Hati-Hati Ibu, Kurang Tidur Meningkatkan Risiko Kanser & Penyakit Jantung!

Bila ada anak kecil, biasanya waktu tidur ibu akan terganggu tapi anda perlu bijak mengawalnya. Jika tidak, ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tahu tak apakah akibat kurang tidur? Sebabnya kita semua tahu, tidur merupakan ketenangan yang sangat diperlukan setiap manusia, lebih-lebih lagi yang bekerjaya. 

Hal ini kerana, tidak ada gunanya jika anda berjaya dalam kerjaya, tapi terpaksa melalui hidup seperti “zombie” akibat kurang tidur setiap hari. 

Sebab itu jangan memandang rendah akibat kurang tidur ini kerana ia memberi kesan serius terhadap kesihatan anda!

Tidur awal atau derita 6 penyakit akibat kurang tidur ini!

#1. Akibat kurang tidur – Lebih terdedah kepada kanser 

Kredit : Liputan6.com

Apabila tidak mempunyai cukup tidur, anda lebih cenderung mendapat kanser payudara atau kanser prostat (bagi kes lelaki).

Menurut laman web John Hopkins Medicine, risiko ini berlaku disebabkan gangguan terhadap “jam biologi tubuh anda” yang selalu mengawal tidur, akibatnya meningkatkan risiko kanser. 

#2. Akibat kurang tidur – Risiko keradangan dan penyakit jantung 

Menurut kajian, salah satu kesan sampingan berbahaya akibat kurang tidur adalah ia meningkatkan peluang penyakit kardiovaskular.

Selain itu, anda juga akan cenderung mengalami keradangan lain seperti selalu sakit, panas badan, bengkak badan, kemerahan dan hilang fungsi jantung. Adalah lebih baik anda mendapatkan tidur yang cukup terutama jika keluarga ada sejarah masalah kardiovaskular. 

#3. Akibat kurang tidur – Hilang ingatan 

Kajian juga mendapati kurang tidur memberi kesan negatif terhadap ingatan jangka pendek dan panjang seperti masalah mengingat kata-kata. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika juga mendapati tidur terganggu dikaitkan dengan masalah kognitif pada orang dewasa. 

#4. Akibat kurang tidur – Masalah berat badan 

Tubuh menuntut makanan berkalori tinggi jika anda kurang tidur. Ia sekaligus meningkatkan selera makan. 

Jika ingin turunkan berat badan, dapatkan jam tidur yang baik setiap hari. Barulah tubuh lebih sihat dan cergas!

#5. Akibat kurang tidur – Kulit cepat berkedut dan kelihatan tua dari usia 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit : Asamboi.com

Kesan sampingan yang lain adalah kulit kelihatan tua dari usia sebenar anda. Sebab itu, kalau nak cantik, perlu dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi terutama bagi wanita. 

#6. Akibat kurang tidur – Mempengaruhi mood dan kesihatan mental 

Kualiti tidur yang buruk dikaitkan dengan masalah mood dan kesihatan mental. Anda juga cenderung merasai kesepian, kesakitan dan tertekan yang secara perlahan berkembang menjadi masalah kesihatan mental yang serius. 

Malah orang yang mempunyai insomnia dua kali ganda cenderung mengalami kemurungan berbanding mereka yang cukup tidur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips untuk dapatkan tidur yang cukup 

  • Pastikan anda tidur awal dan disiplin dengan jam tidur itu. 
  • Dapatkan tempat tidur yang selesa seperti bilik yang sedikit suram, bantal kekabu, ruang udara dingin dan sebagainya. 
  • Bekerjasama dengan suami supaya dapat bergilir-gilir bangun malam untuk jaga anak seperti tukar lampin, tidurkan anak, bancuh susu dan lain-lain. 
  • Jika anak anda mengalami masalah sukar tidur, cuba bantu si kecil dapatkan tidur yang cukup. Tapi jika masalah ini berlanjutan mungkin anda harus segera berjumpa pakar pediatrik. 
  • Peluk dan dendangkan lagu berentak  slow ketika tidurkan anak sekaligus anda juga dapat rehat dan cepat tidur. 

Diharap anda menjaga waktu tidur ini  dengan sebaiknya kerana ia penting bagi kesihatan tubuh sepanjang masa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Nicholas Yong. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Mata Macam Panda Sebab Dapat Baby Baru? Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa Tak Cukup Tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan