Duit Raya Anak Sikit & Tak Balik Modal, Netizen Terkilan Ada Ibu Ayah 'Demand' Lebih

Aktiviti hari raya Aidilfitri yang wajib dalam kalangan kanak-kanak ialah acara mengutip duit raya dari rumah ke rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Duit raya anak sewaktu hari raya memang banyak. Kadang-kadang, boleh cecah beratus kalau anda ada adik beradik yang ramai atau jika buat aktiviti hari raya aidilfitri yang ‘wajib’ iaitu pusing sekeliling kampung. Selain merasai juadah sewaktu bertandang, anak-anak pun dapatlah merasa duit raya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Aktiviti hari raya Aidilfitri, duit raya anak buat segelintir ibu ayah ‘berduka’ 
  • Aktiviti hari raya Aidilfitri- niatkan pemberian duit raya sebagai satu sedekah

Aktiviti hari raya Aidilfitri, duit raya anak buat segelintir ibu ayah ‘berduka’ 

Sudah menjadi satu kebiasaan pada hari raya, baik ibu bapa ataupun mereka yang telah berkerja akan memberi duit raya kepada tetamu yang hadir terutamanya kepada kanak-kanak.

Yang menariknya, menerusi perkongsian Halijah Siti di Facebook, terdapat ibu bapa yang begitu seronok melihat anaknya mendapat duit raya yang banyak.

Tetapi, ada juga yang sedih kerana duit raya yang mereka keluarkan untuk beri kepada kanak-kanak tidak setimpal dengan apa yang anak mereka peroleh kerana tidak membantu mereka balik modal. Lagaknya seperti satu perniagaan pula. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah ada juga ibu bapa yang siap lihat lagi dalam sampul berapa duit yang anak mereka dapat dan berkongsi-kongsi cerita dengan orang lain. Ini semestinya menyimpang dari tujuan asal beraya untuk mengeratkan silaturrahim. Bukankah pemberian duit raya itu sendiri adalah sedekah daripada tuan rumah? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti hari raya Aidilfitri- niatkan pemberian duit raya sebagai satu sedekah

Sesungguhnya pemberian duit raya itu bukanlah satu kewajipan tetapi ianya sebagai satu pemberian yang berbentuk sedekah. Niatkanlah duit raya yang anda beri itu supaya menjadi satu pahala yang mengalir dan menjadi asbab kebaikan kepada anda di akhirat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Janganlah pula anda meminta tuan rumah memberikan anak anda duit raya ataupun anda mengeji tuan rumah tersebut hanya kerana jumlah duit raya yang diberikan adalah sedikit. Pemberian duit raya adalah mengikut kemampuan tuan rumah. 

Buat ibu bapa, janganlah anda menjadi taksub dengan penerimaan atau pemberian duit raya. Ikhlaskanlah setiap pemberian anda dan berilah duit raya mengikut kemampuan anda. Yang paling penting, jangan lupa buat simpanan duit raya anak anda untuk masa depan mereka. Sekian perkongsian kali ini! Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

Baca Juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

Baca Juga: 4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Penulis

Nina Osman