, kalium, dan magnesium yang menyokong pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan secara keseluruhan.

Sebagai panduan, ibu boleh memberikan yogurt kepada anak seawal usia 8 hingga 10 bulan. Jumlah yang disyorkan hanyalah 2 hingga 3 sudu setiap hari dan pastikan anda memilih natural yoguurt sebab ia tiada perasa tambahan.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Baca juga: Gangguan Dalam Sistem Imunisasi Pada Usus Kecil Anak Penyebab Penyakit Celiac, Ini Apa Parents Perlu Tahu

Baca juga: 7 Resepi Aiskrim Buah Homemade Yang Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Sukakannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan