X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

29 Aug, 2023
DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

Anda boleh DIY sahaja aksesori merdeka untuk anak-anak bagi melengkapi fesyen pakaian merdeka mereka malah lebih murah dan menjimatkan kos!

Setiap tahun ramai ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang dan mencari idea untuk menghasilkan pakaian merdeka buat anak-anak mereka terutamanya bahagian aksesori. 

Dua hari lagi kita akan menyambut Hari Merdeka malah anak-anak juga tidak ketinggalan untuk meraikannya yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya 31 Ogos nanti.

Disebabkan mencari set lengkap yang berkenan di hati amatlah sukar dan harganya agak mahal, apa kata anda DIY sahaja aksesori merdeka seperti di bawah ini bagi melengkapi fesyen pakaian merdeka anak anda.

1. Sanggul lintang oleh Facebook Hanie Azmi

Jom mai tengok diy semalam….benda simple aje boleh dapat kat kedai barangan jahitan…balik2 zass zass dua tiga minit…dapat la sanggul lintang untuk anak2 dara ni melaram hari merdeka nanti…sempat lagi nak buat tu…tak dapat baju merdeka,pakai sanggul lintang ni dengan baju sekolah pun dah cantik…pastu kibar bendera…ish2…comel kan…Ni saya kongsikan cara paling simple nak buat sanggul lintang….kos tak sampai rm20 pun…dah dapat 2 set sanggul lintang ni

Bahan-bahan :

  • Daun gold
  • Dawai gold
  • Gam uhu
  • Cekak rambut
  • Gunting

Cara-cara membuat :

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

Macam daun ini, dawai halusnya itu lipat saja ke belakang kelopak daun. Senang, tak perlu nak potong-potong guna cutter. Lekatkan dawai gold dengan daun tersebut.

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

Macam ini lah rupanya setelah digam. Daun pendek anggaran dawai gold dia 3 inci. Ukuran terpulang masing-masing, saya cuma guide saja sebab kadang orang confused nak agak, jadi saya tolong agakkan. Daun double ini anggaran dawai gold tu dalam 6 inci. Kalau rasa nak buat lagi tinggi, tambah saja. Bagi yang ini saya buat dalam 5 set. Kalau nak lagi kembang, lagi banyak boleh tambah sendiri.

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

Ini pun agak-agak saja. Anggaran susunan pada cekak itu setengah inci ataupun 1 inci. Terpulang anda. Cara nak buat dia, pusing-pusing lah dawai gold itu keliling cekak bagi kemas. Kalau boleh jangan kejap-kejap buka ya nanti dawai tu senang bengkok. Susun secara berselang-seli macam dalam gambar di atas, baru nampak teratur sikit.

Akhir sekali, lilit-lilit dawai halus gold disekeliling cekak untuk mencantikkan lagi sanggul lintang. Saya guna jari saja tapi kena hati-hati sebab dawai itu boleh tercucuk jari. Nak guna playar untuk kekemasan, terpulang dekat korang.

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

Dah siap! Saya buat 2 set untuk 2 anak dara saya. Modal cuma rm15.50 dapat 2 sanggul lintang simple macam ini. Boleh anak-anak melaram sempena hari merdeka nanti ya.

2. Tanjak oleh Facebook Aeyn Afidil

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

Bukan menjual.. hanya kongsi idea bg yg tak mampu nak beli mahal²..

Bahan-bahan :

  • Tudung merdeka saiz budak
  • Seterika
  • Kertas gam

3. Sampin oleh Facebook Shuhaizah Sakaria

DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!

 

Assalamualaikum, saya nak kongsi tutorial samping DIY dari tudung merdeka para emak. Semoga bermanfaat bagi kita mak mak yang tak jumpa lagi baju merdeka dan lagi penting caranya jimat.

Cara-caranya:

1. Tudung ini saya lipat dua kemudian jahit sarung.

2. Masa nak pakai samping tu anak-anak hanya pakai macam kain sarung saja.

3. Kemudian ikat mati di bucu tapi ketatkan sikit ya.

4. Lepas itu adjust lah ikatan itu macam bunga-bunga sikit.

Stories Rakan Kongsi
4 Reasons Why Some Parents Choose Not to Vaccinate Their Kids
4 Reasons Why Some Parents Choose Not to Vaccinate Their Kids
5 Healthy Tips to Guard Your Child Against Illnesses
5 Healthy Tips to Guard Your Child Against Illnesses
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan

Facebook Hanie Azmi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Baca juga : Pupuk Semangat Kemerdekaan Pada Anak Dengan Baju Merdeka! Ini Pilihan Yang Kreatif Cantik, Anak Mesti Teruja

Baca juga : Adaptasi Dari Kisah Benar, Ini 9 Filem Patriotik Malaysia WAJIB Ditonton Sempena Hari Merdeka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • DIY Aksesori Hari Merdeka Untuk Anak, Jimat Dan Lebih Murah!
Kongsikan:
  • Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

    Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

  • 8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

    8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

    Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

  • Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

    Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

  • 8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

    8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

    Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham