Penting Latih Anak Autisme Urus Diri Sejak Kecil, Ibu Ayah Carilah Ilmu, Jangan Harap Ahli Terapi Saja

Sangat penting untuk anda ajar anak autisme anda urus diri dan berdikari sejak kecil. Latih mereka urus diri demi kebaikan mereka & anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki anak autisme bukan pengakhiran hidup anda. Ia ibarat suatu permulaan baharu untuk anda cuba mengenali dunia lain, disebabkan itu ibu ayah tidak boleh berputus asa. Ajar anak autisme anda sebaiknya. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ajar anak austime berdikari, urus diri dari kecil
  • Latihlah anak sementara anda masih bertenaga
  • Ibu ayah perlu rajin cari ilmu, jangan harap ahli terapi saja
  • Ciri anak autisme yang boleh dikenalpasti

Autisme tidak menunjukkan sebarang kecacatan fizikal tetapi kepada perkembangan mental. Keseriusan penyakit ini boleh dikelaskan kepada beberapa tahap iaitu tahap terkawal (mild autisme), sederhana dan tahap membimbangkan.

Ia bergantung kepada kesan simptom terhadap kehidupan harian pesakit. 

Ajar anak austime berdikari, urus diri dari kecil

Perkongsian, Pensyarah Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Hasnah Toran ini menunjukkan betapa pentingnya anak autisme ini dilatih sejak daripada kecil untuk mengurus diri mereka sendiri.

Ibu bapa tidak selamanya hidup, orang lain seperti adik-beradik atau saudara mara belum tentu boleh menjaga sepenuh hati anak-anak istimewa ini.

Jadi mahu tidak mahu, ibu ayah perlu melatih anak ini untuk menguruskan diri mereka sendiri. Ikuti perkongsian ibu yang turut memiliki anak autisme berusia 26 tahun dan 15 tahun. 

Hari ini saya dapat phone call drpd seorang guru Pendidikan Khas dgn soa;an bagaimana nak handle murid Pend Khas Sekolah Menengah 13 tahun yang masih pakai pampers, suka koyakkan (korek) pampersnya hingga koyak dan kencing pun bersepah-sepah. Minggu kedua, murid ini menjerit sehingga mengganggu kelas-kelas sebelah dan memukul rakan kelas. Sedih sungguh saya memikirkan nasib anak ini.

Bila sudah besar remaja begini susah (tak impossible..tapi sangat susah) untuk toilet train dan bentuk tingkah laku. Saya berkongsi di sini bukan untuk bikin ibu bapa yang anak sudah remaja dan dalam keadaan yang sama, menjadi sedih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Latihlah anak sementara anda masih bertenaga

Katanya, perkongsiannnya bukan untuk membuatkan ibu ayah yang sudah ada anak remaja sedih, tetapi sekadar ingatan kepada ibu ayah yang ada anak autisme dan masih berumur 3,4,5 dan 6 tahun, buat lah intervensi dari sekarang.

Buatlah intervensi sekarang walau pun susah sangat susah, walau pun anda rasa hidup anda tiada benda lain melainkan autisme anak, walau pun duit keluar macam air. Latih anak sekarang, sebab semakin besar anak, lagi susah nak latih dan kita ibu bapa pun semakin kurang bertenaga.

Jika anda berusaha sedari anak kecil dan anda lakukan intervensi anak dengan betul, semakin lama, anak akan semakin berkembang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah perlu rajin cari ilmu, jangan harap ahli terapi saja

Kuncinya adalah ibu bapa perlu mencari ilmu dan latih anak, tidak boleh harapkan ahli terapi sahaja.

Saya tahu susahnya. Perit saya mengingati pengalaman melatih anak saya sendiri yang mengalami autisme teruk bermula pada thn 1998 dulu. Anak saya masih autisme tetapi boleh urus diri dan boleh ke mana-mana bersama kami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda rasa tidak kuat cari teman 'sekasut' yang positif yang sama-sama boleh beri semangat untuk teruskan perjuangan. Don't give up, doa banyak-banyak mohon kepada Tuhan.

Saya ingat lagi pada tahun 1998 hingga tahun 2001, perkara pertama yang saya doakan selepas selesai solat adalah "Ya Allah..tolonglah anak aku pandai ke tandas sendiri" Memang minta sungguh-sungguh. Jadi, carilah ilmu, amalkan dan doa. 
cari ilmu, amal, doa.

Ciri anak autisme yang boleh dikenalpasti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ia dapat dikesan dari awal, langkah proaktif dapat diambil bagi mengurangkan impak negatif kepada kanak-kanak tersebut.

Di bawah adalah ‘red flag’ atau tanda amaran kepada autisme yang harus ibu bapa ketahui. Sekiranya anak anda mengalami gejala berikut sila rujuk kepada pakar perubatan untuk siasatan selanjutnya.

  • Lambat bercakap
  • Mengelak menatap mata ketika berbual dan gemar berseorangan
  • Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat
  • Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan
  • Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan
  • Tidak menunjuk minat (dengan menunjuk terhadap sesuatu objek tersebut) pada umur 14 bulan
  • Tidak berminat bermain olok-olok pada umur 18 bulan
  • Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
  • Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka marah
  • Taksub terhadap sesuatu perkara
  • Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu rangsangan
  • Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, mengoncang badan atau berpusing dalam bulatan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

Baca juga: Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 9 Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda

Penulis

Lala Annuar