Setiap tahun ramai ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang dan mencari idea untuk menghasilkan pakaian merdeka buat anak-anak mereka terutamanya bahagian aksesori.
Dua hari lagi kita akan menyambut Hari Merdeka malah anak-anak juga tidak ketinggalan untuk meraikannya yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya 31 Ogos nanti.
Disebabkan mencari set lengkap yang berkenan di hati amatlah sukar dan harganya agak mahal, apa kata anda DIY sahaja aksesori merdeka seperti di bawah ini bagi melengkapi fesyen pakaian merdeka anak anda.
1. Sanggul lintang oleh Facebook Hanie Azmi
Jom mai tengok diy semalam….benda simple aje boleh dapat kat kedai barangan jahitan…balik2 zass zass dua tiga minit…dapat la sanggul lintang untuk anak2 dara ni melaram hari merdeka nanti…sempat lagi nak buat tu…tak dapat baju merdeka,pakai sanggul lintang ni dengan baju sekolah pun dah cantik…pastu kibar bendera…ish2…comel kan…Ni saya kongsikan cara paling simple nak buat sanggul lintang….kos tak sampai rm20 pun…dah dapat 2 set sanggul lintang ni
Bahan-bahan :
- Daun gold
- Dawai gold
- Gam uhu
- Cekak rambut
- Gunting
Cara-cara membuat :
Macam daun ini, dawai halusnya itu lipat saja ke belakang kelopak daun. Senang, tak perlu nak potong-potong guna cutter. Lekatkan dawai gold dengan daun tersebut.
Macam ini lah rupanya setelah digam. Daun pendek anggaran dawai gold dia 3 inci. Ukuran terpulang masing-masing, saya cuma guide saja sebab kadang orang confused nak agak, jadi saya tolong agakkan. Daun double ini anggaran dawai gold tu dalam 6 inci. Kalau rasa nak buat lagi tinggi, tambah saja. Bagi yang ini saya buat dalam 5 set. Kalau nak lagi kembang, lagi banyak boleh tambah sendiri.
Ini pun agak-agak saja. Anggaran susunan pada cekak itu setengah inci ataupun 1 inci. Terpulang anda. Cara nak buat dia, pusing-pusing lah dawai gold itu keliling cekak bagi kemas. Kalau boleh jangan kejap-kejap buka ya nanti dawai tu senang bengkok. Susun secara berselang-seli macam dalam gambar di atas, baru nampak teratur sikit.
Akhir sekali, lilit-lilit dawai halus gold disekeliling cekak untuk mencantikkan lagi sanggul lintang. Saya guna jari saja tapi kena hati-hati sebab dawai itu boleh tercucuk jari. Nak guna playar untuk kekemasan, terpulang dekat korang.
Dah siap! Saya buat 2 set untuk 2 anak dara saya. Modal cuma rm15.50 dapat 2 sanggul lintang simple macam ini. Boleh anak-anak melaram sempena hari merdeka nanti ya.
2. Tanjak oleh Facebook Aeyn Afidil
Bukan menjual.. hanya kongsi idea bg yg tak mampu nak beli mahal²..
Bahan-bahan :
- Tudung merdeka saiz budak
- Seterika
- Kertas gam
3. Sampin oleh Facebook Shuhaizah Sakaria
Baca juga : Adaptasi Dari Kisah Benar, Ini 9 Filem Patriotik Malaysia WAJIB Ditonton Sempena Hari Merdeka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!