Cara Buat Aiskrim Malaysia Viral & Kesukaan Anak, Paling Mudah Sekali Buat Dapat Banyak!

Aiskrim Malaysia sememangnya menjadi kesukaan seisi keluarga. Kini ada pelbagai resepi aiskrim Malaysia viral yang boleh ibu cuba di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kanak-kanak pastinya menyukai aiskrim. Jika anda memiliki anak ramai, salah satu langkah penjimatan adalah dengan membuat sendiri aiskrim Malaysia di rumah.

Memandangkan kita berada zaman moden, aiskrim Malaysia yang dahulunya biasa-biasa sahaja, kini mengalami perubahan dengan pelbagai warna dan rasa. Istimewanya, ibu boleh memilih bahan yang digunakan serta mengawal penggunaan gula.

Cara buat aiskrim Malaysia yang mudah dan sedap

#1. Resepi aiskrim malaysia unicorn/ rainbow

Bahan-bahan:

  • Serbuk dadih perisa buah yang anda suka
  • Air
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Pewarna (pilih warna yang tidak gelap supaya nanti aiskrim beku nampak tidak lebam)

Cara penyediaan:

  1. Masak dadih terlebih dahulu. Boleh ikut resepi di belakang pek cuma tambah 3 sudu besar gula pasir.
  2. Dadih dah siap masak, asingkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan pewarna yang anda suka dan biarkan proses separa beku (lebih kurang setengah jam)
  4. Kemudian cedok dadih dan isi ke dalam corong untuk memudahkan ia masuk ke dalam plastik aiskrim.
  5. Ikat ketat supaya dadih tidak keluar. Pastikan aiskrim tidak terlalu panjang.
  6. Masuk dalam peti sejuk dan siap!

#2. Resepi aiskrim malaysia oreo gebu

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin susu pekat
  • 5 tin air
  • 1 penutup esen vanila
  • 3 sudu tepung jagung
  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar krimer
  • Biskut oreo 

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali biskut oreo. Hidupkan api dan sentiasa kacau hingga ia mendidih
  2. Tutupkan api. Tapis terlebih dahulu adunan tadi dan masukkan ke dalam jag bagi memastikan tiada benda yang bertongkol
  3. Biarkannya sejuk dan ketepikan
  4. Tumbuk atau pecahkan biskut oreo dan masukkan ke dalam plastik aiskrim
  5. Tuang aiskrim ke dalam plastik menggunakan corong, ikat dan masukkan ke dalam peti sejuk.

#3. Resepi aiskrim Malaysia asam boi legend 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula (kalau tidak suka manis boleh kurangkan)
  • 2 liter air
  • 2 sudu makan tepung jagung (campur menggunakan air dari sukatan 2 liter)
  • 3 hingga 4 sudu makan kordial asam masin
  • 24-30 biji asam boi
  • 4-5 biji limau kasturi
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
  2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
  3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
  4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
  5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
  6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.

#4. Resepi aiskrim Malaysia horlicks

Bahan-bahan:

  • Serbuk horlicks
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bancuh serbuk horlicks dengan air panas. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
  2. Masukkan secubit garam. Biarkan seketika dan bila dah sejuk masukkan ke dalam plastik aiskrim.
  3. Simpan dalam peti ais hingga beku. Sedia untuk dinikmati!

#5. Resepi aiskrim coconut shake

Bahan-bahan:

  • Kelapa muda 5 biji
  • Sedikit esen vanila
  • Susu pekat 1 tin
  • Susu cair 2 tin
  • 2 sudu besar ovalette
  • Tepung jagung-bancuh dan tapis

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Asingkan isi kelapa. Masukkannya ke dalam pengisar dan kisar separuh hancur
  2. Ambil bekas yang lain, campurkan air kelapa, susu cair, susu pekat, garam dan gula. Gaul hingga sebati
  3. Ambil sedikit campuran air ini kisarkan dengan ovalette.
  4. Masak sekejap atas dapur sehingga naik bau. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau selalu.
  5. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam plastik aiskrim dan simpan dalam peti ais.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: 5 Resepi Koktail Buah Viral Yang Mudah & Sedap, Minuman Penyejuk Tekak Paling Meriah!

Baca juga: Resepi Waffle Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Berbaloi Buat Sendiri Lebih Puas & Sedap!

Baca juga:  Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan