X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bahagiakah Lepas Bercerai? Lihat 9 Kesan Buruk Yang Akan Dialami Anak Ini Dulu

5 min bacaan
Bahagiakah Lepas Bercerai? Lihat 9 Kesan Buruk Yang Akan Dialami Anak Ini DuluBahagiakah Lepas Bercerai? Lihat 9 Kesan Buruk Yang Akan Dialami Anak Ini Dulu

Perceraian boleh menyebabkan persengketaan hingga anak-anak berjauh hati dan rasa tersisih. Oleh itu, adakah anda ingin melihat mereka membesar tanpa kasih sayang daripada kalian?

Aini Syafiqah dan Aiman Haikal rasa tidak lagi sehaluan setelah 10 tahun hidup bersama hingga membuat keputusan untuk bercerai. Namun, mereka bimbang apakah akibat perceraian bagi anak mereka yang masih lagi kecil.

Kita sedia maklum, perceraian adalah fasa paling sukar dalam kehidupan suami isteri terutama bila sudah ada anak kerana khuatir jika ia akan mengganggu emosi mereka.

Jom kita semak apakah akibat penceraian bagi anak dan bagaimana anda boleh mengelaknya.

10 akibat perceraian bagi anak

1)Akibat perceraian bagi anak – Kebimbangan 

akibat perceraian bagi anak, perceraian, kesan perceraian, kesan perceraian terhadap anak, kesan perceraian ibu bapa, akibat bercerai, akibat bercerai pada anak, akibat bercerai pada kanak-kanak, bercerai, ibu bapa bercerai

Selepas perceraian, kanak-kanak boleh menjadi gugup, cemas dan takut sekaligus tumpuan pada pelajaran juga turut terjejas serta hilang minat pada aktiviti yang disukai sebelum ini.

2) Akibat perceraian bagi anak – Tekanan yang berterusan 

Menurut Akademi Psikiatri Kanak-Kanak di Amerika, ramai kanak-kanak mengalami tekanan dek perceraian ibu bapa hingga mengambil tanggungjawab untuk perbaiki hubungan tersebut.

3) Akibat perceraian bagi anak – Perubahan mood yang tidak menentu 

Kanak-kanak mungkin mengalami perubahan hati dan menjadi cepat marah meskipun berinteraksi dengan orang lain.

Kadang-kadang mereka lebih suka berdiam dan membuat hal sendiri saja tanpa bercampur dengan orang sekeliling.

4) Akibat perceraian bagi anak – Kesedihan yang berpanjangan 

Akibat dari perceraian ibu bapa juga, ia boleh mengganggu fikiran dan hati anak hingga membuatkan mereka bersedih kerana kehidupan yang dilalui tidak sama seperti rakan-rakan yang lain.

5) Akibat perceraian bagi anak – Kecewa dan mudah berputus asa 

akibat perceraian bagi anak, perceraian, kesan perceraian, kesan perceraian terhadap anak, kesan perceraian ibu bapa, akibat bercerai, akibat bercerai pada anak, akibat bercerai pada kanak-kanak, bercerai, ibu bapa bercerai

Kanak-kanak yang membesar dengan perceraian juga boleh menyebabkan mereka mudah berputus asa dan kecewa kerana tidak mempunyai sokongan emosi dari ibu atau ayah.

6) Masalah tingkah laku dan sosial 

Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih besar untuk berkelakuan ganas dan antisosial apabila ibu bapa bercerai.

Kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak yang mengalami situasi ini memaparkan ciri-ciri sikap negatif seperti sukar untuk patuhi arahan dan salah laku sosial.

7) Masalah dengan hubungan suami / isteri 

Apabila kanak-kanak itu semakin membesar dan dewasa, kemudiannya berkahwin, mereka juga akan mengalami keraguan tentang cinta dan keharmonian dalam hubungan.

Mereka juga cenderung memulakan hubungan dengan fikiran ke arah negatif.

8) Penyalahgunaan bahan terlarang

Dadah dan alkohol menjadi jalan bagi remaja untuk melepaskan rasa kecewa di atas perceraian ibu bapa mereka.

Penyelidikan menunjukkan kejadian penyalahgunaan bahan terlarang lebih tinggi pada remaja yang ibu bapa mereka bercerai sekaligus merosakkan akhlak anak tersebut bila meningkat dewasa.

9) Kurang minat pada pelajaran 

Kesan psikologi disebabkan perceraian juga mengurangkan minat anak terhadap pembelajaran hingga mengalami penurunan drastik dalam gred sekolah mereka.

Atas sebab itu, ia menghalang prospek kerjaya pada mereka apabila dewasa kelak dan sukar mempunyai status sosioekonomi yang baik.

Sisi positif perceraian 

akibat perceraian bagi anak, perceraian, kesan perceraian, kesan perceraian terhadap anak, kesan perceraian ibu bapa, akibat bercerai, akibat bercerai pada anak, akibat bercerai pada kanak-kanak, bercerai, ibu bapa bercerai

Walaupun perceraian perlu berhadapan dengan pelbagai kemelut, namun ia juga boleh memberikan kesan positif terutama pada keluarga yang lahir dengan penuh nilai kasih sayang.

    • Anak tak lagi berhadapan dengan kemelut keluarga ibu bapa yang mungkin selalu bertengkar di hadapan mereka.
    • Ibu bapa memberi tumpuan lebih kepada anak-anak dan saling bertanggungjawab mendidik mereka hingga dewasa.
    • Kanak-kanak ada lebih masa dengan ibu dan ayahnya sekaligus dapat mencurah isi hatinya dengan bebas.
    • Penyelidikan menunjukkan perceraian membantu kanak-kanak belajar dengan lebih baik.
    • Kanak-kanak tidak akan ulang kesalahan ibu bapa dan jadikan ia pengajaran yang terbaik dalam menguruskan hubungan bersama pasangan bila berkahwin kelak.
    • Kanak-kanak yang menyaksikan perpisahan ibu bapa mereka menjadi lebih matang dan sabar menguruskan konflik dalam hubungan.

Faktor yang menentukan reaksi kanak-kanak di atas perceraian ibu bapa 

#1. Jantina

Perceraian menjejaskan kanak-kanak lelaki dan perempuan, tetapi dalam sesetengah kes jantina tertentu mungkin menunjukkan tindak balas yang lebih buruk berbanding yang lain.

Contoh kemurungan akibat perceraian adalah lebih tinggi berlaku pada kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan pula cenderung memiliki tingkah laku yang lebih buruk.

#2. Kanak – kanak bawah umur enam tahun 

Kanak-kanak masih muda untuk memahami perceraian kedua ibu bapanya, namun dia mungkin sedikit bingung mengapa ibu bapanya tidak lagi tinggal bersama.

#3. Kanak-kanak di awal persekolahan 

    • Mula memahami ada sesuatu yang tidak kena pada hubunga ibu dan ayahnya.
    • Tidak dapat membezakan antara tujuan perceraian itu.
    • Mungkin tidak mempunyai selera makan, hilang minat untuk bermain dan meminta ibu bapa kembali bersama seperti dahulu.

#4. Awal remaja 

    • Mula mentafsikan perceraian.
    • Kehilangan minat untuk belajar.
    • Menunjukkan sifat pemarah atas perkara remeh temeh.
    • Menganggap dirinya sebagai punca perceraian dan cuba menyatukan semula ibu bapanya.

#5. Remaja 

    • Memahami perceraian dan mempunyai bukti jelas kenapa ia terjadi.
    • Mereka mungkin merasa kecewa apabila melihat ibu bapa tinggal berasingan.
    • Berubah menjadi seorang yang pendiam akibat kekecewaan perceraian itu.
    • Menunjukkan tanda-tanda pada penyalahgunaan bahan seperti alkohol dan narkotik jika berlakunya pengabaian terhadap mereka.

Cara mengurangkan penderitaan kanak-kanak terhadap perceraian ibu bapa 

gantung diri, budak gantung diri, bunuh diri, kemurungan, kemurungan kanak-kanak, kesan kemurungan, sebab kemurungan, tips menangani kemurungan, tekanan perasaan, bunuh diri akibat kemurungan. bunuh diri akibat tekanan perasaan, kes bunuh diri di mexico, kes gantung diri di mecixo, kes bunuh diri, kes gantung diri

    • Memberitahu anak-anak tentang perceraian yang berlaku supaya mereka tidak terkejut di kemudian hari.
    • Jangan merendah dan menyalahkan pasangan anda di hadapan anak-anak.
    • Pastikan anda menjaga kata-kata ketika bertutur dengan anak-anak.
    • Ibu bapa harus terus terlibat dengan pembesaran mereka supaya dia membesar menjadi seorang anak yang soleh, baik dan sihat.
    • Jelaskan kepada mereka bahawa keputusan anda itu tidak mempengaruhi kehidupan mereka.
    • Jangan biarkan perceraian menganggu rutin anak anda setiap hari seperti bermain, belajar, bersukan dan lain-lain.
    • Banyakkan luang masa bersama anak supaya dia tidak rasa berjauhan dengan kedua ibu bapanya.
    • Jangan berebut hak penjagaan anak tetapi berbincang secara baik.
    • Tidak melarang anak berjumpa ibu atau ayahnya jika anda mempunyai hak penjagaan sepenuhnya dari mahkamah.

Ya, perceraian adalah parut yang memberi kesan berpanjangan pada kanak-kanak dan seluruh keluarga.

Namun sewajarnya anda membiarkan anak-anak membesar dalam keadaan yang bahagia dan normal seperti kanak-kanak lain.

Seharusnya anak-anak tidak terjejas dengan permasalahan kalian kerana anda tidak patut menghalang pertumbuhan mereka dan biarlah dia membesar dengan bahagia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhak-penjagaan-anak/

Stories Rakan Kongsi
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penceraian
  • /
  • Bahagiakah Lepas Bercerai? Lihat 9 Kesan Buruk Yang Akan Dialami Anak Ini Dulu
Kongsikan:
  • Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

    Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

  • Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

    Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

    Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

  • Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

    Pelakon Bercerai Lepas Suami Skandal Dengan Ibu Kandung, Ini 23 Punca Perceraian Yang TAK LOGIK!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.