Punggung Melekat Atas Seat Tandas Kerana Leka Main Telefon, Ini Bahaya Anak "Asyik" Dengan HP!

Anak dan gadget tidak dapat dipisahkan? Ketahui 5 akibat anak sering main hp ini yang membawa impak negatif kepada masa depan mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dan gadjet, sejauh mana anda membiarkan anak bermain gadget? Tahukah anda kesan buruk yang boleh berlaku akibat anak sering main hp?

Sungguh mengagumkan apabila kita melihat seorang kanak-kanak boleh menggunakan gajet dengan bijak, sama seperti dia menggunakan botol susu. 

Mainan aksi, teka-teki dan blok tidak lagi mainan standard di kalangan kanak-kanak hari ini.

Penyelidikan oleh pakar pendidikan kanak-kanak di Kumpulan Michael Cohen mendedahkan skrin sentuhan telah mengambil alih semua bentuk kegembiraan lain untuk kanak-kanak.  Malah, 36% daripada kanak-kanak yang dibenarkan bermain gajet mempunyai peranti mereka sendiri!

Budak Tersekat di Seat Jamban Akibat Terlalu Asyik Bermain HP!

Ini satu kisah buat peringatan bagi kita semua, seorang budak lelaki di bandar Wuhan, China telah mendapat bahana apabila punggungnya terperangkap dalam seat jamban selepas menghabiskan terlalu lama duduk di atas jamban.

Yang menariknya, perkara ini tidak mengejutkan kerana kanak-kanak berusia 6 tahun itu menghabiskan banyak masa di jamban kerana dia terlalu leka bermain di telefonnya.

Dikatakan ketika dia cuba bangun, dia tidak berjaya dan terpaksa mendapatkan bantuan!

Apabila ahli keluarga juga tidak berjaya membantu kanak-kanak tersebut keluar dari jamban itu, mereka telah mendapatkan bantuan kecemasan pula.

Walaupun kisah ini kedengaran kelakar, hakikatnya ahli bomba mengambil masa 1 jam untuk mengeluarkan mangsa dengan memecahkan jamban tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dan Gadjet: Kesan Jangka Panjang Permainan Gadget

Permainan tradisional sebenarnya mempunyai banyak kelebihan merangkumi fizikal hingga mental dan emosi. Namun berlainan pula dengan penggunaan gadget bagi kanak-kanak, yang mempunyai kesan negatif yang kekal dengan anak ketika dia mencapai usia dewasa.

Oleh itu, sebelum menyerahkan alat gadget ini kepada anak, ketahui kesan jangka panjang alat moden ini yang boleh berlaku pada otak kanak-kanak serta perkembangan keseluruhan mereka.

Akibat Anak Sering Main Hp #1 Tidak Baik Untuk Otak

Sebelum kanak-kanak boleh bercakap, otak mereka membesar 3 kali ganda. Banyak proses pembelajaran berlaku sebelum usia 5 tahun.

Kajian oleh Universiti of Washington mendapati gajet moden tidak diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak dimana mereka boleh melakukannya melalui bercakap dengan mereka dan bacakan buku.

Sebaiknya, masa diperuntukkan untuk anak dan ibu bapa, bukannya anak dan gajet. Pendedahan berlebihan dengan gadget juga dikaitkan dengan kekurangan perhatian, kelewatan kognitif dan pembelajaran yang terjejas.

Akibat Anak Sering Main Hp #2 Kelewatan Bercakap

Tiada rancangan pendidikan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, demikian mengikut American Academy of Pediatrics (AAP).

AAP mengatakan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami program tersebut.

Rancangan sebegini sebenarnya boleh menggangu proses mula bercakap untuk kanak-kanak kerana mengganggu masa ‘berborak’ antara ibu bapa dan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Common Sense Media mendedahkan bahawa 38% kanak-kanak di bawah umur 2 tahun telah menggunakan alat seperti telefon pintar atau tablet walaupun sebelum mereka boleh bercakap atau berjalan.

Akibat Anak Sering Main Hp #3 Kurang Bermain yang Membawa Kepada Perkembangan Yang Lambat

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun menghabiskan lebih banyak masa di depan skrin dan bukan bermain di luar rumah. Sekatan dalam pergerakan ini boleh menyebabkan pembangunan lambat.

John Ratey, seorang doktor di Harvard, menjelaskan dalam bukunya, Spark: The New Revolutionary Science of Exercise and the Brain, bahawa kelebihan bermain walaupun selama 10 minit aktiviti fizikal mampu mengubah cara fungsi otak.

Akibat Anak Sering Main Hp #4 Anak Boleh Bersikap Agresif

Kajian National Institutes of Health mendapati peningkatan penggunaan teknologi moden boleh memecahkan sempadan keluarga, nilai moral, masalah tingkah laku dan kesejahteraan kanak-kanak.

Sesetengah permainan yang terdapat di internet menggambarkan seks, pembunuhan, penyeksaan dan kecacatan, yang boleh membuat kanak-kanak ganas dan agresif.

Di sisi lain, bermain di luar rumah (contohnya, di taman permainan biasa) telah membuktikan boleh membantu kanak-kanak menjadi lebih aktif dan umumnya tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat Anak Sering Main Hp #5 Anak Boleh Mengalami Gangguan Psikologi

Kanak-kanak yang menghabiskan lebih daripada 32 jam di depan skrin atau media lain lebih cenderung mengalami masalah psikologi.

Ini termasuk kemurungan kanak-kanak, kecemasan, defisit perhatian dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.

Sebaliknya, kanak-kanak yang mengalami aktiviti fizikal yang lebih sederhana lebih baik dalam kategori emosi dan lebih mampu menyelesaikan masalah rakan sebaya.

Ibu bapa sebaiknya mengawal penggunaan sebarang jenis gajet kepada anak-anak sekiranya anda menyayangi masa depannya. Jangan sekali-kali biarkan anak menjadi obses dengan gajet, bawalah anak-anak anda keluar dan bermain permainan fizikal yang lebih menyihatkan.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlukah budak tadika ada hp?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Suami sibuk dengan hp hingga perkahwinan kami di ambang perceraian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman